I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”

(Didalam masjid umawi ini terdapat maqam nabi yahya & hadapannya maqam salahuddin al-ayubi)

Salam..dengan kesempatan dan ruang yang ada ini, saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat yang bertanya pada saya, tentang persediaan dan strategi nak pergi syria. Bagi sahabat-sahabat yang berminat, boleh rujuk kat sini. Bukan ape, terkadang sibuk dengan pembelajaran dan sampingan-sampingan lain, jadi saya minta maaf tidak dapat replay mesej sahabat-sahabat ye..

Sebelum tu, saya sangat menyokong penuh dan menggalakkan sahabat-sahabat yang berminat untuk belajar bahasa di sana. Bagi saya, syria merupakan tempat terbaik untuk belajar bahasa arab memandangkan masyarakat di sana bercakap dalam bahasa arab fushah, sistem pembelajaran dalam bahasa arab fushah dan kos pengajian yang agak murah. Serta disana juga sahabat-sahabat boleh mengambil peluang untuk perbetulkan makhraj, hafaz al-Quran dan dapat sanad al-Quran, sanad hadith dan lain-lain

Di sana, ada beberapa tempat cadangan untuk sahabat-sahabat daftar pengajian. Ini Khusunya bagi sahabat-sahabat yang nak pergi antara 3 bulan - setahun. Bisanya pusat pengajian ni memang akan di buka dan agak senang untuk ajanib masuk selain kaedah-kaedah pembelajaran yang agak simple dan mudah di fahami. Berkenaan tempat tinggal pula, sahabat boleh memilih untuk tinggal di asrama ataupun rumah sewa. Bayaran setiap bulan termasuk makan antara RM 160-250.

Bagi akhawat : Madrasah al- Hadith, Madrasah al-Fiqh, Kursus I'rab al-Quran semuanya berpusat di Madrasah al-Nuriah, Suq Hamidiah berdekatan dengan Jami' Umawi dan Maqam nabi Yahya. Selain tu, yang paling masyhur di kalangan ajanib ialah Daurah Lughah di Jami' Abu Nour brdekatan dengan tempat pembunuhan Qabil dan Habil serta Daurah Lughah di Maahad Idrisi. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Maahad Idrisi ni di bina oleh ali Bayt. Insya Allah, sahabat-sahabat berpeluang melihat wajah-wajah mereka disana.

Bagi Syabab : Maahad Idrisi, Jamik Abu Nour, Maahad Duwali..Selebihnya nanti boleh tanya senior di sana..saya agak tak pasti sangat berapa maahad yang di buka untuk syabab . Untuk makluman sahabat-sahabat, Maahad Duwali ni terletak berdekatan dengan perkuburan Bab Soghir. disini terdapat terlalu banyak maqam para sahabat dan ulama-ulama rahimahullahulahum antaranya ialah maqam para syuhada Karbala, maqam ahli Bayt yang syahid dalam peperangan karbala' dan maqam muaz bin jabal..

Seterusnya, berkenaan persedian untuk memohon tempat pengajian di sana. Maksud saya dokumen-dokumen yang patut di sediakan. Tak perlu risau dan susah payah..sahabat-sahabat hanya perlu terjemahkan sijil SPM dan sijil lahir.. Terjemahan ni boleh di buat di institut terjemahan Negara dekat Wangsa Maju dengan bayaran RM50 (Dapat 2 salinan) dan kemudian sahkannya di Wisma Putra, Putrajaya dengan bayaran RM10 (sehelai RM 10).

Sebaik-baiknya untuk ke sana, saya cadangkan sahabat-sahabat pergi pada bulan Mei atau September atau November.. Kebiasaanya pendaftaran akan di buka pada bulan-bulan ini. ini penting bagi mengelakkan sahabat terlepas interview ( Bertulis /lisan). Apapun insya Allah, dari sudut prosedur nak masuk sana, agak mudah tak complicated macam malaysia. maklumlah, senior-senior kata arab ni tak de sistem..Insya Allah, mudah je..:-)

Dan terakhirnya, perkara yang penting juga untuk masuk ke syria adalah tentang status sahabat-sahabat sepanjang perjalanan dan setibanya di airport Syria. Seboleh-bolehnya, gunakanlah stand sebagai tourist bukannya student dan sekiranya sahabat-sahabat mahu berborak atau menjawab pertanyaan Imegresen sana, saya cadangkan in english, laisa bil arabiah..Ini bagi mengelakkan masalah untuk masuk ke sana..ok, sebarang masalah atau maklumat lebih jelas sahabat-sahabat boleh contct saya nanti.

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan