I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”

Setiap orang semestinya mempunyai impian, bahkan tanpa impian, hidup akan terasa tiada kemanisan, tiada harapan dan tiada perubahan.. Tetapi, dalam mewujudkan impian, ia tidak semudah ABC kerana sudah semestinya terlalu banyak dugaan, cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui.. Adakalanya ketika kita sedang mengejar impian itu, terkadang muncul perasaan putus asa kerana tentangan atau rintangan yang mendatang terasa begitu berat dan menekan seluruh jiwa raga kita..Terkadang juga kita tertanya2, adakah impian aku akan tercapai di dunia ini?


Dari kecil saya menyimpan 3 impian utama..apa yang dibuat semestinya menjurus kearah 3 impian itu..seingat saya, coretan impian itu saya lakarkan dalam buku tulis semasa saya berada di darjah 3 lagi. Ya, sudah terlalu lama..Terlalu lama dan terkadang mengundang rasa jemu, sedih dan kecewa.. seandainya impian saya ini tidak mampu saya gapai.. target saya, kesemua impian ini saya akan capai sebelum umur saya berakhir 25 tahun..maksudnya sebelum 11.59 mlm 14 Julai 2010.. (‘ ,) Walau apapun, kuasa Allah maha hebat..Dia berkuasa dan Maha Tahu apa yang terbaik utk hambaNya..Bila dan tika mana kita betul-betul bersedia.

Impian pertama saya mahu belajar di bumi Syam. Walaupun terpaksa menahan kesedihan, kekecewaan lantaran tegahan daripada makayah daripada merantau ke Jordan setelah saya menamatkan pengajian di DQ, Jakim. Tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, keazaman, akhirnya saya berjaya juga menjejakkan kaki ke bumi Syam-Syria walaupun cuma sekejap cuma.. itupun setelah melalui proses pujuk-memujuk (*-*) hampir setiap hari sepanjang 3 bulan berada di semester terakhir di UKM..Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…Syukur atas nikmat yang telah Allah anugerahkan.. terlalu banyak perkara yang saya pelajari dan lalui di sana..


Saya terlalu berdebar menanti..sama ada impian saya yang kedua ini dapat saya gapai atau tidak..Saya mahu menjejakkan kaki ke Makkah semasa berumur 25 tahun! Alhamdulillah, saya baru berdaftar untuk menunaikan umrah pada 8 Mei 2010 dengan Andalusia Travel & Tours.. Saya berasa puas hati kerana duit yang saya gunakan untuk ke Makkah adalah hasil titik peluh saya..duit itu saya kumpulkan setelah 3 bulan saya berkerja. Masya Allah, syukur, gementar, gembira semuanya ada..semuanya bercampur baur.. Saya berdebar-debar menanti saat itu… Ya Allah, sudah terlalu lama aku menanti saat ini…Mudahan-mudahan Allah membuka laluan saya dan merahmati serta menerima ibadah Umrah saya nanti..


Hakikatnya, saya tak pasti, apakah yang mendorong saya mempunyai impian sebegini. Mngkin kerana saya juga mahu mengikuti jejak langkah ibu..atau sememangnya naluri bersih seorang anak kecil yang masih bebas dari sebarang noda dan dosa…Semasa ibu menunaikan haji, umur ibu 25 tahun dan akan masuk 26 tahun pada oktober 1984 (tahun saya dilahirkan). Saya dikandungkan di Mekah dan diputerikan setelah sebulan lebih ibu dan ayah pulang dari Makkah.. Kata ayah asalnya nama saya Siti Khadijah bukannya Khalijah =( ..tapi kerana kesilapan dalam penulisan.. apepun, panggillah seseorang dgn nama yang disukainya - Khadijah (*-*)


Terakhir, saya mahu menjadi seperti Siti Khadijah, kaya raya dan mempunyai zauj bernama Ahmad @ Muhammad. Mustahil bukan? Menjadi seperti saidatina Khadijah bukannya mampu dicapai oleh mana-mana manusia sekalipun, tetapi paling tidak saya berazam utk mencontohi peribadi, pengorbanan dan kemurahan hati beliau..dan mustahil juga utk mempunyai zauj bernama seperti nabi s.a.w memandangkan keaslian nama sekarang yang semakin di modenkan (*-*).. Menjadi kaya yang bersyukur adalah perkara yang dituntut di dalam Islam.. Saya mahu menjadi kaya kerana saya mahu membina rumah tarbiah untuk anak-anak yatim. Membantu dan memberi pendidikan kepada mereka kerana mencintai anak-anak yatim adalah sebahagian daripada tanda mencintai nabi s.a.w..


Saya bukanlah seorang yang terlalu degil, sehingga tidak mampu bertolak ansur, mendengar nasihat mahupun teguran..Tetapi, saya sedaya mampu akan berjuang dan mempertahankan 2 impian utama saya.. impian ketiga? kata makayah, keputusan mereka muktamad, wajib habiskan MA dulu.. (*-*) kemewahan, kenikmatan dunia Alhamdulillah tidak menekan jiwa saya.. bahkan saya rasa kehidupan yang sederhana itu lebih baik dan mendamaikan jiwa.. Ya Allah..seandainya diri ini tersasar jauh dari persimpangan, bantulah aku ya Rabbi…Ya Allah, engkau perkenankanlah segala impian ku seandainya disitu ada kebaikan untuk diri dan agamaku kerana sesungguhnya aku manusia yang tidak berdaya…mengharapkan nur MU sebagai penyuluh hidupku..ameeen






7 April 2010


Ghurfatul Mahbubati.

Powered By Blogger

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan