I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”


Disini saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kelebihan sujud iaitu :

Waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.
Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
membetulkan kedudukan buah pinggang
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
melegakan sakit hernia.
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
Lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika
akan sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi
dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,
organ peranakanmudah kembali ke tempat asal
serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak
terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula :
sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta
sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan :
kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan
aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian :
terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah
yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat :
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafaz tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "

Mengucap Bismillah
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
Mengucap Alhamdulillah
pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
Mengucap Astagfirullah
jika tersebut perkataan yang tidak elok
Mengucap Insya Allah
jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.
Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya



tesis penulis sekadar Perkongsian
ilmu dengan sahabat-sahabat :


Keistimewaan Sunan Abi Daud

a) Menghimpunkan dalil-dalil setiap mazhab, sekaligus menjadi asas untuk mengetahui hadis-hadis yang menjadi dalil hukum kepada ulama fiqh. Imam al-Nawawi menyatakan: “Sepatutnya sesiapa yang terlibat dengan ilmu fiqh dan lain-lain memberi perhatian kepada Sunan Abi Daud dan mengenalinya dengan sebaik-baiknya, kerana kebanyakan hadis-hadis hukum yang diperlukan terdapat dalamnya dan diperolehi dengan mudah

b) Merangkumi semua bab-bab hukum tetapi secara ringkas. Dalam satu bab, beliau menyebutkan satu dua hadis sahaja.

c) Sekiranya dalam satu masalah terdapat beberapa hadis yang bertentangan, Abu Daud akan mengadakan satu bab kemudian membuat satu bab lain yang mengandungi hadis yang bertentangan dengan hadis dalam bab terdahulu.

d) Memberi perhatian kepada perbezaan lafaz penyampaian hadis, menyatakan dengan jelas mendengar atau secara ‘an’anah.

Riwayat daripada Imam Ahmad jelas bahawa Ma’mar mengambil secara langsung daripada Asy’ath berbeza dengan Hasan yang meriwayatkan secara ‘an’anah yang mengandungi andaian tidak mendengar secara langsung.

e) Di tengah-tengah sanad, Abu Daud menyebutkan jumlah mu’taridhah (ayat selingan) bila mana dalam lafaz perawi tertentu ada penambahan dan pengurangan, perubahan atau perbezaan.

f) Adakalanya juga Abud Daud menjelaskan sifat perawi.

g) Menegaskan perbezaan yang berlaku pada nama perawi. Dalam jalan Muhammad disebutkan Abi Ghutaif tetapi dalam jalan Musaddad disebutkan Ghutaif tanpa kuniah.

h) Abu Daud juga menjelaskan kedudukan perawi dari sudut Jarh Wa Ta’dil

I) Menjelaskan perbezaan dengan menyebutkan secara berasingan kerana perbezaan lafaz setiap sheikh. Sekiranya hadis itu mempunyai dua jalan, Abu Daud akan menyebutkan jalan yang pertama kemudian membawa matan kemudian mengemukakan jalan kedua tanpa menyebutkan matannya. Sebaliknya memadai dengan mengatakan dengan maknanya, dengan sepertinya atau dengan lebih kurang seperti itu.

k) Di sesetengah tempat Imam Abu Daud memberi penilaiannya kepada kedudukan hadis

l) Di sesetengah tempat juga Imam Abu Daud menyebutkan fawa`id hadisiyyah.


# Hadis yang tidak dihukumkan oleh Abu Daud


Dalam risalahnya kepada penduduk Mekah, Abu Daud menjelaskan bahawa dalam satu bab itu beliau mengeluarkan hadis yang sahih dan yang menghampirinya dan serupa dengannya. Sekiranya hadis itu bersangatan dha’if beliau menjelaskannya. Hadis yang diberikan keputusan itu dikira sebagai soleh. Ini menunjukkan bahawa ada tiga jenis hadis dalam sunannya. Pertama, sahih dan yang hampir dengannya, kemungkinan maksudnya itu hadis hasan. Kedua, hadis yang sangat dha’if yang diberikan peringatan tentangnya dan ketiga, hadis yang didiamkan keputusannya, iaitu hukumnya soleh.

Dalam menjelaskan maksud soleh ini ulama berbeza pendapat tentang maksudnya. Adakah soleh untuk berhujah atau soleh untuk dijadikan i’tibar? Yang pertama bermaksud boleh dijadikan hujah sandaran dalam sesuatu bab. Yang kedua bermaksud, padanya terdapat kedha’ifan yang ringan tetapi ia boleh dikuatkan dan ditampung dengan banyak jalan. Persoalannya manakah di antara kedua-dua ini maksud Abu Daud? Apabila diperhatikan hadis-hadis yang didiamkan itu, didapati kebiasaanya sahih, bahkan kebanyakannya dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Bagaimanapun, di sana ada juga hadis dha’if yang didiamkan oleh Abu Daud, tetapi dha’if ringan yang boleh dijadikan i’tibar dalam bab mutaba’at dan syawahid. Terdapat juga hadis yang munkar yang didiamkan atau sangat dha’if. Contohnya:

Dalam sanad ini terdapat Daud bin Abi Soleh al-Madani, seorang perawi yang munkar. Persoalan lain, adakah semua hadis yang sangat dha’if itu didiamkan kedha’ifannya oleh Abu Daud? Jawabnya tidak semua hadis yang munkar atau sangat dha’if tidak dinyatakan oleh Abu Daud. Hadis-hadis tersebut tidak banyak bahkan ini berlaku secara nadir
Ini bermakna penjelasan Abu Daud dalam suratnya itu tidaklah boleh difahami secara mutlak.



* Nama : Imam Al Hafidz Al Faqih Sulaiman bin `Imran bin Al-Asy`ats bin Ishaq bin Basyir bin
Syidad bin `Amr bin `Imran

* Asal : Lahir pada tahun 202H di kota Sajistan

* Background Hidup :
- Keluarganya sangat mengambil berat ttg hadith-hadith
- Memulakan pengembaraan ke Baghdad (Iraq) pada tahun 220H
- Sebelum itu, beliau telah pergi ke khurasan, Baghlan, Harron, Roi dan Naisabur.
- Pada tahun 221H beliau datang ke Kufah dan mengambil hadits dari Al Hafidz Al Hasan bin Robi` Al Bajaly dan Al Hafidz Ahmad bin Abdillah bin Yunus Al Yarbu`iy (mereka berdua termasuk dalam guru-gurunya Imam Muslim).
- Sebelumnya itu, beliau berkelana ke Makkah dan meriwayatkan hadits dari Abdulloh bin Maslamah Al Qo`naby (Wafat tahun 221 H).
- Selain itu juga beliau telah berhijrah ke Damaskus (ibu kota Suria sekarang) dan mengambil hadith dari Ishaq bin Ibrohim Al Faradisy dan Hisyam bin Ammaar,
- Pada tahun 224H, beliau telah pergi ke Himshi dan mengambil hadith daripada Imam Hayawah bin Syuraih Al Himshy dan mengambil hadits dari Ibu Ja`far An Nafiry di Harron.
- Beliau juga pergi ke Halab dan mengambil hadits dari Abu Taubah Robi` bin Nafi` Al Halab
- Kemudian berkelana ke Mesir dan mengambil hadith dari Ahmad bin Sholeh Ath Thobary

* Guru-Guru Beliau.

• Imam Ahmad bn Hambal
• Ishaq bin Ibrohim bin Rahuyah
• Ali bin Al Madiny
• Yahya bin Ma`in
• Abu Bakr ibnu Abi Syaibah

* Murid-Murid Beliau.

• Abu `Isa At Tirmidzy
• An Nasa`iy
• Abu Ubaid Al Ajury
• Abu Thoyib Ahmad bin Ibrohim Al Baghdady
• Abu `Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab sunan dari beliau).

* Pujian Dan Sanjungan Para Ulama Terhadapnya.

• Berkata Imam Al Khollal: Imam Abu Daud adalah imam yang dikedepankan pada zamannya
• Berkata Ibnu Hibban: Abu Daud termasuk salah seorang daripada imam dunia dalam ilmu dan fiqih (Thobaqat As Syafi`iyah 2/293).
• Berkata Musa bin Harun: Abu Daud diciptakan di dunia untuk hadith dan di akhirat untuk Syurga dan tidak aku melihat seorangpun lebih utama darinya. (Thobaqatus Syafi`iyah 2/295).

* Wafatnya Beliau.
Beliau wafat dikota Bashroh tanggal 16 Syawal 275H dan jenazahnya diuruskan oleh Abbas bin Abdul Wahid Al Haasyimy.

Powered By Blogger

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan