I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”


Bismillahirrahmanirrahim

Kali ini saya ingin berbicara secara ringkas tentang tajuk di atas . Bunyinya agak kontroversi. Teringat seketika waktu di Darul Quran dahulu. Ia antara tajuk yang sering menjadi bahan tazkirah sahabat2 di masjid selepas solat Isyak.

Sebenarnya , andai kita memahami konsep, saya rasa persoalan tersebut tidaklah sukar untuk dipecahkan. Konsep yang terkandung dalam surah Al-Qiyamah. Sememangnya hanya Allah yang menghimpunkan Al-Quran itu di dalam dada2 manusia. Para huffaz hanya menggerakkan usaha, namun sesekali tidak mampu memperoleh apa2 dari usaha mereka- melainkan hanya apa yang diberikan oleh Allah.


(Gambar Abu Hassan al-Kurdi Hafizahullah - Meninggal beberapa bulan lalu)


Menjadi seorang huffaz adalah anugerah daripada Allah S.W.T yang tidak ternilai dan tak terungkap dengan kata-kata..ketenangan & kedamaian jiwa yang tiada taranya. Para sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. seperti 'Uthman bin 'Affan, yang mampu mengkhatamkan al-Quran pada setiap hari, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit serta tabien seperti Imam Bukhari yang hanya mengkhatamkan al-Quran dalam 3 malam sahaja  serta ramai lagi dikalangan mereka yang mengkhtamkan al-quran hanya dalam tempoh yang singkat. Kegairahan ini adalah kerana kualiti iman dan ketaqwaan pembacanya kepada Alah S.W.T. mereka telah mendapat kenikmatan dalam pembacaannya..Sesungguhnya amalan-amalan seperti ini tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak merasai kemanisan membaca al-Quran.



 
              (Syeikh Ramadhan al-Buthi)

Alhamdulillah, siap juga akhirnya task yang di berikan pensyarah. Setelah saya berpenat lelah dalam 2,3 minggu ni. Terasa sangat penat bilamana saya wajib berulang alik dari Bangi ke Kelantan. Antara tanggungjawab dan impian? Saya mahu menggapai kedua-duanya..Menjaga ibu yang sakit dan bergilir-gilir dengan adik beradik yang lain serta menyambung pengajian ke peringkat sarjana.. Saya tekad, kedua-duanya saya wajib dahulu dan utamakan! 


Sambil-sambil rileks selepas seharian menyiapkan proposal, saya mula terimbau-imbau kenangan di Syria. Maklumla, sangat ramai yang bertanyakan saya tentang Syria. Baguslah.. Mengimbau saat pertama kali saya menjejakkan kaki dibumi barakah ini.. saya seakan-akan mahu menitiskan airmata. Ya..Impian mahu kesini telah saya tanam seawal darjah tiga lagi. Tapi, lantaran beberapa sebab yang perlu.. Maka impian itu terpaksa saya tangguh dan simpan jauh disudut hati. Tapi tuhan maha hebat, maha tahu apa yang saya inginkan..dengan kekuasaanya, akhirnya tanggal Mei 2009, saya berjaya menjejakkan kaki ke Syria bersama 7 orang sahabat yang lain..Allahuakbar!



(Didalam masjid umawi ini terdapat maqam nabi yahya & hadapannya maqam salahuddin al-ayubi)

Salam..dengan kesempatan dan ruang yang ada ini, saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat yang bertanya pada saya, tentang persediaan dan strategi nak pergi syria. Bagi sahabat-sahabat yang berminat, boleh rujuk kat sini. Bukan ape, terkadang sibuk dengan pembelajaran dan sampingan-sampingan lain, jadi saya minta maaf tidak dapat replay mesej sahabat-sahabat ye..

Sebelum tu, saya sangat menyokong penuh dan menggalakkan sahabat-sahabat yang berminat untuk belajar bahasa di sana. Bagi saya, syria merupakan tempat terbaik untuk belajar bahasa arab memandangkan masyarakat di sana bercakap dalam bahasa arab fushah, sistem pembelajaran dalam bahasa arab fushah dan kos pengajian yang agak murah. Serta disana juga sahabat-sahabat boleh mengambil peluang untuk perbetulkan makhraj, hafaz al-Quran dan dapat sanad al-Quran, sanad hadith dan lain-lain



Sekadar luahan rasa dan cetusan dari keikhlasan hati.. Bilamana saya mendengar masalah-masalah yang di adukan kepada saya. Saya agak berasa hairan bilamana di sekeliling saya, saya rasa mungkin 3 daripada 5 sahabat-sahabat sering mengadu tentang masalah keluarga kepada saya. Samada berpunca daripada sifat ibu ayah, adik beradik dan mungkin juga diri sendiri? Apapun syukur pada Allah kerana menganugerahkan saya sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni..Dan bersabarlah serta mohonlah petunjuk dan pertolongan daripada Allah di atas ujian dan dugaan buat sahabat-sahabat yang teruji..

“Astaghfirullah…al-‘adzim…Astaghfirullah al-‘adzim. ya Allah, ampunkan dosaku ya Allah…ampunkan dosa kedua ibu bapaku ya Allah… mungkin mereka adalah hamba berdosa, tapi aku juga hamba berdosa. Maka siapa aku untuk menentukan mereka akan memasuki nerakaMu kerana kejahilan dan kesilapan mereka dalam mendidikku ya Allah… Mungkin kita merasa sedih dan kecewa dalam hidup ini… Kesedihan yang panjang, derita yang lama sehingga telah membenihkan kebencian. Kecewa yang seolah tidak akan berakhir sehingga akhirnya kita telah bertanya pada Tuhan..mengapa mesti aku yang terpilih? Mengapa aku orangnya yang menjadi gadaian dalam sebuah bahtera yang bakal karam? Mengapa mesti aku dan bukan orang lain?

Jangan bertanya pada Tuhan seperti itu… Kita hanya hamba… makhluk. Bertanyalah dengan sopan. Bertanya dengan mencetus fikir dahulu… Mengapa kita merasa terlalu kecewa…terlalu benci… terlalu marah…Cuba renungkan. Apakah yang menyebabkan kita sangat2 marah, kecewa dan benci kerana lahir dalam sebuah keluarga yang mungkin kurang baik berbanding keluarga orang lain? Apa sebenarnya yang kita inginkan? Kasih sayang? Perhatian? Andai kata, kita ditakdirkan hidup dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang dan prihatin, adakah kita sudah mengira bahawa kita dapat mencipta diri kita menjadi manusia hebat? Manusia yang dikenali seluruh manusia? Manusia yang dipandang di muka bumi Allah? Manusia yang boleh mencapai golongan taqwa? Dan, adakah manusia yang hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia telah dijanjikan syurga?? Itukah yang kita inginkan daripada kehidupan dalam sebuah keluarga yang bahagia?

Benar, keluarga itu adalah elemen terpenting dalam kehidupan. Namun, jika hanya melihat bahawa perjalanan dalam kehidupan sebuah keluarga harmoni adalah satu-satunya jalan untuk kita menemui kasih sayang, saya fikir kita sudah tersilap membuat penilaian, malah tanpa sedar kita sudah tidak berlaku adil dengan Tuhan!

Jadi, lahir kita ke dunia pun, kita langsung tak tahu yang kita akan hidup dalam sebuah keluarga yang baik ataupun kurang baik. Ini semua adalah qadar Allah. Adakah manusia yang lahir dalam sebuah keluarga yang tidak mendapat kasih sayang semuanya akan menjadi penghuni neraka dan dibenci Allah? Dan, manusia yang lahir dalam sebuah keluarga yang aman, bahagia akan menjadi penghuni syurga dan disayangi Allah? Maka, itu sebabnya saya mengulangi pertanyaan saya sekali lagi…apa yang kita inginkan daripada sebuah keluarga yang bahagia?

Rasulullah tidak punya ibu dan bapa sejak lahir ke dunia namun bagindalah manusia yang paling berkasih sayang. Rasulullah kehilangan isteri yang paling dicintai dan tidak mempunyai zuriat yang ramai tapi bagindalah insan yang paling berbahagia. Maka, di mana halatuju dan punca bahagia dan kasih sayang itu?........ Jawapannya, hanya Allah. Kerana daripada Allah lah segala sumber kasih sayang, kebahagiaan dan ketenangan. Hanya daripada Allah. Maka, logiklah jika saya mengatakan bahawa kita sangat tidak adil kerana sering bersedih hati kerana tidak mendapat kasih sayang dan kebahagiaan sebuah keluarga, namun kita kurang bersedih hati, tidak sensitif kerana kita tidak mendapat kasih sayang Allah malah kita sendiri memandang lekeh terhadap kasih sayang Allah. Sedangkan Allah itu Tuhan, Dialah yang menciptakan, menakdirkan kita dilahirkan, dibesarkan hingga dimatikan.

Atas semua ini, titik permulaan yang perlu kita fahami ialah apa matlamat kehidupan kita di dunia ini. Kalau matlamat hidup kita tidak jelas, itu yang membuatkan kita terumbang-ambing. Kita hidup dalam taruhan budi manusia, menyimpan harap terhadap sesama makhluk yang bergelar manusia. Iman dan I’tiqad pun seperti telur di hujung tanduk. Wal ‘iyazu billah.

Usah menyalahkan taqdir, kerana bukan ibu atau bapa saja yang terasa namun lebih berat apabila Tuhan juga akan “merasa”. Bila Dia merasa hambaNya sudah putus asa pada qada’ dan qadarNya, disitulah Dia akan melepaskan ‘ikatanNya’ terhadap kita. Apa lagi yang kita boleh lakukan jika Dia melepaskan ‘taliNya’ daripada hati kita? Maka, kita sudah MATI di dunia ini lagi. Na’uzubillah min zalik.

Kita selaku manusia selamanya takkan dapat mencapai redha manusia, namun redha Allah itu bisa dicapai kerana rahmat dan kasih sayang Allah itu mengatasi kasih sayang seluruh makhluk di alam ini.

Redha Allah itu boleh dicari, diusaha. Bila mencari redha Allah, maka mahu tidak mahu kena melalui perintah-perintahNya. Maka, salah satu perintah teragunya ialah taatkan ibu bapa. Taat kepada mereka menandakan kita taat padaNya. Niatkan kita mentaati mereka kerana kita taatkan Allah. Jangan kita hanya menunggu kasih sayang mereka tumpah kepada kita sedang kita sendiri sering terlepas untuk membacakan doa ampunan dan pengasih untuk mereka. Doa adalah seampuh-ampuh senjata mukmin. Jika mereka benar-benar tersalah, itu adalah kesalahan mereka dan tiada dosa yang lebih besar melainkan syirik pada Allah. Bahkan sekalipun ibu bapa melakukan syirik, ketaatan itu tidak akan terhenti melainkan jika mereka turut menyuruh kepada kesyirikan.

Siapa kita untuk menghukum mereka. Kita bukan Tuhan untuk menghukum dosa mereka di dunia. Mungkin ada senarai yang kita tak tahu hidupnya sebagai abid, namun di akhir hayatnya adalah azab hanya kerana dosanya kepada ibu bapanya. Dan, boleh jadi juga ada hayat yang kita tak tahu punya latar dosa yang panjang namun di akhirnya dia layak ke syurga hanya kerana taatkan ibu bapanya. Kerana apa? Kerana syurga Allah itu bukan dibeli dengan amalan, tetapi ia adalah sebuah pertaruhan dan cagaran yang besar untuk mendapat rahmatNya kerana Allah itu Maha dan Sangat Maha Adil. Dia tidak menguji seseorang melainkan dengan kemampuannya. Berbahagialah bila jiwa diuji.

Terima Kasih Umi Abi. Sahabat-sahabat, hargailah ibu bapa kalian. selagimana Allah maih memberi ruang dan peluang..Jangan biarkan sampai suatu masa, nikmat itu hilang dan terus hilang.. Dikala itu, tak perlulah kalian bazirkan masa, bazirkan air mata utk penyesalan yang tida penghujungnya... Ingatlah, Redha Allah bergantung pada Redha Ibubapa"












Ku tahu rizkiku tak mungkin diambil orang lain, karenanya hatiku tenang. Aku tahu amalku tak mungkin dilakukan orang lain, karenanya aku sibukkan diriku untuk beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku, karenanya aku malu bila Dia melihatku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, karenanya kupersiapkan bekal untuk bertemu Rabb-ku.

Ikhwan dan Akhawat...berapa kali antum khianati perjanjian antum dengan Allah? Bukankah teramat sering? Antum di malam hari tahajjud dengan uraian air mata memelas ampunan tapi di siang hari antum ikuti hawa nafsu hingga lupa akan Allah. Dan berapa kali pula antum shaum di siang hari atau memberikan taujih rabbany kepada orang lain, lalu di malam hari antum tertidur lelap berbuat maksiat? Allahumma, bagaimana mungkin aku punya besar rasa akan menggapai ridha-Mu sedangkan aku amat tau akan keadan diriku sendiri. Ampuni aku Tuhanku. Allahumma innaka 'afuww karim tuhibbu al-'afwa fa-'fu 'anny!

Ikhwan dan akhawat.. di tengah gelapnya malam, di tengah dinginnya malam, di tengah senyapnya malam, tahukah antum bahwa ada laki-laki yang lama tegak dalam rakaat tahajjudnya, atau ada wanita khusyu' berwajah syahdu berurai air mata yang tersungkur sendu di atas sajadahnya.

Ikhwan dan akhawat.. ikutilah jejak langkah mereka! Hiasilah malam-malammu seperti mereka berzikir dan tetap dalam ketaatan kepada Rabb-nya! Bacalah Qur'an seperti mereka! Sedih dan sendu berhiaskan isak tangis khauf kepada Rabb mereka. Lembutkanlah hatimu seperti lembutnya hati mereka! Ikhlas, senantiasa hanya mengharapkan keridhaan Rabb mereka. Alahai betapa sucinya... Jadikanlah cintamu seperti cinta mereka! Tiada terbagi sekeping jua untuk harta, tahta dan pria/wanita. maukah antum seperti mereka?

Author: Irfan Abu Hawariyah (Allahumma irhamhu. Amin!)


Sejuknya. Pakaian, beg kuliah semuanya basah lencun.. hujan lebat turun mencurah-curah dari pagi sehingga malam.. ditambah dengan suhu yang mula menurun. Kalau tak silap saya sekitar 12c sekarang ni.. Tangan terasa sejuk, kejang dan kaku..semua rasa tak kena.. Ramai yang mengambil peluang untuk berehat, tidur atau makan.. Tapi, saya tidak mahu membazirkan masa saya dengan berehat saja. Laptop mula di capai, idea mula dijana.. fakta mula diingat.. saya mahu meneruskan siri “kembara ke bumi barakah Syam”.. 

tak sampai 2 minggu lagi, saya akan meninggalkan bumi Syria.. Jadi sementara semua fakta saya masih ingat, saya mahu abadikan kenangan saya sepanjang di Syria diblog yang tak seberapa ini untuk tatapan diri sendiri bila rasa boring dan sunyi..Saya lebih berminat bercerita berkenaan kota pada kali ini.. Antara kota yang masyhur ialah kota Halab, Kota Damsyiq, Kota Busro dan lain-lain..


Terlalu banyak tempat-tempat menarik disyria. Saya tak mampu berkongsi secara lebih mendalam..sekadar perkongsian umum agar kita mengambil tahu serba sdikit tentang sejarah negara Islam. Insya Allah, selepas ini saya akan fokuskan pada tempat-tempat sekitar tempat tinggal saya disini dan damsyiq.. Sekian untuk kali ini..





 
(Maaradh Zuhur)

“Seandainya syurga berada di atas dunia, syurga itu adalah Damsyik.”
Ibn Jarir, pengembara dari Andalus : kurun ke-12 

Salam kerinduan salam sayang buat semua..rasanya hampir 5 bulan jari jemari saya tidak menari di perut keyboard. Rasa rindu nak mencoret-coret di blog yang agak sepi ni. Seingat saya mac tahun depan baru cukup 1tahun saya registerkan blog ni.. dek kerana kekangan masa, banyak talaqi-talaqi, kelas-kelas dan program-program yang perlu dihadiri.. Jadi ini antara sedikit sebanyak alasan untuk menjawab kata-kata sahabat saya. Katanya blog saya dah cukup bersawang dan kalau perlu buat yang baru..(gelihati) jadi tanpa mengambil masa yang panjang, saya mula menulis-nulis pengalaman-pengalaman untuk dikongsi bersama-sama..

 
Hampir separuh tahun berada disini, tapi rasanya ini kali kedua saya bercerita tentang Syria. Seingat saya artikal dulu berkenaan 1st impression saya terhadap Syria. Nampak agak sedikit bias dan negative. Tetapi alhamdulillah.. itulah kata orang, don’t judge a book by it’s cover. Semakin lama berada disini, barulah saya mula menyedari betapa indahnya Syria. Bukan kerana negaranya tapi kerana akhlak masyarakat Syria..Masya Allah..azhim! Saya terpegun dan terkadang terkesima dengan layanan baik mereka terutamanya terhadap ajanib. Inilah yang saya sentiasa pasakkan di hati. Jiwa-jiwa yang lembut dan berkasih sayang kerana agama ini patut saya bawa dan terapkan di Malaysia.. Percaya atau tidak, saya dihadiahkan 16000ls Syria hanya dalam tempoh 4 bulan lebih !

Saya hanya mahu bercerita tentang tempat-tempat yang saya sendiri dah ziarahi. Sepanjang ziarah ini, hati saya bercampur baur . Rasa teruja, takjub dan sayu dengan ibrah daripada sejarah-sejarah dan kehebatan disebalik monumen-monumen yang masih wujud. Terutamanya bila memikirkan usaha dan perjuangan para mujahid silam berjuang dan menegakkan agama Islam.. Disini terlalu banyak maqam para sahabat al-jalil dan para nabi. Masya Allah, kalau dulu saya hanya membaca kisah-kisah mereka, tapi kali ini Allah gerakkan kaki saya, dan memberi saya sedikit ruang dan kelebihan untuk menyaksikan sendiri bukti-bukti ini walaupun hanya sekadar maqam atau monumen..
Bagi pengkaji sejarah pastinya akan mengambil tahu sedikit sebanyak tentang pemerintahan yang pernah bertapak di Syria. Negara Syria pernah dinaungi oleh tiga kuasa besar dunia iaitu Rome, Portugal, Islam. Antara panglima yang masyhur dalam sejarah pembukaan dan pembebasan Syria ialah Khalid al-Walid. Beliau berjaya menamatkan penguasaan barat selama seribu tahun ke atas Syria pada 636M dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang telah menawan beberapa buah kubu semasa penaklukan kota Syam daripada Rome. Terlalu banyak peristiwa besar yang berlaku di Syria ini dan insya Allah saya akan cuba berkongsi setakat yang mampu melalui beberapa siri yang akan di publishkan nanti.. Salam Juang dari bumi barakah Syam :-)



.


Puteraku, getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya syahwat bukan kalian saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para pria. Tenangkan hati kalian, keluhan itu bukan hanya kalian saja yang merasakannya. Orang yang kurang merasakan nikmatnya tidur adalah seperti murid yang mengabaikan pelajaran, seorang yang melalaikan pekerjaan atau perniagaannya. Syair dan pantun yang ditulis oleh para sasterawan, ungkapan hati para penulis terkenal dengan pujuk rayu dan kemesraan. Semuanya adalah serupa dengan godaan nafsu seperti yang kalian alami sekarang.

Gejala yang timbul terhadap seseorang seusiamu, nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah.. menarik.. menawan.. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal. Gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran! Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah..berkahwin!!!

Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!

Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah sama ada di alam sedar ataupun mimpi. Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.

Kedua : Melakukan istimnaa. Apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri, menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab.. dia mati sebelum mati.

Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan keputeraanya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan. Jangan kalian kira bahawa sekali mendekati zina kemudian kalian akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali kalian melakukannya, kalian akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan.

Puteraku, aku berani menyatakan dengan pasti kepada kalian, bahawa masalah seksual pada hakikatnya adalah masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang kalian gambarkan. Masalah yang kalian bicarakan, besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang kalian bayangkan. Malah apa yang kalian bicarakan dan bahaskan itu adalah lebih besar dari kenyataannya. Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian, mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenamya. Memang, dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.

Apabila direnungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh terkeliru.. Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya. Kerana Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu, kecuali digantinya dengan yang lebih baik...Allah mengharamkan zina, digantinya dengan pernikahan atau perkahwinan. Jadi, ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin! Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.

Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah kalian patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Jangan kalian terlalu memberatkan perkahwinan, mengharapkan bidadari idaman dari syurga..Semua itu khayalan.. Kebahagian dan ketenangan hati lebih utama berbanding segal-galanya.. Apabila kalian belum mampu, kalian mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Kalian hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada suka, organisasi atau lain-lain lagi. Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi penyembuhan. Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar untuk memenuhi waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.

Putera-putera harapanku.. Jangan kalian “matikan’ diri kalian sebelum matinya yang sebenar. Sedarkah kalian? Kalian membawa amanah agama.. Kalianlah bakal mencorak masyarakat kearah yang lebih baik. Jangan sesekali kalian mengambil kesempatan dan menabur janji manis untuk memperdaya pria2 yang lemah dan berdaya.. kasihanilah mereka, belas ihsanlah pada mereka.. Bendunglah syahwat kalian dengan cara yang sepatutnya.. Demi Allah, kerana sayangkan kalian, maka nasihat ini aku nukilkan…Agar ianya diambil iktibar dan pengajaran bagi putera-putera idamanku yang berfikir…

Wahai rakan-rakan yang dikasihi sekelian, apakah tidak ingin kita menyumbang untuk memadamkan bara-bara kemurkaan Allah dan unsur-unsur keruntuhan masyarakat? Ambillah peluang, bukalah medan sumbangan kalian agar kita sama-sama dapat memberikan sumbangan terbaik dalam membina generasi mulia dan terpelihara..


Abu al-A’la almaududi : Sekiranya kamu mahu melihat dunia (masyarakat) sekarang, maka lihatlah pada pemudanya, Dan sekiranya kalian mahu melihat generasi akan datang, maka lihatlah pada pemudinya”

Powered By Blogger

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan