Isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan: Adakah boleh orang bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran al-Karim? Perkara ini mula timbul bilamana seorang Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis bernama Y.B. Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat (PR) telah membaca ayat al-Quran al-Karim dalam ceramahnya di Bukit Gantang. Perkara ini terus menjadi panas setelah keluar satu kenyataan dari Mufti Kerajaan Negeri Perak iaitu S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria yang mempersoalkan tindakan Y.B. Nga Kor Ming tersebut.
***********************************************
Daiemuda lebih cenderung terhadap pandangan yang mengatakan bahawa tidak salah non muslim membaca al-Quran. Daiemuda merasakan tiada salah, dan tiada halangan bagi gol ini untuk membaca al-Quran berdasarkan beberapa pandanagn ulama-ulama muktabar. Tetapi berkenaan memegang Al-quran dalam keadaan tidak berwuduk wujud beberapa perbahasan. Ada yang membenarkan, dan ada yang tidak membenarkannya.
Bagi pandangan yang membenarkan : kenapa non muslim dibenarkan membaca dan memegang Al-Quran kerana tiada pertanggungjawaban hukum keatasnya sebagaiman orang islam. Pendapat ini dipersetujui oleh TG nik Aziz dan juga Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah di dalam kitab Fatawanya:Menurut sebahagian Ulama di dalam bidang usul fiqh, Golongan non muslim tidak ditaklifkan dengan perkara hukum di dalam Islam.
Sekiranya sahabat-sahabat melihat sendiri dalam u-Tube YB Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran surah an-Nahl ayat 90(bukan surah al-A'raf seperti yang didakwakan). Bacaannya memang tak betul tajwid/makhrajnya, manakala terjemahannya bolehlah diterima. Beliau cuba menekankan soal KEADILAN dan KEIHSANAN. Daiemuda merasakan wujudnya keikhlasan beliau dalam membaca Al-Quran tersebut, bukannya secara main-mainkan.Inilah ayatnya ﴿ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ
yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan......"
Manakala bagi ulama yang tidak membenarkan golongan non muslim memegang dan membaca al-Quran kerana non muslim turut ditaklifkan di dalam permasalahan hukum. Bahkan mereka juga akan dihisab di akhirat kelak oleh Allah swt.
* Syiekh Atiyyah Saqr rahimahullah menyebutkan lagi: Selagi terdapat khilaf di dalam permasalahan ini maka bolehlah bagi kita memilih mana-mana pandangan ulama. Khususnya jika terdapat kondisi yang memerlukan untuk kita menilai dan memilih mana-mana pendapat yang disebutkan.
* Dalil lain yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk non muslim membaca al-Quran ialah perbuatan Saidina Rasulullah s.a.w menghantar surat kepada pemerintah untuk menyeru mereka memeluk Islam. Di dalam surat-surat tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh baginda. Maka jika ayat tersebut tidak boleh dibaca oleh golongan non Muslim,tentulah Baginda melarang penulisan ayat al-Quran di dalam surat-surat tersebut.
Rujukan :1.Fatawa Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah keluaran baru.Muka surat 34-35.
sumber : http://nazrulnasir.blogspot.com/
PENILAIAN BAIK DAN BURUK
-
Janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan
yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang dia lakukan,
tapi...