Keadilan Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah bersangkutan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Keadilan di dalam bidang-bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya. Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya. Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya. حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang Quraisy diusahakan oleh perempuan al-Makhzumiyyah yang mencuri itu. Lalu mereka berkata, sekarang siapa yang mahu berbicara dengan Rasulullah s.a.w? Tidak ada seorang pun yang maju melainkan Usamah bin Zaid yang dicintai Rasulullah s.a.w, maka jawab Rasulullah: Adakah engkau membela dalam perkara hukuman dari antara hukum-hukum Allah? Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri seraya berkhutbah, baginda bersabda: Hai manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah melakukan kesesatan iaitu sesungguhnya apabila ada dikalangan mereka seorang yang terhormat mencuri mereka diamkan, tetapi kalau dikalangan mereka itu yang mencuri adalah orang yang lemah mereka melaksanakan hukuman keatasnya. Demi Allah! Seandainya Fatimah yang mencuri, pasti aku akan memotong tangannya." Huraian Hadith: …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. Rujukan :
أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا وَمَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ ثُمَّ قَالَ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
PENILAIAN BAIK DAN BURUK
-
Janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan
yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang dia lakukan,
tapi...