(Mendengar Perkongsian Ilmu dari abg senior)
Asalnya, saya mengambil modul tafsir utk pengajian peringkat Ijazah kerana kata senior dan sahabat-sahabat saya, modul hadith sangat payah dan susah nak skor.. Dan sekiranya saya mengambil modul hadith, maka bersedialah untuk saya menempa result yang rendah! Tapi saya tak gentar, kerana matlamat saya bukannya result semata-mata tapi kerana saya mahu menuntut ilmu dan menampal kejahilan dan kelemahan saya. Saya Bersedia! Jadi, dalam tempoh 2 hari baki Minggu Gugur tambah subjek, saya tekad dan menukarkan kos saya kepada hadith..
Ia bermula bilamana saya menunaikan solat Istikharah, memohon dan mengharapkan petunjuk Allah.. Selang beberapa hari, maka saya bermimpi saya menangis dan berlari-lari dari Sofa dan Marwa selama tujuh kali dalam keadaan menangis, mengangkat tangan dan merayu-rayu "Ajarkan aku hadith, ajarkan aku hadith...", tetiba sorang pensyarah Jab Al-Quran dan Al-Sunnah muncul dihadapan saya dan tersenyum. Dia berkata "Datang sini, saya ajarkan anti hadith" .. Saya terbangun dan mula berfikir-fikir dan akhirnya...
Sehingga kini, saya masih setia dengan kos hadith di Peringkat Sarjana.. Tapi dalam masa yang sama , saya takkan melupai dan mengambil enteng ilmu lain kerana saya tidak mahu saya menjadi seorang yang tidak waqie, syadid dan sebagainya.. Sememangnya saya tidak mampu untuk menjadi salah seorang Muhaddithin, tapi paling tidak, saya mahu memahami dan mengetahui metodologi ilmu hadith agar saya mampu memperbetulkan salah faham dikalangan masyarakat, menyampaikan dan menjadi salah seorang yang memperjuangkan Al-Quran dan Al-Sunnah pada masa akan datang..
Mudahan-mudahan impian dan angan-angan saya termakbul dalam masa beberapa tahun lagi. Dan alangkah indahnya kalau saya mampu dan dikurniakan kelebihan untuk menjadi seorang Muhaddithin..Tapi, dek kerana environment, sifat nafsu yang cintakan kemewahan dunia, cintakan benda-benda yang tidak selari dengan agama, maka saya sangat risau andainya saya dikalangan yang mempelajari Al-Quran dan Al-Sunnah tapi tidak beramal dengan isi kandungannya.. Nauzubillahiminzalik.."Allahummaja'lna Qur aanan, namsyi a'lal ardh, ameen"