
"Korang jangan la tsiqqah sangat hingga lari mad'u..."
Antara tsiqqah, ego, sombong dan pelihara hati, yang mana lebih baik ya?
Tsiqqah: Kita cuba buat yang terbaik dan sebagai pimpinan(tak kira pimpinan di peringkat mana) untuk mendapatkan kepercayaan mad'u kita,(Jangan sehingga kita menjadi hipokrit).Bukan sahaja tsiqqah dalam erti kata "berjurus", baik.:)
Proses mentarbiah diri dalam membentuk fardil muslim memerlukan 1001 mujahadah, ketepikan apa orang "kata". Mungkin orang akan kata kita hipokrit, tapi sebenarnya pada masa itu, kita sedang dalam proses membentuk fardil muslim.
Contoh yang amat mudah. Solat sunat ba'diyyah. Mungkin sebelum ni, kita tidak biasa melazimi solat sunat ba'diyyah, tapi bila terdetik suara hati untuk solat sunat, Ikhlaskan niat, untuk melatih diri. Imam Gahazali ada menyebut tentang proses membentuk akhlak, yang pertama kita haruslah melalui proses riyadah iatu melatih diri. Seterusnya kita akan lalui proses mujahadah.Untuk membentuk dan mentarbiyyah diri ke arah yang di redhai Allah, memerlukan mujahadah yang tahap tinggi.
Jadi, jaganlah kita terlalu cepat melabelkan seseorang yang menjaga muamalatnya dengan muslimin dengan "tsiqqah tak bertempat". Hakikat dalam memelihara hati, menjaga hubungan kita dengan Allah amat susah. Cara individu memelihara hatinya mungkin pelbagai selagi tidak melanggar syariat.
Muamalat dengan mad'u tetap kena jaga antara muslimin dan muslimat.Tak kira lah mad'u yang kita sasarkan itu adalah di peringkat adik kita atau junior kita. Yakinlah dengan Allah,apabila kita jaga hubungan kita dengan manusia,Allah akan memelihara kita.Teringat ana semasa belajar di bumi waqafan KIAS . Ust Azhar dalam subjek fiqh munakahat,. Beliau menasihati anak didiknya agar jaga muamalat dengan muslimin. Sama juga hubungn dengan “couple”, “tunang”. Kl kita jaga hubungan ini, Allah akan jaga keluarga kita di kemudian hari. Islam antara cirri-cirinya ialah tsabat dan murunah iatu tetap dan fleksible. Tetap dari sudut hukum , dan fleksible dalam berdakwah selagi mana tidak melanggar syraiat dan dakwah Islam tersebar di mana bertapaknya kaki kita.
Pemakaian, penampilan Islamik tidak mengahalang kita untuk terus berdakwah. Malah, satu bonus untuk orang yang boleh mengekalkan pemakaiannya. ((Azillatin alal mu’minin, a’izzatin alal kafirin))Tidak salah untuk da’ie yang cuba untuk mengubah penamipilannya selagi mana tidak melanggar syaiatLihatlah realitI tempat yang kita berada.
Ego, sombong sebenarnya adalah kata-kata ujian buat dai’e agar dai’e ingat dan sentiasa bermuhasabah. Ini hanya pandangan penulis, bukan mana-mana organisasiOk, selamat amar maaruf nahi munkar.:)
sumber:
Siti Aishah Yusoff
Definisi : Korban: kesanggupan melakukan sesuatu sebagai tanda kasih, kerana kasih ia sanggup menderita. Berkorban: menanggung penderitaan untuk kebahagian, kepentingan orang dll, menyerahkan sesuatu untuk tanda cinta dll Pengorbanan terhadap Ibu Bapa. حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ انْطَلَقَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَتَّى أَوَوْا الْمَبِيتَ إِلَى غَارٍ فَدَخَلُوهُ فَانْحَدَرَتْ صَخْرَةٌ مِنْ الْجَبَلِ فَسَدَّتْ عَلَيْهِمْ الْغَارَ فَقَالُوا إِنَّهُ لَا يُنْجِيكُمْ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ إِلَّا أَنْ تَدْعُوا اللَّهَ بِصَالِحِ أَعْمَالِكُمْ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ اللَّهُمَّ كَانَ لِي أَبَوَانِ شَيْخَانِ كَبِيرَانِ وَكُنْتُ لَا أَغْبِقُ قَبْلَهُمَا أَهْلًا وَلَا مَالًا فَنَأَى بِي فِي طَلَبِ شَيْءٍ يَوْمًا فَلَمْ أُرِحْ عَلَيْهِمَا حَتَّى نَامَا فَحَلَبْتُ لَهُمَا غَبُوقَهُمَا فَوَجَدْتُهُمَا نَائِمَيْنِ وَكَرِهْتُ أَنْ أَغْبِقَ قَبْلَهُمَا أَهْلًا أَوْ مَالًا فَلَبِثْتُ وَالْقَدَحُ عَلَى يَدَيَّ أَنْتَظِرُ اسْتِيقَاظَهُمَا حَتَّى بَرَقَ الْفَجْرُ فَاسْتَيْقَظَا فَشَرِبَا غَبُوقَهُمَا اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَفَرِّجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ فَانْفَرَجَتْ شَيْئًا لَا يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ الْآخَرُ اللَّهُمَّ كَانَتْ لِي بِنْتُ عَمٍّ كَانَتْ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَيَّ فَأَرَدْتُهَا عَنْ نَفْسِهَا فَامْتَنَعَتْ مِنِّي حَتَّى أَلَمَّتْ بِهَا سَنَةٌ مِنْ السِّنِينَ فَجَاءَتْنِي فَأَعْطَيْتُهَا عِشْرِينَ وَمِائَةَ دِينَارٍ عَلَى أَنْ تُخَلِّيَ بَيْنِي وَبَيْنَ نَفْسِهَا فَفَعَلَتْ حَتَّى إِذَا قَدَرْتُ عَلَيْهَا قَالَتْ لَا أُحِلُّ لَكَ أَنْ تَفُضَّ الْخَاتَمَ إِلَّا بِحَقِّهِ فَتَحَرَّجْتُ مِنْ الْوُقُوعِ عَلَيْهَا فَانْصَرَفْتُ عَنْهَا وَهِيَ أَحَبُّ النَّاسِ إِلَيَّ وَتَرَكْتُ الذَّهَبَ الَّذِي أَعْطَيْتُهَا اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ فَانْفَرَجَتْ الصَّخْرَةُ غَيْرَ أَنَّهُمْ لَا يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ مِنْهَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ الثَّالِثُ اللَّهُمَّ إِنِّي اسْتَأْجَرْتُ أُجَرَاءَ فَأَعْطَيْتُهُمْ أَجْرَهُمْ غَيْرَ رَجُلٍ وَاحِدٍ تَرَكَ الَّذِي لَهُ وَذَهَبَ فَثَمَّرْتُ أَجْرَهُ حَتَّى كَثُرَتْ مِنْهُ الْأَمْوَالُ فَجَاءَنِي بَعْدَ حِينٍ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ أَدِّ إِلَيَّ أَجْرِي فَقُلْتُ لَهُ كُلُّ مَا تَرَى مِنْ أَجْرِكَ مِنْ الْإِبِلِ وَالْبَقَرِ وَالْغَنَمِ وَالرَّقِيقِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ لَا تَسْتَهْزِئُ بِي فَقُلْتُ إِنِّي لَا أَسْتَهْزِئُ بِكَ فَأَخَذَهُ كُلَّهُ فَاسْتَاقَهُ فَلَمْ يَتْرُكْ مِنْهُ شَيْئًا اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ فَانْفَرَجَتْ الصَّخْرَةُ فَخَرَجُوا يَمْشُونَ (اخرجه البخاري في الكتاب الإجارة باب مَنْ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَتَرَكَ الْأَجِيرُ أَجْرَهُ فَعَمِلَ فِيهِ الْمُسْتَأْجِرُ فَزَادَ أَوْ مَنْ عَمِلَ فِي مَالِ غَيْرِهِ فَاسْتَفْضَلَ) Maksudnya : Dari Abdul Rahman iaitu Umar bin al-Khattab r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Ada tiga orang dari orang-orang sebelummu sama berangkat bepergian bersamamu sehingga terpaksa menempati dalam sebuah gua untuk bermalam. Kemudian mereka pun memasukinya. Tiba-tiba sebiji batu jatuh dari gunung lalu menutup gua tersebut. Mereka bertanya bahawasany, tidak ada yang dapat menyelamatkan akmu semua dari batu besar ini melainkan jikalau kamu semua berdoa kepada Allah dengan menyebut perbuatanmu yang baik-baik. Seorang dari mereka itu berkata: Ya Allah, saya mempunyai orang tua yang sudah tua serta lanjut usianya dan saya tidak pernah member minum kepada sesiapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba sahaya. Kemudian pada suatu hari, amat jauh saya mencari kayu yang dimaksudkan daun-daunan untuk makanan ternak. Saya belum lagi pulang pada kedua orang tua itu sampai mereka tertidur. Selanjutnya saya pun memerah minuman untuk keduanya itu dan keduanya saya temui telah tidur. Saya enggan untuk mengejutkan mereka ataupun memberikan minuman kepada seseorang sebelum keduanya, baik kepada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya saya tetap dalam keadaan menantikan mereka bangun dan gelas itu tetap di tangan saya sehingga fajar menyinsing. Anak-anak kecil menangis kerana kelaparan dan mereka ini berada dekat dengan kedua kaki saya. Selepas itu, setelah keduanya bangun lalu mereka minum minuman tersebut. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan keredhanMu, maka lapanglah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutup ini. Batu besar itu tiba-tiba terbuka sedikit tetapi mereka belum lagi dapat keluar darinya… Pengajaran dari Hadith: Antara isi-isi penting dan pengajaran lain yang boleh diambil daripada hadith yang panjang ini adalah: ……………………………………………………………………………………………………. Rujukan :
Keadilan Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah bersangkutan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Keadilan di dalam bidang-bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya. Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya. Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya. حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang Quraisy diusahakan oleh perempuan al-Makhzumiyyah yang mencuri itu. Lalu mereka berkata, sekarang siapa yang mahu berbicara dengan Rasulullah s.a.w? Tidak ada seorang pun yang maju melainkan Usamah bin Zaid yang dicintai Rasulullah s.a.w, maka jawab Rasulullah: Adakah engkau membela dalam perkara hukuman dari antara hukum-hukum Allah? Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri seraya berkhutbah, baginda bersabda: Hai manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah melakukan kesesatan iaitu sesungguhnya apabila ada dikalangan mereka seorang yang terhormat mencuri mereka diamkan, tetapi kalau dikalangan mereka itu yang mencuri adalah orang yang lemah mereka melaksanakan hukuman keatasnya. Demi Allah! Seandainya Fatimah yang mencuri, pasti aku akan memotong tangannya." Huraian Hadith: …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. Rujukan :
أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا وَمَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ ثُمَّ قَالَ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا

Isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan: Adakah boleh orang bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran al-Karim? Perkara ini mula timbul bilamana seorang Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis bernama Y.B. Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat (PR) telah membaca ayat al-Quran al-Karim dalam ceramahnya di Bukit Gantang. Perkara ini terus menjadi panas setelah keluar satu kenyataan dari Mufti Kerajaan Negeri Perak iaitu S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria yang mempersoalkan tindakan Y.B. Nga Kor Ming tersebut.
***********************************************
Daiemuda lebih cenderung terhadap pandangan yang mengatakan bahawa tidak salah non muslim membaca al-Quran. Daiemuda merasakan tiada salah, dan tiada halangan bagi gol ini untuk membaca al-Quran berdasarkan beberapa pandanagn ulama-ulama muktabar. Tetapi berkenaan memegang Al-quran dalam keadaan tidak berwuduk wujud beberapa perbahasan. Ada yang membenarkan, dan ada yang tidak membenarkannya.
Bagi pandangan yang membenarkan : kenapa non muslim dibenarkan membaca dan memegang Al-Quran kerana tiada pertanggungjawaban hukum keatasnya sebagaiman orang islam. Pendapat ini dipersetujui oleh TG nik Aziz dan juga Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah di dalam kitab Fatawanya:Menurut sebahagian Ulama di dalam bidang usul fiqh, Golongan non muslim tidak ditaklifkan dengan perkara hukum di dalam Islam.
Sekiranya sahabat-sahabat melihat sendiri dalam u-Tube YB Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran surah an-Nahl ayat 90(bukan surah al-A'raf seperti yang didakwakan). Bacaannya memang tak betul tajwid/makhrajnya, manakala terjemahannya bolehlah diterima. Beliau cuba menekankan soal KEADILAN dan KEIHSANAN. Daiemuda merasakan wujudnya keikhlasan beliau dalam membaca Al-Quran tersebut, bukannya secara main-mainkan.Inilah ayatnya ﴿ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ
yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan......"
Manakala bagi ulama yang tidak membenarkan golongan non muslim memegang dan membaca al-Quran kerana non muslim turut ditaklifkan di dalam permasalahan hukum. Bahkan mereka juga akan dihisab di akhirat kelak oleh Allah swt.
* Syiekh Atiyyah Saqr rahimahullah menyebutkan lagi: Selagi terdapat khilaf di dalam permasalahan ini maka bolehlah bagi kita memilih mana-mana pandangan ulama. Khususnya jika terdapat kondisi yang memerlukan untuk kita menilai dan memilih mana-mana pendapat yang disebutkan.
* Dalil lain yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk non muslim membaca al-Quran ialah perbuatan Saidina Rasulullah s.a.w menghantar surat kepada pemerintah untuk menyeru mereka memeluk Islam. Di dalam surat-surat tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh baginda. Maka jika ayat tersebut tidak boleh dibaca oleh golongan non Muslim,tentulah Baginda melarang penulisan ayat al-Quran di dalam surat-surat tersebut.
Rujukan :1.Fatawa Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah keluaran baru.Muka surat 34-35.
sumber : http://nazrulnasir.blogspot.com/
- Forget about ur friend & Family, Study is ur priority
- Do not sleep whatever, eat whatever
- I must BEAT anyone else that look down on me
Daiemuda terbaca statement ini terpampang di softboard di Kuliah ATMA01. Emmm……Setiap orang ada cara dan pendirian mereka untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam exam. Tapi..Abaikan family??? Abaikan sahabat-sahabat? Patutkah ini semua??? tanpa kita sedar, sahabat-sahabat dan family ni sebenarnya entiti yang terpenting untuk memastikan kejayaan kita dalam exam..Patutkah abaikan makan? Abaikan tidur? Sedangkan semua itu faktor penting untuk menjana keintelektualan. Otak kita memerlukan gula dan oksigen untuk memproses maklumat…Justeru, tidur yang cukup akan memberikan kerehatan pada badan dan member ruang proses pembekalan oksigen yang cukup kepada otak dan membekalkan oksiegen dalam darah..ia penting untuk pembentukan akal yang cerdas.. Dan yang sangat tak wajar meletakkan pendrian , terlalu menganggap orang lain adalah factor penghalang untuk Berjaya-I MUST BEAT ANYONE…Berbeza dengan pandangan daiemuda, statement2 dan strategi diatas sebenarnya menunjukkan "individu" itu tgh stress… Bagi daiemuda, mungkin antara asbab daiemuda dapat result yang agak baik sikit (alhamdulillah) mungkin berpunca daripada keyakinan daiemuda terhadap :
- Niat yang Ikhlas belajar kerana Allah bukan semata-mata 4.0
- Fokus kpd matlamat belajar untuk menyumbang kepada perjuangan dan kemenangan Islam
- Manfaatkan masa yang ada utk betul2 fokus :
- Sangat Sibuk
- Sederhana Sibuk
Tak sibuk
# Pilih kategori sahabat-sahabat. Bila sahabat-sahabat dah dapat kenal pasti kategori mane, maka rancanglah masa studi.. Contohnya kalau sahabat dikalangan yang sangat sibuk, dan hanya mempunyai 2jam satu hari utk studi, jadi fokus betul2..
- Amalkan studi group dengan kwn2.. bukannya studi secara berseorangan – Lebih menambahkan kefahaman
- Banyakkan membantu sahabat-sahabat dlm memahami subjek2..
- Jangan kedekut, sekiranya sahabat-sahabat mendapat klu2 dari lecture
- Dan yang penting.. Perbanyakkan munajat pada Allah. Usaha penting, tetapi pergantungan dan harapan pada Allah lebih utama
Doa ibu bapa. Setiap pagi sebelum masuk dewan exam, daiemuda akan call mak ayah supaya mendokan kejayaan daiemuda..
# PENTING !! : BELAJARLAH DENGAN CARA YANG ANDA RASA PALING RILEKS, JANGAN TIRU CARA ORG LAIN - ENJOYLAH DENGAN EXAM :-)
- Niat yang Ikhlas belajar kerana Allah bukan semata-mata 4.0

Majlis paling bersejarah dan berprestij di UKM selepas Majlis Konvokesyen iaitu Malam Anugerah Gemilang. Alhamdulillah MAG bg Fakulti Pengajian Islam baru malam tadi diadakan. Tetapi apa yang mengejutkan & memeranjatkan daiemuda, bilamana daiemuda dinobatkan sebagai Pelajar Mithali 08/09 . Ini sama sekali tidak dijangka dan harapkan oleh daiemuda. Apapun, dikesempatan ini, daiemuda mahu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada :
1) Kepada ayah dan mak daiemuda, diatas segala kasih sayang, perhatian, dorongan, dan pengorbanan yang telah dicurahkan dari daiemuda kecil sehingga besar..
2) Adik beradik, diatas segala "cabaran" mereka dlm memastikan daiemuda berusaha utk bersemangat dlm menuntut ilmu.
3) Barisan para pensyarah yang banyak mendidik dan memberi tunjuk ajar kpd daiemuda selama 3 tahun daiemuda berada di ukm
2) Kpd para sahabat yang banyak memberikan komitmen dan bantuan dalam memastikan kecermelangan bersama
3) Mad'u2 daiemuda, mungkin kerana kehadiran kalianlah, Allah menjadikan asbab untuk daiemuda berbakti..mungkin rahmat kecermelangannya di sebabkan anda semua..
Perkongsian utk semua : Didiklah diri sendiri sekurang2nya dgn item dibawah
1.Amalkan apa-apa yangg baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut Rasullullah (saw) bersabda, setiap akan menjadi tabiat and kalau tidak, ilmu itu akan mati.
2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa
penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.
Ada 3 kategori manusia :-
1. BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
Moga kita dapat mengikutikan segala tip-tip untuk menjadi orang yang cemerlang didalam hidup.syukran ya Allah diatas segala nikmat yang engkau telah anugerahkan..
Salam Ukhuwwah, salam imtihan.. Ape khabar sahabat2 pengunjung.. Apapun daiemuda ucapkan berbanyak tahniah kpd sahabat-sahabat.. kerana sepanjang daiemuda mengexplore2 blog-blog, daiemuda dapati banyak input berguna yang sahabat-sahabat publishkan..Bagus..Teruskan usaha sahabat-sahabat dalam memberikan perkongsian ilmu yang kalian miliki. Rasulullah s.a.w ada bersabda " Sampaikan dariku walaupun satu ayat".. Daiemuda merasakan sudah tentu banyak masa yang sahabat2 dah habiskan semata-mata mahu mepublishkan sesuatu artikal.. Cuma pesanan daiemuda, berkarya-berkarya jugak, tapi jangan dilupakan Exam 2,3 hari lagi tu ye.. J Ok, memandangkan banyak nukilan-nukilan sahabat-sahabat ttg kerisauan, stress, demam untuk menghadapi exam, jadi daiemuda rse terpanggil untuk berkongsi dan mencoretkan sedikit perkongsian skill dan pengalaman dengan sahabat-sahabat ttg " HOW 2 GET 4.0?" Sebenarya, bukan terlalu mudah dan terlalu sukar mahu dapat 4.0 ni.. Daiemuda sering ditanya oleh sahabat-sahabat satu kos, mahupun kos2 yang lain.."macam mana awak boleh dapat 4.0?" "Adakah awak selalu stay up utk studi?" "Awak belajar dari awal semester ke?" "Macamna awak boleh dapat result yg tinggi walaupun sangat2 sibuk?" "Apa amalan awak, sampai awak boleh dapat result yang tinggi mcm tu" Sahabat-sahabat..persoalan ini seringkali membuatkan daiemuda tersentak..terfikir-fikir dan muhasabah diri. Kenapa aku dapat 4.0..Adakah aku orang selayaknya utk dapat 4.0? Adakah kerana aku seorang yang study hard? Adakah aku seorang yang menghabiskan masaku sepanjang hari semata-mata mengadap buku seperti ulama-ulama dahulu? Apakah ini sebenarnya dugaan dariMu Allah? Adakah aku layak mendapat result setinggi ini dengan ushaku yang sekecil cuma? Adakah…adakah…adakah.. 
Tetapi, apa yang pasti sahabat-sahabat, daiemuda bukanlah orang yang tergolong dalam kategori student yang study hard mahupun ulat buku, tapi ia tidak lain melainkan rahmat dan kasih sayang Allah…Insya Allah, pada siri-siri akan datang, daiemuda kan sediakan tip2 untuk membantu sahabat-sahabt untuk dapatkan 4.0.. Jumpa lagi. Maassalamah..wassalam
# Makbul Doanya : # Terhapus Dosa seperti baru dilahirkan : Apabila seseorang perempuan bersalin, keluarlah dia dri dosa sprti keadaan ibunya melahirkannya. # Kebajikan Berpanjangan : Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bg ibu itu stp satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. # Memerdekakan hamba : Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. # Diharamkan Api Neraka : Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. # Pahala Bersedekah : Sesiapa membawa hadiah, (brg makanan dri pasar ke rumah diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak # Terawal dimasukkan kedalam Syurga : Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). # Masuk ke Syurga : Perempuan bila solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. # Lebih baik dari lelaki : Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. # Tertutup Pintu Neraka : Wanita taat berkhidmat kpd suaminya akn tertutup pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. # Tinggal Dalam Syurga bersama Nabi : Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki krn sifat penyayangnya
yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah
akan hal tersebut, jawab baginda,
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".
# Beristighfar Malaikat :
Apabila seseorang perempuan mengandung, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah mencatatkan bg setiap hari dgn 1,000 kebajikan
dan menghapuskan 1,000 kejahatan.
# Pahala Berjihad :
Apabila seseorang perempuan mulai sakit bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang berjihad pd jln Allah.
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Ramai para imam dan ulama yang memuji dan menyanjungi beliau antaranya ialah :

