I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”


tesis penulis sekadar Perkongsian
ilmu dengan sahabat-sahabat :


Keistimewaan Sunan Abi Daud

a) Menghimpunkan dalil-dalil setiap mazhab, sekaligus menjadi asas untuk mengetahui hadis-hadis yang menjadi dalil hukum kepada ulama fiqh. Imam al-Nawawi menyatakan: “Sepatutnya sesiapa yang terlibat dengan ilmu fiqh dan lain-lain memberi perhatian kepada Sunan Abi Daud dan mengenalinya dengan sebaik-baiknya, kerana kebanyakan hadis-hadis hukum yang diperlukan terdapat dalamnya dan diperolehi dengan mudah

b) Merangkumi semua bab-bab hukum tetapi secara ringkas. Dalam satu bab, beliau menyebutkan satu dua hadis sahaja.

c) Sekiranya dalam satu masalah terdapat beberapa hadis yang bertentangan, Abu Daud akan mengadakan satu bab kemudian membuat satu bab lain yang mengandungi hadis yang bertentangan dengan hadis dalam bab terdahulu.

d) Memberi perhatian kepada perbezaan lafaz penyampaian hadis, menyatakan dengan jelas mendengar atau secara ‘an’anah.

Riwayat daripada Imam Ahmad jelas bahawa Ma’mar mengambil secara langsung daripada Asy’ath berbeza dengan Hasan yang meriwayatkan secara ‘an’anah yang mengandungi andaian tidak mendengar secara langsung.

e) Di tengah-tengah sanad, Abu Daud menyebutkan jumlah mu’taridhah (ayat selingan) bila mana dalam lafaz perawi tertentu ada penambahan dan pengurangan, perubahan atau perbezaan.

f) Adakalanya juga Abud Daud menjelaskan sifat perawi.

g) Menegaskan perbezaan yang berlaku pada nama perawi. Dalam jalan Muhammad disebutkan Abi Ghutaif tetapi dalam jalan Musaddad disebutkan Ghutaif tanpa kuniah.

h) Abu Daud juga menjelaskan kedudukan perawi dari sudut Jarh Wa Ta’dil

I) Menjelaskan perbezaan dengan menyebutkan secara berasingan kerana perbezaan lafaz setiap sheikh. Sekiranya hadis itu mempunyai dua jalan, Abu Daud akan menyebutkan jalan yang pertama kemudian membawa matan kemudian mengemukakan jalan kedua tanpa menyebutkan matannya. Sebaliknya memadai dengan mengatakan dengan maknanya, dengan sepertinya atau dengan lebih kurang seperti itu.

k) Di sesetengah tempat Imam Abu Daud memberi penilaiannya kepada kedudukan hadis

l) Di sesetengah tempat juga Imam Abu Daud menyebutkan fawa`id hadisiyyah.


# Hadis yang tidak dihukumkan oleh Abu Daud


Dalam risalahnya kepada penduduk Mekah, Abu Daud menjelaskan bahawa dalam satu bab itu beliau mengeluarkan hadis yang sahih dan yang menghampirinya dan serupa dengannya. Sekiranya hadis itu bersangatan dha’if beliau menjelaskannya. Hadis yang diberikan keputusan itu dikira sebagai soleh. Ini menunjukkan bahawa ada tiga jenis hadis dalam sunannya. Pertama, sahih dan yang hampir dengannya, kemungkinan maksudnya itu hadis hasan. Kedua, hadis yang sangat dha’if yang diberikan peringatan tentangnya dan ketiga, hadis yang didiamkan keputusannya, iaitu hukumnya soleh.

Dalam menjelaskan maksud soleh ini ulama berbeza pendapat tentang maksudnya. Adakah soleh untuk berhujah atau soleh untuk dijadikan i’tibar? Yang pertama bermaksud boleh dijadikan hujah sandaran dalam sesuatu bab. Yang kedua bermaksud, padanya terdapat kedha’ifan yang ringan tetapi ia boleh dikuatkan dan ditampung dengan banyak jalan. Persoalannya manakah di antara kedua-dua ini maksud Abu Daud? Apabila diperhatikan hadis-hadis yang didiamkan itu, didapati kebiasaanya sahih, bahkan kebanyakannya dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Bagaimanapun, di sana ada juga hadis dha’if yang didiamkan oleh Abu Daud, tetapi dha’if ringan yang boleh dijadikan i’tibar dalam bab mutaba’at dan syawahid. Terdapat juga hadis yang munkar yang didiamkan atau sangat dha’if. Contohnya:

Dalam sanad ini terdapat Daud bin Abi Soleh al-Madani, seorang perawi yang munkar. Persoalan lain, adakah semua hadis yang sangat dha’if itu didiamkan kedha’ifannya oleh Abu Daud? Jawabnya tidak semua hadis yang munkar atau sangat dha’if tidak dinyatakan oleh Abu Daud. Hadis-hadis tersebut tidak banyak bahkan ini berlaku secara nadir
Ini bermakna penjelasan Abu Daud dalam suratnya itu tidaklah boleh difahami secara mutlak.

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan