I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”

(Didalam masjid umawi ini terdapat maqam nabi yahya & hadapannya maqam salahuddin al-ayubi)

Salam..dengan kesempatan dan ruang yang ada ini, saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat yang bertanya pada saya, tentang persediaan dan strategi nak pergi syria. Bagi sahabat-sahabat yang berminat, boleh rujuk kat sini. Bukan ape, terkadang sibuk dengan pembelajaran dan sampingan-sampingan lain, jadi saya minta maaf tidak dapat replay mesej sahabat-sahabat ye..

Sebelum tu, saya sangat menyokong penuh dan menggalakkan sahabat-sahabat yang berminat untuk belajar bahasa di sana. Bagi saya, syria merupakan tempat terbaik untuk belajar bahasa arab memandangkan masyarakat di sana bercakap dalam bahasa arab fushah, sistem pembelajaran dalam bahasa arab fushah dan kos pengajian yang agak murah. Serta disana juga sahabat-sahabat boleh mengambil peluang untuk perbetulkan makhraj, hafaz al-Quran dan dapat sanad al-Quran, sanad hadith dan lain-lain



Sekadar luahan rasa dan cetusan dari keikhlasan hati.. Bilamana saya mendengar masalah-masalah yang di adukan kepada saya. Saya agak berasa hairan bilamana di sekeliling saya, saya rasa mungkin 3 daripada 5 sahabat-sahabat sering mengadu tentang masalah keluarga kepada saya. Samada berpunca daripada sifat ibu ayah, adik beradik dan mungkin juga diri sendiri? Apapun syukur pada Allah kerana menganugerahkan saya sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni..Dan bersabarlah serta mohonlah petunjuk dan pertolongan daripada Allah di atas ujian dan dugaan buat sahabat-sahabat yang teruji..

“Astaghfirullah…al-‘adzim…Astaghfirullah al-‘adzim. ya Allah, ampunkan dosaku ya Allah…ampunkan dosa kedua ibu bapaku ya Allah… mungkin mereka adalah hamba berdosa, tapi aku juga hamba berdosa. Maka siapa aku untuk menentukan mereka akan memasuki nerakaMu kerana kejahilan dan kesilapan mereka dalam mendidikku ya Allah… Mungkin kita merasa sedih dan kecewa dalam hidup ini… Kesedihan yang panjang, derita yang lama sehingga telah membenihkan kebencian. Kecewa yang seolah tidak akan berakhir sehingga akhirnya kita telah bertanya pada Tuhan..mengapa mesti aku yang terpilih? Mengapa aku orangnya yang menjadi gadaian dalam sebuah bahtera yang bakal karam? Mengapa mesti aku dan bukan orang lain?

Jangan bertanya pada Tuhan seperti itu… Kita hanya hamba… makhluk. Bertanyalah dengan sopan. Bertanya dengan mencetus fikir dahulu… Mengapa kita merasa terlalu kecewa…terlalu benci… terlalu marah…Cuba renungkan. Apakah yang menyebabkan kita sangat2 marah, kecewa dan benci kerana lahir dalam sebuah keluarga yang mungkin kurang baik berbanding keluarga orang lain? Apa sebenarnya yang kita inginkan? Kasih sayang? Perhatian? Andai kata, kita ditakdirkan hidup dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang dan prihatin, adakah kita sudah mengira bahawa kita dapat mencipta diri kita menjadi manusia hebat? Manusia yang dikenali seluruh manusia? Manusia yang dipandang di muka bumi Allah? Manusia yang boleh mencapai golongan taqwa? Dan, adakah manusia yang hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia telah dijanjikan syurga?? Itukah yang kita inginkan daripada kehidupan dalam sebuah keluarga yang bahagia?

Benar, keluarga itu adalah elemen terpenting dalam kehidupan. Namun, jika hanya melihat bahawa perjalanan dalam kehidupan sebuah keluarga harmoni adalah satu-satunya jalan untuk kita menemui kasih sayang, saya fikir kita sudah tersilap membuat penilaian, malah tanpa sedar kita sudah tidak berlaku adil dengan Tuhan!

Jadi, lahir kita ke dunia pun, kita langsung tak tahu yang kita akan hidup dalam sebuah keluarga yang baik ataupun kurang baik. Ini semua adalah qadar Allah. Adakah manusia yang lahir dalam sebuah keluarga yang tidak mendapat kasih sayang semuanya akan menjadi penghuni neraka dan dibenci Allah? Dan, manusia yang lahir dalam sebuah keluarga yang aman, bahagia akan menjadi penghuni syurga dan disayangi Allah? Maka, itu sebabnya saya mengulangi pertanyaan saya sekali lagi…apa yang kita inginkan daripada sebuah keluarga yang bahagia?

Rasulullah tidak punya ibu dan bapa sejak lahir ke dunia namun bagindalah manusia yang paling berkasih sayang. Rasulullah kehilangan isteri yang paling dicintai dan tidak mempunyai zuriat yang ramai tapi bagindalah insan yang paling berbahagia. Maka, di mana halatuju dan punca bahagia dan kasih sayang itu?........ Jawapannya, hanya Allah. Kerana daripada Allah lah segala sumber kasih sayang, kebahagiaan dan ketenangan. Hanya daripada Allah. Maka, logiklah jika saya mengatakan bahawa kita sangat tidak adil kerana sering bersedih hati kerana tidak mendapat kasih sayang dan kebahagiaan sebuah keluarga, namun kita kurang bersedih hati, tidak sensitif kerana kita tidak mendapat kasih sayang Allah malah kita sendiri memandang lekeh terhadap kasih sayang Allah. Sedangkan Allah itu Tuhan, Dialah yang menciptakan, menakdirkan kita dilahirkan, dibesarkan hingga dimatikan.

Atas semua ini, titik permulaan yang perlu kita fahami ialah apa matlamat kehidupan kita di dunia ini. Kalau matlamat hidup kita tidak jelas, itu yang membuatkan kita terumbang-ambing. Kita hidup dalam taruhan budi manusia, menyimpan harap terhadap sesama makhluk yang bergelar manusia. Iman dan I’tiqad pun seperti telur di hujung tanduk. Wal ‘iyazu billah.

Usah menyalahkan taqdir, kerana bukan ibu atau bapa saja yang terasa namun lebih berat apabila Tuhan juga akan “merasa”. Bila Dia merasa hambaNya sudah putus asa pada qada’ dan qadarNya, disitulah Dia akan melepaskan ‘ikatanNya’ terhadap kita. Apa lagi yang kita boleh lakukan jika Dia melepaskan ‘taliNya’ daripada hati kita? Maka, kita sudah MATI di dunia ini lagi. Na’uzubillah min zalik.

Kita selaku manusia selamanya takkan dapat mencapai redha manusia, namun redha Allah itu bisa dicapai kerana rahmat dan kasih sayang Allah itu mengatasi kasih sayang seluruh makhluk di alam ini.

Redha Allah itu boleh dicari, diusaha. Bila mencari redha Allah, maka mahu tidak mahu kena melalui perintah-perintahNya. Maka, salah satu perintah teragunya ialah taatkan ibu bapa. Taat kepada mereka menandakan kita taat padaNya. Niatkan kita mentaati mereka kerana kita taatkan Allah. Jangan kita hanya menunggu kasih sayang mereka tumpah kepada kita sedang kita sendiri sering terlepas untuk membacakan doa ampunan dan pengasih untuk mereka. Doa adalah seampuh-ampuh senjata mukmin. Jika mereka benar-benar tersalah, itu adalah kesalahan mereka dan tiada dosa yang lebih besar melainkan syirik pada Allah. Bahkan sekalipun ibu bapa melakukan syirik, ketaatan itu tidak akan terhenti melainkan jika mereka turut menyuruh kepada kesyirikan.

Siapa kita untuk menghukum mereka. Kita bukan Tuhan untuk menghukum dosa mereka di dunia. Mungkin ada senarai yang kita tak tahu hidupnya sebagai abid, namun di akhir hayatnya adalah azab hanya kerana dosanya kepada ibu bapanya. Dan, boleh jadi juga ada hayat yang kita tak tahu punya latar dosa yang panjang namun di akhirnya dia layak ke syurga hanya kerana taatkan ibu bapanya. Kerana apa? Kerana syurga Allah itu bukan dibeli dengan amalan, tetapi ia adalah sebuah pertaruhan dan cagaran yang besar untuk mendapat rahmatNya kerana Allah itu Maha dan Sangat Maha Adil. Dia tidak menguji seseorang melainkan dengan kemampuannya. Berbahagialah bila jiwa diuji.

Terima Kasih Umi Abi. Sahabat-sahabat, hargailah ibu bapa kalian. selagimana Allah maih memberi ruang dan peluang..Jangan biarkan sampai suatu masa, nikmat itu hilang dan terus hilang.. Dikala itu, tak perlulah kalian bazirkan masa, bazirkan air mata utk penyesalan yang tida penghujungnya... Ingatlah, Redha Allah bergantung pada Redha Ibubapa"











My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan