I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”


Ku tahu rizkiku tak mungkin diambil orang lain, karenanya hatiku tenang. Aku tahu amalku tak mungkin dilakukan orang lain, karenanya aku sibukkan diriku untuk beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku, karenanya aku malu bila Dia melihatku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, karenanya kupersiapkan bekal untuk bertemu Rabb-ku.

Ikhwan dan Akhawat...berapa kali antum khianati perjanjian antum dengan Allah? Bukankah teramat sering? Antum di malam hari tahajjud dengan uraian air mata memelas ampunan tapi di siang hari antum ikuti hawa nafsu hingga lupa akan Allah. Dan berapa kali pula antum shaum di siang hari atau memberikan taujih rabbany kepada orang lain, lalu di malam hari antum tertidur lelap berbuat maksiat? Allahumma, bagaimana mungkin aku punya besar rasa akan menggapai ridha-Mu sedangkan aku amat tau akan keadan diriku sendiri. Ampuni aku Tuhanku. Allahumma innaka 'afuww karim tuhibbu al-'afwa fa-'fu 'anny!

Ikhwan dan akhawat.. di tengah gelapnya malam, di tengah dinginnya malam, di tengah senyapnya malam, tahukah antum bahwa ada laki-laki yang lama tegak dalam rakaat tahajjudnya, atau ada wanita khusyu' berwajah syahdu berurai air mata yang tersungkur sendu di atas sajadahnya.

Ikhwan dan akhawat.. ikutilah jejak langkah mereka! Hiasilah malam-malammu seperti mereka berzikir dan tetap dalam ketaatan kepada Rabb-nya! Bacalah Qur'an seperti mereka! Sedih dan sendu berhiaskan isak tangis khauf kepada Rabb mereka. Lembutkanlah hatimu seperti lembutnya hati mereka! Ikhlas, senantiasa hanya mengharapkan keridhaan Rabb mereka. Alahai betapa sucinya... Jadikanlah cintamu seperti cinta mereka! Tiada terbagi sekeping jua untuk harta, tahta dan pria/wanita. maukah antum seperti mereka?

Author: Irfan Abu Hawariyah (Allahumma irhamhu. Amin!)


Sejuknya. Pakaian, beg kuliah semuanya basah lencun.. hujan lebat turun mencurah-curah dari pagi sehingga malam.. ditambah dengan suhu yang mula menurun. Kalau tak silap saya sekitar 12c sekarang ni.. Tangan terasa sejuk, kejang dan kaku..semua rasa tak kena.. Ramai yang mengambil peluang untuk berehat, tidur atau makan.. Tapi, saya tidak mahu membazirkan masa saya dengan berehat saja. Laptop mula di capai, idea mula dijana.. fakta mula diingat.. saya mahu meneruskan siri “kembara ke bumi barakah Syam”.. 

tak sampai 2 minggu lagi, saya akan meninggalkan bumi Syria.. Jadi sementara semua fakta saya masih ingat, saya mahu abadikan kenangan saya sepanjang di Syria diblog yang tak seberapa ini untuk tatapan diri sendiri bila rasa boring dan sunyi..Saya lebih berminat bercerita berkenaan kota pada kali ini.. Antara kota yang masyhur ialah kota Halab, Kota Damsyiq, Kota Busro dan lain-lain..


Terlalu banyak tempat-tempat menarik disyria. Saya tak mampu berkongsi secara lebih mendalam..sekadar perkongsian umum agar kita mengambil tahu serba sdikit tentang sejarah negara Islam. Insya Allah, selepas ini saya akan fokuskan pada tempat-tempat sekitar tempat tinggal saya disini dan damsyiq.. Sekian untuk kali ini..





 
(Maaradh Zuhur)

“Seandainya syurga berada di atas dunia, syurga itu adalah Damsyik.”
Ibn Jarir, pengembara dari Andalus : kurun ke-12 

Salam kerinduan salam sayang buat semua..rasanya hampir 5 bulan jari jemari saya tidak menari di perut keyboard. Rasa rindu nak mencoret-coret di blog yang agak sepi ni. Seingat saya mac tahun depan baru cukup 1tahun saya registerkan blog ni.. dek kerana kekangan masa, banyak talaqi-talaqi, kelas-kelas dan program-program yang perlu dihadiri.. Jadi ini antara sedikit sebanyak alasan untuk menjawab kata-kata sahabat saya. Katanya blog saya dah cukup bersawang dan kalau perlu buat yang baru..(gelihati) jadi tanpa mengambil masa yang panjang, saya mula menulis-nulis pengalaman-pengalaman untuk dikongsi bersama-sama..

 
Hampir separuh tahun berada disini, tapi rasanya ini kali kedua saya bercerita tentang Syria. Seingat saya artikal dulu berkenaan 1st impression saya terhadap Syria. Nampak agak sedikit bias dan negative. Tetapi alhamdulillah.. itulah kata orang, don’t judge a book by it’s cover. Semakin lama berada disini, barulah saya mula menyedari betapa indahnya Syria. Bukan kerana negaranya tapi kerana akhlak masyarakat Syria..Masya Allah..azhim! Saya terpegun dan terkadang terkesima dengan layanan baik mereka terutamanya terhadap ajanib. Inilah yang saya sentiasa pasakkan di hati. Jiwa-jiwa yang lembut dan berkasih sayang kerana agama ini patut saya bawa dan terapkan di Malaysia.. Percaya atau tidak, saya dihadiahkan 16000ls Syria hanya dalam tempoh 4 bulan lebih !

Saya hanya mahu bercerita tentang tempat-tempat yang saya sendiri dah ziarahi. Sepanjang ziarah ini, hati saya bercampur baur . Rasa teruja, takjub dan sayu dengan ibrah daripada sejarah-sejarah dan kehebatan disebalik monumen-monumen yang masih wujud. Terutamanya bila memikirkan usaha dan perjuangan para mujahid silam berjuang dan menegakkan agama Islam.. Disini terlalu banyak maqam para sahabat al-jalil dan para nabi. Masya Allah, kalau dulu saya hanya membaca kisah-kisah mereka, tapi kali ini Allah gerakkan kaki saya, dan memberi saya sedikit ruang dan kelebihan untuk menyaksikan sendiri bukti-bukti ini walaupun hanya sekadar maqam atau monumen..
Bagi pengkaji sejarah pastinya akan mengambil tahu sedikit sebanyak tentang pemerintahan yang pernah bertapak di Syria. Negara Syria pernah dinaungi oleh tiga kuasa besar dunia iaitu Rome, Portugal, Islam. Antara panglima yang masyhur dalam sejarah pembukaan dan pembebasan Syria ialah Khalid al-Walid. Beliau berjaya menamatkan penguasaan barat selama seribu tahun ke atas Syria pada 636M dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang telah menawan beberapa buah kubu semasa penaklukan kota Syam daripada Rome. Terlalu banyak peristiwa besar yang berlaku di Syria ini dan insya Allah saya akan cuba berkongsi setakat yang mampu melalui beberapa siri yang akan di publishkan nanti.. Salam Juang dari bumi barakah Syam :-)



.


Puteraku, getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya syahwat bukan kalian saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para pria. Tenangkan hati kalian, keluhan itu bukan hanya kalian saja yang merasakannya. Orang yang kurang merasakan nikmatnya tidur adalah seperti murid yang mengabaikan pelajaran, seorang yang melalaikan pekerjaan atau perniagaannya. Syair dan pantun yang ditulis oleh para sasterawan, ungkapan hati para penulis terkenal dengan pujuk rayu dan kemesraan. Semuanya adalah serupa dengan godaan nafsu seperti yang kalian alami sekarang.

Gejala yang timbul terhadap seseorang seusiamu, nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah.. menarik.. menawan.. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal. Gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran! Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah..berkahwin!!!

Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!

Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah sama ada di alam sedar ataupun mimpi. Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.

Kedua : Melakukan istimnaa. Apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri, menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab.. dia mati sebelum mati.

Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan keputeraanya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan. Jangan kalian kira bahawa sekali mendekati zina kemudian kalian akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali kalian melakukannya, kalian akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan.

Puteraku, aku berani menyatakan dengan pasti kepada kalian, bahawa masalah seksual pada hakikatnya adalah masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang kalian gambarkan. Masalah yang kalian bicarakan, besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang kalian bayangkan. Malah apa yang kalian bicarakan dan bahaskan itu adalah lebih besar dari kenyataannya. Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian, mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenamya. Memang, dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.

Apabila direnungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh terkeliru.. Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya. Kerana Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu, kecuali digantinya dengan yang lebih baik...Allah mengharamkan zina, digantinya dengan pernikahan atau perkahwinan. Jadi, ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin! Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.

Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah kalian patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Jangan kalian terlalu memberatkan perkahwinan, mengharapkan bidadari idaman dari syurga..Semua itu khayalan.. Kebahagian dan ketenangan hati lebih utama berbanding segal-galanya.. Apabila kalian belum mampu, kalian mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Kalian hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada suka, organisasi atau lain-lain lagi. Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi penyembuhan. Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar untuk memenuhi waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.

Putera-putera harapanku.. Jangan kalian “matikan’ diri kalian sebelum matinya yang sebenar. Sedarkah kalian? Kalian membawa amanah agama.. Kalianlah bakal mencorak masyarakat kearah yang lebih baik. Jangan sesekali kalian mengambil kesempatan dan menabur janji manis untuk memperdaya pria2 yang lemah dan berdaya.. kasihanilah mereka, belas ihsanlah pada mereka.. Bendunglah syahwat kalian dengan cara yang sepatutnya.. Demi Allah, kerana sayangkan kalian, maka nasihat ini aku nukilkan…Agar ianya diambil iktibar dan pengajaran bagi putera-putera idamanku yang berfikir…

Wahai rakan-rakan yang dikasihi sekelian, apakah tidak ingin kita menyumbang untuk memadamkan bara-bara kemurkaan Allah dan unsur-unsur keruntuhan masyarakat? Ambillah peluang, bukalah medan sumbangan kalian agar kita sama-sama dapat memberikan sumbangan terbaik dalam membina generasi mulia dan terpelihara..


Abu al-A’la almaududi : Sekiranya kamu mahu melihat dunia (masyarakat) sekarang, maka lihatlah pada pemudanya, Dan sekiranya kalian mahu melihat generasi akan datang, maka lihatlah pada pemudinya”


Rasulullah s.a.w bersabda ; “Tiadalah fitnah yang lebih aku takut menimpa kaum lebih daripada fitnah wanita“

Api syahwat yang membara mampu merubah kejernihan menjadi keruh dan gelap kehitaman. Hanya sedetik hilang pertimbangan seusia hidup menanggung beban. Apakah yang dapat menuntun bara-bara nafsu selain ilmu dan kesedaran? Itulah noktah kegelinciran, akibat kealpaan dan kelalaian yang tiada sempadan…

Hati terasa geram, sayu, sedih, hiba dan bermacam-macam perasaan yang tak mampu digambarkan. Dimana-mana pun, kita tetap akan melihat puteri-puteri Islam semakin hanyut, semakin lalai, semakin rosak.. Puteri-puteri sayang semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. pergaulan bebas sudah lama berleluasa..Seolah-olah sudah tidak mampu dielakkan lagi..

Wahai puteriku, pilihan itu kalian yang tentukan. Kunci pintu itu ada ditangan kalian. Jika kalian berjuang untuk memasuki pintu itu, maka keadaan berubah menjadi baik. Kalian memang benar puteriku sayang, kaum lelakilah yang memulakan langkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaan kalian, tanpa kelunakan sikap kalian, mereka tidak terus melangkah maju. Kalianlah yang telah membuka pintu kepada mereka, kalianlah yang telah membuka pintu itu !

Puteri-puteriku sayang… Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepada kalian dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafaan dan akan menawarkan kepada kalian hubungan yang halal dan terhormat. Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, dia tetap mempunyai cita-cita "Mencapai kebahagiaan yang hakiki, memiliki suami, menjadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang mithali". Cita-cita seperti ini pasti diharapkan oleh semua gadis samaada seorang ratu, artis mahupun wanita biasa.. Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat lahir qurratuainnya daripada rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Puteri-puteriku, suasana sepi dan lesunya pernikahan adalah kerana kesalahan kalian sendiri. Jatuhnya nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga adalah kerana perbuatan kalian! Lantas, kenapakah kalian tidak mencegahnya? Kenapa para gadis yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu? Kalian, para gadis tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki. Kalian sebagai gadis terhormat, mulia dan memiliki harga diri

Puteri-puteriku sayang, demi kasihku pada kalian, jagalah maruah kalian, malulah dengan diri kalian..Jangan sesekali kalian benarkan, putera-putera harapan agama hancur dan musnah kerana kalian. Hormatilah mereka..Bantulah mereka dengan menjaga dan memperbaiki diri kalian. Terlalu banyak bebanan tanggungjawab dan amanah yang patut mereka tunaikan.. Jangan kita khianati mereka..Mereka takkan musnah kalau bukan kerana kita.. Doakan mereka dipermudahkan jalan, mampu menepis segala dugaan kita dan dugaan dunia.. Ingatlah puteriku sayang, manfaatkan kelunakkan suaramu, kemanjaanmu, kecantikanmu pada tempat yang selayaknya!

Aku bersumpah : "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandang kalian kerana akhlak dan adab. Berbicara dengan kalian seperti sahabat dan apabila mencintai kalian hanyalah sebagai teman akrab". Bohong, bohong, Bohong.. demi Allah mereka berbohong. Seandainya kalian mendengar perbualan di antara mereka, pasti kalian akan takut dan ngeri” (Syed Ali Thantawi)



Salam..Macamana dengan keadaan disana? Nanti balik puasa kat malaysia tak.. ma sakit lagi. ” bertalu-talu daiemuda menerima sms sebegini daripada keluarga dimalaysia.. membuatkan hati daiemuda berbelah bagi. Dimanakah aku? Yang manakah patut aku pilih… Antara Impian yang dibina sejak kecil ataupun harapan daripada Ibubapa tercinta?


sahabat-sahabat, secara kita tidak sedar..sama ada kita memhami atau tidak, sebenarnya ibubapa tak banyak mendesak anak-anak supaya kehendak dan keperluan mereka dipenuhi. Tetapi fahamkah kita? Bahawa mereka sebenarnya sangat-sangat mahukan kita sentiasa berdampingan dengan mereka? Dalam keadaan sendi-sendi dan kudrat mereka sudah tidak sekuat dulu..tidak segagah dan setampan mahupun secantik dulu..


“Ya Allah..Perlukah aku korbankan Impianku ini sementara waktu? Untuk balik dan berbakti pada makyah tercinta? Kerana apa yang aku lakukan sama sekali takkan mampu menebus segala jasa dan pengorbanan mereka mendidik dan membesarkan aku selama ni.. aku bukan hari ini kalau bukan kerana mereka…”

***********************************


P/s : Karmila : tak taula ape mslhnya, ak tak dapat nak connct bila call awak..yg pentingnya "Ak syukur Allah Kurniakan Sahabat Seperti Awak"


p/s : nisah : Mintak maaf ak susahkan awak..ak jarang g CC dah sekarang ni sebab cuaca sangat panas dan kering. Kulit menggelupas dan berdarah.- darah.. jadi buat masa sekarang, ak keluar utk benda2 yg wajib je A





Salam apa khabar sahabat-sahabat semua? Bagaimana dengan kesihatan & iman kalian?.. Dah lme rasenya daiemuda tak berpeluang menjengok blog..em, kat Syria ni, tak semua cc boleh buka..klu nak buka pun, kita kena ada software “24proxy.com” yang didownload secara curi-curi.. kalu takde.. maksudnya  apapun, Alhamdulillah dah setengah bulan daiemuda disini.. belajar berdikari dinegara orang, menagih secebis redha Allah..mengutip mutiara-mutiara peninggalan ulama-ulama silam..Semuanya kerana kepentingan agama Allah..

Bak kata pepatah ”Jauh perjalanan, luas pemandngan” Sekadar berkongsi pengalman dengan sahabat2..(kesian ya ntum semua, dah takleh surve internet selalu.. maklumla masing2 dah tak dapat jaring ) 1stnya daiemuda panjatkan kesyukuran yg tak terhingga diatas peluang & ruang yg Allah dah anugerahkan pd daiemuda utk menuntut ilmu dbumi syam yg penuh barakah ini. Rasulullah s.a.w bersabda : “Allahumma barik syamina wafi yamanina”.. Walaupun kerinduan pd family, shbt2, guru2 sentiasa mnyelubungi.. tp,ini adalah tamrin terhadap daiemuda utk cekalkan hati dlm menghadapi mehnah-mehnah mendatang sbg prsdiaan utk brjuang & berbakti dijalan Allah.. kerana ”perjuangan islam takkan mampu dipegang oleh org yg manja!”

Apa yg menariknya dsyria ini ialah krn peluang “menghafaz” al-Quran terbuka luas.. guru-guru sangat ramai & sentiasa akan follow up hafazan student2.. evarage iadah @ hafazan bg 1hari yg dah ditetapkn ialah 10 muka, tapi ia berbeza mengikut guru.. ok, yg menarik jg disini ialah trlalu banyak tempat2 talaqqi dimasjid2.. boleh dikatakan jg Syria ini merupakan antara tmpt terbaik utk belajar bahasa arab memandangkan masyarakat Syria berinteraksi dlm b.arab fushah selain kos pengajian yg sangat murah.. banyak tempat-tempat bersejarah yang daiemuda telah lawati. Mengambil iktibar & istifadah diatas perjuangan2 mujahid silam dlm mempertahankan islam dismping bermuhasabah asbab kejatuhan & kemunduran Islam pd masa lampau.. semua ini merupakan tanda2 kekuasan Allah yg berguna hanya bg orang-orang yg berfikir...

Tidak dinafikan bhw setiap tmpt ada baik & buruknya..begitu jg syam. Racun-racun jahiliah mula mencucuk jiwa-jiwa Islam muda mudi syria. Semakin ramai pemuda bakal tonggak Negara memakai rantai, gelang, pakaian2 ala barat etc..pemudi2 yg tidak bertudung, memakai pakaian yg ketat, nipis etc begitu megah mahu membuktikan mereka “up 2 date” ini membuatkan daiemuda terfikir2.. apa sebenarnya maksud “bumi yg diberkati” Rasa kecewa seandainya mereka merasai mereka terselamat hanya dgn janji ini.. Apa yg menyeksakan daiemuda jg ialah budaya smoking..klu dimalaysia kita hanya melihat lelaki sahaja yg merokok, perempuan mgkn 1% je, tp Syria?..wanita2 galak bersaing merokok dgn lelaki.. Lagi mengaibkan bilamana Ibubpa tanpa segan silu bergilir merokok didepananak-anak ..nauzubillahiminzalik..

Banyak peraturan yg telah dperkenalkan utk menjaga keselamatan pelajar Malaysia disini.. muslimah tak dibenarkan keluar rumah selepas jam 7.30pm sekiranya tiada muslimin yg temankan.. Jadi, saranan daiemuda kpd sahabat2 muslimah yg berminat kesini seelok2nya mestilah dah “berpasangan” krn kerugian2 tidak dpt hadir ke kelas2 talaqqi dgn syeikh2 hebat spt syeikh Wahbah al-Zuhaili, Syeikh Ramadhan al-Buthi, syeikh Bugho etc.. sebab muslimin bukannya sntiasa ada masa utk temankn kita kemana-mana .. apepun, doakan daiemuda dpt menunaikan amanah utk “khatam” al-quran dsini.. Ya Allah, berilah daku kekuatan dan kemulian dgn mengingati Allah sehingga hembusan nafas yg terakhir.. Selamat berjuang sahabat2, jgn lupa sambung MA lps ni.. kpd adik2 UKM, Salam JUANG!!! Bekerjalah dgn Ikhlas kerana Allah semata-mata.. ana rindu kalian semua.. wslm


Salam Ukhuwwah penuh Kerinduah


Apa Khabar sahabat-sahabat semua? Di kesempatan ini, ana mahu Mohon Maaf banyak-banyak diatas semua SALAH dan SILAP, terasa menterasa yang ana dah lakukan sepanjang persahabatan kita. HALAL kan segala taklifan dan amanah yang tak tertunai. Sekiranya masih ada lagi hutang-hutang ana yang masih ana belum langsaikan, sahabat-sahabat boleh emailkan pada ana : elly_khadijah@yahoo.com. Jangan segan ye… Ataupun sahabat-sahabat boleh contact ayah ana : 0199708490.

ALHAMDULILLAH, syukur pada Allah s.w.t diatas anugerah persahabatan yang telah di kurniakan…Pesanan buat sahabat-sahabat, Warga TZM KIZ, teruskan perjuangan kalian. Mudahan-mudahan segala usaha kecil dan pengorbanan kita selama ini dinilai sebagai amalan soleh disisi Allah di akhirat kelak Insya Allah.


Bagi sahabat-sahabat yang masih ada exam yang berbaki, buatlah yang TERBAIK demi nama baik Islam dan penuhi impian mak ayah.. Insya Allah, hari ini last ana berada di UKM.. Esok dan seterusnya, masa dan ruang ana untuk dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga tercinta.. Mungkin blog ni, ana tak dapat jengok dalam tempoh sebulan ni, memandangkan kesukaran ana untuk ke CC di Syria nanti. Insya Allah, kalau tiada aral melintang, 5 hari lagi ana akan ke Syria. Doakan ana dipermudahkan jalan untuk mencapai segala impian dan cita-cita ana.

Teristimewa buat Alang, Nisa, Nisah, Fizzah, Yuzi, Karmila, Afifah, Huda, ana mohon maaf banyak-banyak ye.. TERIMA KASIH, atas segala-galanya.. Ana sayang kalian..

Khas untuk Pakcik, Teruskan usaha..Bina kekuatan..semuanya bermula dari dirimu..Teruskan bermujahadah..Berjuang, berjuang dan teruslah berjuang. Manfaatkan segala ruang dan peluang yang ada..Insya Allah, ku YAKIN dan PASTI, kau mampu BANGKIT! suatu hari nanti.

SELAMAT TINGGAL...MAASSALAMAH..WASSALAM


Assalamualaikum sahabatku..

 

ku kira tiada kata yang mampu ku ucapkan ketika detik-detik perpisahan ini semakin hari semakin hampir. kau hadir tika aku kehilangan..kau hadir memberi sinar baru kehidupan ku......kau hadir tika aku hampir jatuh lantaran hiba dan sayu ksepian ..kau hadir mnenangkan jiwaku yang resah dan gelisah..

 

bagaimana untukku terima perpisahan ini wlaupun setahun cuma..bagiku cukup menyeksakan tempoh itu...sememangnya diri ini belum bersedia...namun aku harus belajar matang sekarang...walaupun pemergianmu ke bumi syam meninggalkan aku sendirian tanpa teman, aku harus belajar dan pasrah.. ku cuba cari penawar duka ku..

  

sahabat... semakin hari semakin tabah aku bersedia untuk menghadapi perpisahan ini, aku cuba manfaatkan setiap detik bersamamu..kerana kita tidak dapat jangka apa yang bakal berlaku keesokan hari..

 

ku ingin ucapkan terima kasih diatas keikhlasan yang terpancar di wajahmu lantaran melayan karenah ku yang manja..aku tak mampu nak mengungkapkan penderitaan batinku..aku begitu keras hati dan sukar untuk didampingi..hadirnya akak, beriku kenal erti kasih sayang yang selama ini aku tidak mengerti..

 

penderitaan batinku takperlu aku ceritakan lantaran kesan dendamku.. pujukmu membuatkan dendam itu terlerai dengan mudah..pujukmu buatku sedar bahawa semuanya adalah ketentuan yang pasti yang perlu aku redha.. pujuk mu buat aku semakin lembut hati..inilah yang termampu ku kongsikan bersmamu sahabat..

 

Ya Allah, kau tarik nikmat kebahagiaan itu..kau hau hadiahkan insan-insan yang menyayangi ku..daku hiba bila menatap wajah-wajah insan ini.aku terlau bersyukur dengan kehadiran kalian..

 

terima kasih Ya Allah...

 

moga kau tabah berada di bumi syria.. doaku moga kau bahagia..aku akan sentiasa mendoakanmu sahabat.. sayang akak..

 






Dalam kita bermujahadah untuk melaksanakan dakwah,

banyak perkara yang diambil remeh atau terlepas pandang yang

mungkin akan mempengaruhi dakwah gred apa yang akan

kita wariskan kepada generasi seterusnya. Penulis buku Al Awaiq,

Muhammad Ar Rasyid berkata, "Setiap orang akan bertindak dan

memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan.

Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang

gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya."


 

"Salam Ukhuwwah.. Kenangan bersama kan terus tersemat dihati"


    Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

    Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

……………………………………………………….

    Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu.

Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

……………………………………………………….

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

    Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

    Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

………………………………………………………………………

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: "Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?" Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang. "Aku Hawa," sambutnya ramah. "Aku dari Pencipta!" suaranya tertegun seketika.

"Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!" tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s  ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: "Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!" Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

…………………………………………………………………….

   Allah SWT.  Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon "Syajarah Thuba", menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.


 

Nukilan Khas utk sahabat :

Mudahan-mudahan segala impianmu tercapai

" SEMOGA BERBAHAGIA SAHABAT
May Allah bless you"


 

01.00am

Ghurfatul Mahabbah


"tak perlulah pergi ke Jordan, masuk je Universiti dalam negara..Jauh Jordan tu.. Abah dan mama bukan tak bagi pergi.. ada ape2 berlaku, susah kami nak bantu nanti..ada pe2 berlaku kat kampung pun susah khadijah nak balik nanti".. 2 minggu lagi daftar je masuk UKM, masuk university yang dekat dengan family.. Kata Puan Rahmah. Risau memikirkan keselamatan anak gadisnya mahu merantau jauh meninggalkan keluarga.. "Tapi, fahamilah aku ibu.. aku mahu kesana" bisik khadijah dalam esak tangisnya.. Akhirnya dia terlena bersama mimpi indah yang tak kesampaian..

………………………………………………………………………………………

Jam 10 am tadi (28/04/2009) tiket ke bumi syam telah menjadi miliknya.. Baru semalam, dia membayar sepenuhnya RM2670 bagi harga tiket tersebut.. Bermacam-macam perasaan menjelma. Seronok? Gembira? Em..kenapa aku mesti berperasaan macam ni? Monolog khadijah dalam dirinya..Apa yang memenuhi ruang hatinya sekarang adalah kesedihan, sayu dan hiba.. "Kenapa perlu macam ni? Sepatutnya aku rasa gembira..teruja.. Impianku dari kecil dah tercapai..seawal darjah 3, ku coretkan impian mahu ke bumi Syam.."

Hatinya sangat-sangat bercelaru..Tak sanggup meninggalkan ayah dan mamanya.. adik beradik, sahabat-sahabat dan kampung halaman. "Adakah aku mampu bertahan selama 1 tahun di sana?" "Apakah aku kuat untuk meninggalkan mereka semua?""Adakah aku akan ketemui insan-insan yang sebaik sahabat-sahabatku sekarang? …Adakah aku.. Adakah aku.. Final exam yang sedang dihadapinya sekarang, lansung tidak memberikan apa-apa kesan pada dirinnya..Nota-nota exam masih tak disiapkan..Discussion group? Juga tak dibuat lagi.."Exam pagi esok? Tengoklah..nantilah aku studi"..detik hatinya lagi..

...................................

Teringat kembali detik 3 tahun yang lepas. Segala persiapan untuk ke Jordan telah dibuat.. Tinggal bebrapa minggu lagi dia dan beberapa sahabat akan terbang meninggalkan keluarga tercinta untuk ke Jordan demi menagih secebis redha Ilahi untuk mencari dan menimba ilmuNya di bumi Anbiya' ..Tapi, pada suatu petang... " keselamatan tak terjamin berada disana kalau tiada "teman"..Takkan sama, walaupun ramai kawan-kawan muslimat yang pergi bersama.." Kata ibunya..Kalau dah ada "teman" nanti, pergilah kesana..Khadijah tersentak.. Tak disangkanya impiannya selama ini akan musnah dalam sekelip mata..

Kesannya.. hamper 15 bulan, dia tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk belajar.. belajar hanya ala kadar, memenuhi hasrat dan keinginan Ibubapanya yang mahu melihat dirinya menamatkan Ijazah di UKM.. Disaat sahabat-sahabat lain bertungkus lumus belajar, menyiapkan esemen, nota-nota exam..tapi, dia tetap begitu.. masih termenung, melayan perasaan.. Setiap masa, hatinya mencari jalan dan alasan mahu keluar dari Perbukitan Ilmu UKM..Pendek kata, bila-bila masa dia berhasrat untuk resign daripada UKM..

.................................

Alhamdulillah..sedikit sebanyak kerinduan kepada o.sea dapat dilupakan. Bilamana dirinya diberi peluang oleh Allah utk bergandingan bahu bersama sahabat-sahabat seperjuangan dalam merealisasikan matlamat mewujudkan biah solehah di UKM..Kesibukannya dengan study, gerak kerja persatuan, gerak kerja SIPUT mengaburkan sedikit kerinduan itu.. "Ya Allah..semua yang berlaku ada ketentuannya..Mudahan-mudahan pengorbananku yang sekecil ini, mampu memberikanku impak yang maksima pada masa-masa akan datang.."

"Khadijah tak nak hadiah lagi utk semester ni dan akan datang, tapi benarkan khadijah pergi o.sea..tolong benarkan walaupun hanya sekejap"Kata khadijah bila bapanya menelefonnya untuk menayakan hadiah sempena resultnya yang agak cemerlang pada semester 3/2008..Bapanya terdiam.."insya Allah, kalau ada rezeki pergilah nanti"..Itulah Haji Jusoh. Seorang yang sangat berlemah lembut dan bertolak ansur dengan anak-anak gadisnya..Dia banyak memberikan dorongan dan motivasi terhadap anak-anaknya untuk terus belajar dan mencapai kecermelangan dalam setiap exam yang dihadapi..

....................................

Terima kasih ayah..terima kasih mama..Terima kasih diatas hadiah yang cukup bermakna ini..Insya Allah, khadijah akan memanfaatkan sepenuhnya kepercayaan dan peluang yang ayah dan mama berikan. Doakan anakmu ini di beri kekuatan untuk mengutip secebis ilmu Al-Quran, Hadith dan Bahasa Arab disana nanti..12 hari lagi, bumi syria bakal ku tawan.. Insya Allah.. Tuhanku, berilah aku peluang untuk membalas segala pengorbanan kalian.. Buat sahabat-sahabatku sayang,kenangan bersama kalian kan kuabadikan selama-lamanya..Apa yang penting, ingatan sesama kita dalam doa kan? Ya Allah, berkatilah kehidupan kami semua… Aku sayang kalian..


 

Ghurfatul Mahabbah

29/04/2009 : 12.18am

 



Salam.. Ape khabar semua? Apepun semoga kita semua didalam rahmat dan kasih sayang Allah..Harini, daiemuda mencari dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadith berkenaan Jihad.. Laungan penuh bersemangat dan bertenaga mengajak kepada Jihad kali kedengaran oleh aktivis-aktivis yang sinonim dengan perjuangan Islam.. Para jundullah sering di suapkan dengan kata-kata semangat dan perangsang agar terus bertahan dan thabat dalam Saff demi menegakkan Islam.. Tetapi, sebenarnya adakah kita betul-betul sudah jelas dan memahami Jihad dalam erti kata yang sebenarnya? Apakah kita benar-benar berintima' dengan perjuangan yang menepati garis panduan Allah dan Rasul? Insya Allah..mudahan-mudahan mutiara 1, mutiara 2 yang telah daiemuda publishkan sebelum ini mampu memberi sedikit perkongsian ilmu dengan sahabat-sahabat pengunjung…

 
 

Apakah Definisi Jihad :

Kamus Dewan: Perang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam. Perang sabil dalam sejarah Islam adalah peperangan antara Islam dan Musyrikin

Ibn Hajar Al-Asqalani dan pendapat para muhaditin: Jihad secara syarie ialah mencurah segala kesungguhan di dalam memerangi orang-orang kafir, dan jihad itu dilakukan dengan tangan, harta, lisan dan hati.

Wahbah al-Zuhailiy: Definisi jihad yang paling tepat dari sudut syariat ialah mencurah segala tenaga dan keupayaan di dalam memerangi orang-orang kafir dan menahan serangan mereka dengan jiwa, harta dan lisan


 

Dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah :

Maksudnya "Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah Allah beserta orang-orang bertaqwa.


 

Dalil daripada Hadith :

عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ( لغدوة في سبيل الله أو روحة خير من الدنيا وما فيها

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berada (di medan jihad) di jalan Allah di waktu pagi atau petang adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya.


 

Keterangan ringkas hadith:-

Hadith di atas menjelaskan tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Jihad yang di maksudkan ialah jihad peperangan melawan orang-orang kafir di medan perang. Menerusi hadith di atas, Rasulullah s.a.w menjelasakan bahawa perbandingan kelebihan orang yang turun berperang adalah lebih baik daripada nikmat dunia dan segala isinya.


 

Huraian hadith:-

Ibn Daqiq al-'Id rahimahullah, keutamaan jihad sebagai lebih baik daripada dunia dan segala isinya di dalam hadith di atas dapat di fahami dari dua sudut:

  1. Keutamaannya adalah ghaib daripada pengetahuan manusia lalu dibandingkannya dengan sesuatu yang dapat diukur oleh indera, yakni dunia dan segala isinya. Dengan perbandingan ini seseorang itu dapat mengukur betapa besarnya keutamaan jihad di jalan Allah.
  2. Keutamaannya diukur dengan segala kebaikan dunia dan isinya, dimana seandainya seseorang memiliki segala kebaikan dunia dan isinya lalu ia menyedekahkannya dalam rangka ketaatan kepada Allah, nescaya amalan jihad tetap lebih utama darjatnya dan lebih tinggi manfaatnya daripada amalan sedekahnya itu.


     

Pengajaran Hadith

1) Jihad itu merupakan satu amalan yang dituntut dalam Islam dan memiliki darjat yang tinggi disisi Allah

2) Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada hambanya yang keluar berjihad ke jalanNya.

3) Setiap perkara yang berkaitan dengan jihad ianya berhubung kait dengan syahid.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Rujukan :

  1. Al-Quran, At-Taubah 9 : 36- Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada pengertian al-Quran. Edisi !5 ( Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Islam Malaysia, 1998).
  2. Al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab Jihad dan Ekspedisi Perang, Bab keluar berjihad di waktu pagi dan petang. No. 2639.
  3. Terjemahan maksud hadith oleh Hafiz Firdaus Abdullah dalam buku beliau Apakah Jihad di Jalan Allah? Buku 1: Definisi, Kepentingan dan Kemuliaan Jihad. Hlm. 29. Johor: Jahabersa.
  4. Al-Syaukani. Nail
    al-Authar Syarh Muntaqa al-Akhbar min Ahadits Sayyid al-Akhyar.  

    P/s : Semua "MUTIARA" yang di publishkan dalam blog ni, adalah berdasarkan kajian daiemuda setelah di semak oleh lectures ;-)



Salam.. Apa khabar sahabat-sahabat semua? Dah lama rasanya daiemuda tak "berinteraksi" dengan kalian.. Alhamdulillah. paper 1st bg semester last modul hadith dah berlangsung pg tadi.. Alhamdulillah, walaupun beberapa minggu ni hati sangat-sangat bercelaru,teruji.. tapi semuanya khair insya Allah.. daripada 3 jilid nota exam, hanya 1 jilid yg daiemuda baca..Daripada 2 jam ½ masa yang diberikan untuk menjawab soalan, hanya 45 minit je daiemuda manfaatkan..Rasa bosan, tak de semangat nak jawab lama.. Jawab ala kadar je.. Apapun terima kasih pada yuyun dan dayah , mudahan kalian berdua dapat menjawabnya dengan baik ;-)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah Ayat 216

Semasa membelek nota-nota exam, malam tadi.. banyak hadith-hadith dan ayat Al-Quran yang daiemuda telah baca berkenaan sesuatu perkara yang kita suka, mahu, sayang.. tapi tak semestinya ia baik..Dan tak semestinya apa yang kita rasakan baik untuk kita ia semestinya baik untuk kita.. Hati rasa sayu, hiba… Sememangnya inilah manusia, buta dalam menilai hakikat sebenar kehendak dan keperluan dirinya..Merasakan kebaikan yang dilakukannya harus dibalas setimpal dgn pengorbanan yang dia dah lakukan..sedangkan dia tidak mengerti bahawa segala apa yang bakal dikurniakan oleh Allah kepadanya melebihi dari apa yang dimintanya.. Ya Allah, kuatkanlah aku..

hati bertambah pilu lagi bila membaca kisah pengorbanan Abu Bakar demi kekasihnya Rasulullah s.a.w.. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menyokong dan mendokong perjuangan Rasulullah s.a.w sehinggakan segala harta yang dimilikinya di habiskan semata-mata mengharpkan redha Allah dan Rasul..Ini sama sekali menyebabkan Umar r.,a mahu berlumba-lumba dan mahu mengatasi Abu Bakar r.a..

Umar berjumpa Rasulullah s.a.w kerana mahu menafqahkan harta-harta yg dimilikinya kepada Rasulullah utk tujuan berhijrah. Apabila ditanya Rasulullah s.a.w : "Apakah yg tinggal utk keluargamu wahai Umar?, umar menjawab :"Seumpama apa yang aku berikan padamu". Kemudian datang Abu Bakar dan menyerahkan apa yang ada ditangannya. Maka Rasulullah s.a.w bertanya soalan yg sama kpd Abu bakar. Abu Bakar menjawab :"Hanya Allah dan rasulnya".. kata Umar "Inilah, sampai sekarang, aku takkan dapat menandinginya"

Sebagai muhasabah bersama.. Lakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan. Letakkan redha dan pasrah hanya pada Allah Rabbul Izzati..kuatkan hati, cekalkan hati..Nasrullah menantimu.. Percaya dan percayalah, Allah maha adil dan mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.. Masakan tidak, kerana dialah mencipta dan member kita ruang dab peluang untuk terus bernafas dimuka bumi ini..

….Ghurfatul Mahabbah…,

28/04/2009 : 1.30pm



Bersifat Global dan menyeluruh

Ciri-ciri politik Islam serta dasar-dasarnya telah menjadikan sistem politik Islam itu sebagai satu sistem yang global. Segala undang-undang dan peraturannya sesuai bagi setiap masa dan tempat. Ini adalah kerana undang-undang Islam itu meliputi segala kepentingan dan keperluan serta memberi faedah dan manfaat kepada manusia. Ini adalah kerana undang-undang dan peraturan itu kesemuanya datang daripada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui bagi segala sesuatu yang telah, sedang dan akan berlaku.



Firman Allah:

Maksudnya: "Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya."

 
 

Hadith Nabi s.a.w pula ialah:

حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ كِلَاهُمَا عَنْ حَمَّادِ بْنِ زَيْدٍ وَاللَّفْظُ لِقُتَيْبَةَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيَّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ زَوَى لِي الْأَرْضَ فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا وَأُعْطِيتُ الْكَنْزَيْنِ الْأَحْمَرَ وَالْأَبْيَضَ وَإِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي لِأُمَّتِي أَنْ لَا يُهْلِكَهَا بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا يُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ فَيَسْتَبِيحَ بَيْضَتَهُمْ وَإِنَّ رَبِّي قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنِّي إِذَا قَضَيْتُ قَضَاءً فَإِنَّهُ لَا يُرَدُّ وَإِنِّي أَعْطَيْتُكَ لِأُمَّتِكَ أَنْ لَا أُهْلِكَهُمْ بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا أُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ يَسْتَبِيحُ بَيْضَتَهُمْ وَلَوْ اجْتَمَعَ عَلَيْهِمْ مَنْ بِأَقْطَارِهَا أَوْ قَالَ مَنْ بَيْنَ أَقْطَارِهَا حَتَّى يَكُونَ بَعْضُهُمْ يُهْلِكُ بَعْضًا وَيَسْبِي بَعْضُهُمْ بَعْضًا

و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا و قَالَ الْآخَرُونَ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى زَوَى لِي الْأَرْضَ حَتَّى رَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَأَعْطَانِي الْكَنْزَيْنِ الْأَحْمَرَ وَالْأَبْيَضَ ثُمَّ ذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ


Hadith yang diriwayat oleh Thauban, katanya: Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Allah telah mengumpulkan kepadaku bumi ini, dengan demikian aku telah melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya umatku akan mampu memilikinya seperti mana yang dikumpulkannya kepadaku. Dan aku diberi emas dan perak dan aku mohon daripada Tuhanku untuk umatku jangan binasakan umatnya dengan kemarau panjang, yang meliputi seluruh umat. Dan supaya Allah tidak hantar kepada umatnya melainkan dan menghalalkan maruah. Wahai apabila aku sudah putuskan sesuatu maka tidak boleh diputuskan. Sesungguhnya akan diberi kepada umatmu dengan bencana kemarau yang panjang, maka Allah perkenankannya. Walaupun orang selain umat Nabi bersatu untuk binasakan umat Nabi, sehingga sebahagian mereka binasakan sebahagian yang lain dan menawannya. "

Kesemua ini telah menjadi kenyataan dalam sejarah Islam di mana negara Islam telah dapat menguasai kawasan-kawasan yang amat kuas di atas muka bumi,serta telah dapat memerintah pelbagi kaum dan bangsa ,bahkan mereka (bangsa-bangsa lain) juga turut sama dalam pemerintahan Islam. Ramai dari kalangan bangsa lain telah menjawat jawatan yang terpenting dalam negara Islam.

.......................................................................................................................................................................................................................

Rujukan :


  1. Al-Qur'an, Surah al-Qalam: 68:52
  2. S.Muslim, bab Hilak Hazihi al-Ummah ba'dhuhum ba'd, juzu14, hlm. 68


 
 



Biodata :

Nama beliau adalah Abu Abdul Rahman Muhammad Nasiruddin bin Nuh al-Albani. Dilahirkan pada tahun 1333H di kota Ashqodar ibu kota Albania. Syeikh al-Albani mulai aktif mempelajari bahasa arab setibanya di Damascus. Beliau telah masuk ke madrasah yang dikelolakan oleh Jum`iyah al-Is`af al-Khairiyah. Beliau terus belajar di madrasah tersebut hingga kelas terakhir tingkatan Ibtida`iyah. Selanjutnya beliau meneruskan pembelajarannya secara langsung dengan para Syeikh.

Beliau mempelajari al-Qur`an dan Fiqh Mazhab Hanafi daripada ayahnya sehingga khatam. Pada umur 20 tahun, Al-Albani mula member tumpuan pada ilmu-ilmu hadith lantaran terkesan dengan perbahasan-perbahasan dan perbincangan yang terdapat dalam dalam majalah al-Manar, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. Aktiviti pertama beliau di bidang ini ialah menyalin sebuah kitab berjudul al-Mughni `an Hamli al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ishabah min al-Akhbar. Sebuah kitab karya al-Iraqi, Kitab ini adalah merukan takhrij terhadap hadits-hadits yang terdapat dalam Ihya` Ulumuddin al-Ghazali. Namun begitu, Kegiatan Syeikh al-Albani dalam bidang hadits ini ditentang oleh ayahnya.

Namun Syeikh al-Albani justru semakin cinta terhadap dunia hadits. Pada perkembangan seterusnya, Syeikh al-Albani tidak memiliki cukup kewangan untuk membeli kitab-kitab. Karena itulah, beliau memanfaatkan Perpustakaan adh-Dhahiriyah di sana (Damaskus). Di samping itu juga, beliau meminjam buku-buku dari beberapa perpustakaan khusus untuk dibaca dan dikaji. Hadits telah menjadi kesibukan rutin hariannya, sehingga beliau telah menutup kedai membaiki jamnya. Sesungguhnya keilmuan dan kepakaran Al-Albani dalam bidang ilmu hadits dan lain-lain ilmu banyak dipertikaikan oleh ramai ulama dan muhadditsin dengan anggapan dan prasangka yang mengatakan bahawa Albani banyak mengeluarkan fatwa yang keliru dan bercelaru.

Dakwaan juga mengatakan bahwa Albani merasa dia telah layak untuk menyaring kitab-kitab hadits kepada shohih dan dhaif seperti yang dilakukannya kepada kitab-kitab sunan, bahkan Bukhari dan Muslim pun tidak terlepas dari kritikan Albani. Disamping itu, ramai juga dikalangan ulama yang menyanjung dan mempertahankan beliau. Pada hari Jum`at malam Sabtu tanggal 21 Jumada Tsaniyah  1420 H atau bertepatan dengan 1 Oktober 1999 di Yoradania, telah wafatnya seorang tokoh hadith mutaakhirin ini. Mudahan-mudahan rohnya ditempatkan dikalangan hambanya yang soleh


 

Ujian dan cabaran

Syeikh al-Albani pernah dipenjara sebanyak dua kali. Kali pertama adalah selama satu bulan dan kali kedua selama enam bulan. Semua itu adalah kerana kegigihan beliau berdakwah kepada sunnah dan memerangi bid`ah sehingga orang-orang yang dengki kepadanya menebarkan fitnah dan memrangkapnya.


 

Pengiktirafan dan sumbangan

Syeikh al-Albani Beliau pernah mengajar di Jami`ah Islamiyah (Universiti Islam Madinah) selama tiga tahun, sejak tahun 1381-1383 H. Beliau mengajar tentang hadits dan ilmu-ilmu hadits. Setelah itu beliau telah berpindah ke Yordania. Pada tahun 1388 H, Kementerian Pendidikan meminta kepada Syeikh al-Albani untuk menjadi ketua jurusan Dirasah Islamiyah pada Fakulti Pasca Sarjana di sebuah Perguruan Tinggi di kerajaan Yordania. Tetapi situasi dan keadaan ketika itu tidak memungkinkan beliau memenuhi permintaan tersebut. Pada tahun 1395 H hingga 1398 H beliau telah kembali ke Madinah untuk bertugas sebagai anggota Majlis Tinggi Jam`iyah Islamiyah di sana. Mendapat penghargaan tertinggi dari kerajaan Saudi Arabia berupa iaitu Faisal Fundation pada 14 Dzulkaedah 1419 H.


 

Karya-karya Albani

Karya-karya beliau amat banyak, diantaranya ada yang sudah dicetak, ada yang masih berupa manuskrip dan ada yang mafqud (hilang), semua berjumlah 218 judul. Beberapa Contoh Karya Beliau adalah :

  • Adabuz-Zifaf fi As-Sunnah al-Muthahharah
  • Al-Ajwibah an-Nafi`ah `ala as`ilah masjid al-Jami`ah
  • Silisilah al-Ahadits ash Shahihah
  • Silisilah al-Ahadits adh-Dha`ifah wal maudhu`ah
  • At-Tawasul wa anwa`uhu
  • Ahkam Al-Jana`iz wabida`uha



"Korang jangan la tsiqqah sangat hingga lari mad'u..."
Antara tsiqqah, ego, sombong dan pelihara hati, yang mana lebih baik ya?
Tsiqqah: Kita cuba buat yang terbaik dan sebagai pimpinan(tak kira pimpinan di peringkat mana) untuk mendapatkan kepercayaan mad'u kita,(Jangan sehingga kita menjadi hipokrit).Bukan sahaja tsiqqah dalam erti kata "berjurus", baik.:)

Proses mentarbiah diri dalam membentuk fardil muslim memerlukan 1001 mujahadah, ketepikan apa orang "kata". Mungkin orang akan kata kita hipokrit, tapi sebenarnya pada masa itu, kita sedang dalam proses membentuk fardil muslim.
Contoh yang amat mudah. Solat sunat ba'diyyah. Mungkin sebelum ni, kita tidak biasa melazimi solat sunat ba'diyyah, tapi bila terdetik suara hati untuk solat sunat, Ikhlaskan niat, untuk melatih diri. Imam Gahazali ada menyebut tentang proses membentuk akhlak, yang pertama kita haruslah melalui proses riyadah iatu melatih diri. Seterusnya kita akan lalui proses mujahadah.Untuk membentuk dan mentarbiyyah diri ke arah yang di redhai Allah, memerlukan mujahadah yang tahap tinggi.

Jadi, jaganlah kita terlalu cepat melabelkan seseorang yang menjaga muamalatnya dengan muslimin dengan "tsiqqah tak bertempat". Hakikat dalam memelihara hati, menjaga hubungan kita dengan Allah amat susah. Cara individu memelihara hatinya mungkin pelbagai selagi tidak melanggar syariat.

Muamalat dengan mad'u tetap kena jaga antara muslimin dan muslimat.Tak kira lah mad'u yang kita sasarkan itu adalah di peringkat adik kita atau junior kita. Yakinlah dengan Allah,apabila kita jaga hubungan kita dengan manusia,Allah akan memelihara kita.Teringat ana semasa belajar di bumi waqafan KIAS . Ust Azhar dalam subjek fiqh munakahat,. Beliau menasihati anak didiknya agar jaga muamalat dengan muslimin. Sama juga hubungn dengan “couple”, “tunang”. Kl kita jaga hubungan ini, Allah akan jaga keluarga kita di kemudian hari. Islam antara cirri-cirinya ialah tsabat dan murunah iatu tetap dan fleksible. Tetap dari sudut hukum , dan fleksible dalam berdakwah selagi mana tidak melanggar syraiat dan dakwah Islam tersebar di mana bertapaknya kaki kita.

Pemakaian, penampilan Islamik tidak mengahalang kita untuk terus berdakwah. Malah, satu bonus untuk orang yang boleh mengekalkan pemakaiannya. ((Azillatin alal mu’minin, a’izzatin alal kafirin))Tidak salah untuk da’ie yang cuba untuk mengubah penamipilannya selagi mana tidak melanggar syaiatLihatlah realitI tempat yang kita berada.

Ego, sombong sebenarnya adalah kata-kata ujian buat dai’e agar dai’e ingat dan sentiasa bermuhasabah. Ini hanya pandangan penulis, bukan mana-mana organisasiOk, selamat amar maaruf nahi munkar.:)


sumber:
Siti Aishah Yusoff



Definisi :

Korban: kesanggupan melakukan sesuatu sebagai tanda kasih, kerana kasih ia sanggup menderita.

Berkorban: menanggung penderitaan untuk kebahagian, kepentingan orang dll, menyerahkan sesuatu untuk tanda cinta dll

 
 

Pengorbanan terhadap Ibu Bapa.

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ انْطَلَقَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَتَّى أَوَوْا الْمَبِيتَ إِلَى غَارٍ فَدَخَلُوهُ فَانْحَدَرَتْ صَخْرَةٌ مِنْ الْجَبَلِ فَسَدَّتْ عَلَيْهِمْ الْغَارَ فَقَالُوا إِنَّهُ لَا يُنْجِيكُمْ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ إِلَّا أَنْ تَدْعُوا اللَّهَ بِصَالِحِ أَعْمَالِكُمْ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ اللَّهُمَّ كَانَ لِي أَبَوَانِ شَيْخَانِ كَبِيرَانِ وَكُنْتُ لَا أَغْبِقُ قَبْلَهُمَا أَهْلًا وَلَا مَالًا فَنَأَى بِي فِي طَلَبِ شَيْءٍ يَوْمًا فَلَمْ أُرِحْ عَلَيْهِمَا حَتَّى نَامَا فَحَلَبْتُ لَهُمَا غَبُوقَهُمَا فَوَجَدْتُهُمَا نَائِمَيْنِ وَكَرِهْتُ أَنْ أَغْبِقَ قَبْلَهُمَا أَهْلًا أَوْ مَالًا فَلَبِثْتُ وَالْقَدَحُ عَلَى يَدَيَّ أَنْتَظِرُ اسْتِيقَاظَهُمَا حَتَّى بَرَقَ الْفَجْرُ فَاسْتَيْقَظَا فَشَرِبَا غَبُوقَهُمَا اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَفَرِّجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ فَانْفَرَجَتْ شَيْئًا لَا يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ الْآخَرُ اللَّهُمَّ كَانَتْ لِي بِنْتُ عَمٍّ كَانَتْ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَيَّ فَأَرَدْتُهَا عَنْ نَفْسِهَا فَامْتَنَعَتْ مِنِّي حَتَّى أَلَمَّتْ بِهَا سَنَةٌ مِنْ السِّنِينَ فَجَاءَتْنِي فَأَعْطَيْتُهَا عِشْرِينَ وَمِائَةَ دِينَارٍ عَلَى أَنْ تُخَلِّيَ بَيْنِي وَبَيْنَ نَفْسِهَا فَفَعَلَتْ حَتَّى إِذَا قَدَرْتُ عَلَيْهَا قَالَتْ لَا أُحِلُّ لَكَ أَنْ تَفُضَّ الْخَاتَمَ إِلَّا بِحَقِّهِ فَتَحَرَّجْتُ مِنْ الْوُقُوعِ عَلَيْهَا فَانْصَرَفْتُ عَنْهَا وَهِيَ أَحَبُّ النَّاسِ إِلَيَّ وَتَرَكْتُ الذَّهَبَ الَّذِي أَعْطَيْتُهَا اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ فَانْفَرَجَتْ الصَّخْرَةُ غَيْرَ أَنَّهُمْ لَا يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ مِنْهَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ الثَّالِثُ اللَّهُمَّ إِنِّي اسْتَأْجَرْتُ أُجَرَاءَ فَأَعْطَيْتُهُمْ أَجْرَهُمْ غَيْرَ رَجُلٍ وَاحِدٍ تَرَكَ الَّذِي لَهُ وَذَهَبَ فَثَمَّرْتُ أَجْرَهُ حَتَّى كَثُرَتْ مِنْهُ الْأَمْوَالُ فَجَاءَنِي بَعْدَ حِينٍ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ أَدِّ إِلَيَّ أَجْرِي فَقُلْتُ لَهُ كُلُّ مَا تَرَى مِنْ أَجْرِكَ مِنْ الْإِبِلِ وَالْبَقَرِ وَالْغَنَمِ وَالرَّقِيقِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ لَا تَسْتَهْزِئُ بِي فَقُلْتُ إِنِّي لَا أَسْتَهْزِئُ بِكَ فَأَخَذَهُ كُلَّهُ فَاسْتَاقَهُ فَلَمْ يَتْرُكْ مِنْهُ شَيْئًا اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ فَانْفَرَجَتْ الصَّخْرَةُ فَخَرَجُوا يَمْشُونَ

 
 

(اخرجه البخاري في الكتاب الإجارة باب مَنْ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَتَرَكَ الْأَجِيرُ أَجْرَهُ فَعَمِلَ فِيهِ الْمُسْتَأْجِرُ فَزَادَ أَوْ مَنْ عَمِلَ فِي مَالِ غَيْرِهِ فَاسْتَفْضَلَ)

Maksudnya :

Dari Abdul Rahman iaitu Umar bin al-Khattab r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Ada tiga orang dari orang-orang sebelummu sama berangkat bepergian bersamamu sehingga terpaksa menempati dalam sebuah gua untuk bermalam. Kemudian mereka pun memasukinya. Tiba-tiba sebiji batu jatuh dari gunung lalu menutup gua tersebut. Mereka bertanya bahawasany, tidak ada yang dapat menyelamatkan akmu semua dari batu besar ini melainkan jikalau kamu semua berdoa kepada Allah dengan menyebut perbuatanmu yang baik-baik. Seorang dari mereka itu berkata: Ya Allah, saya mempunyai orang tua yang sudah tua serta lanjut usianya dan saya tidak pernah member minum kepada sesiapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba sahaya. Kemudian pada suatu hari, amat jauh saya mencari kayu yang dimaksudkan daun-daunan untuk makanan ternak. Saya belum lagi pulang pada kedua orang tua itu sampai mereka tertidur. Selanjutnya saya pun memerah minuman untuk keduanya itu dan keduanya saya temui telah tidur. Saya enggan untuk mengejutkan mereka ataupun memberikan minuman kepada seseorang sebelum keduanya, baik kepada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya saya tetap dalam keadaan menantikan mereka bangun dan gelas itu tetap di tangan saya sehingga fajar menyinsing. Anak-anak kecil menangis kerana kelaparan dan mereka ini berada dekat dengan kedua kaki saya. Selepas itu, setelah keduanya bangun lalu mereka minum minuman tersebut. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan keredhanMu, maka lapanglah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutup ini. Batu besar itu tiba-tiba terbuka sedikit tetapi mereka belum lagi dapat keluar darinya…

Pengajaran dari Hadith:

  1. Kita disunnah berdoa kepada Allah tatkala kita sedang dalam keadaan yang sulit, misalnya mendapatkan malapetaka, kekurangan rezeki dalam kehidupan, sedang sakit dan lain-lain.
  2. Kita disunnah bertawassul dengan amal perbuatan kita sendiri yang salih, agar kesulitan itu segera lenyap dan digantikan dengan kelapangan oleh Allah Ta'ala. Bertawassul ertinya membuat perantaraan dengan amal salih, agar permohonan kita dimakbulkanNya. Bertawassul dengan cara ini tiada seorang ulama pun yang menidakkannya. Ulama juga tidak berselisih pendapat dalam bertawassul dengan orang-orang salih dan alim sebagaimana perbuatan Saidina Umar yang bertawassul dengan Ibnu Abbas, agar hujan segera diturunkan.


     

    Antara isi-isi penting dan pengajaran lain yang boleh diambil daripada hadith yang panjang ini adalah:

  3. Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk menjaga ibubapa dengan baik dan mentaati mereka selagi mana tidak terkeluar dari syariat Islam.
  4. Sanggup berkorban dengan mendahulukan kepentingan ibu bapa daripada kepentingan peribadi, keluarga dan orang sekeliling.

    …………………………………………………………………………………………………….

    Rujukan :

    1. Fathul Bari : Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari. Syaikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz. m/s 15
    2. Riyadhus Shalihin : Taman Orang-orang Salih karangan Imam Nawawi alih bahasa M. Abdai Rathomy. Ms 73-76



Keadilan

Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah bersangkutan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Keadilan di dalam bidang-bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya. Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya. Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا وَمَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ ثُمَّ قَالَ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang Quraisy diusahakan oleh perempuan al-Makhzumiyyah yang mencuri itu. Lalu mereka berkata, sekarang siapa yang mahu berbicara dengan Rasulullah s.a.w? Tidak ada seorang pun yang maju melainkan Usamah bin Zaid yang dicintai Rasulullah s.a.w, maka jawab Rasulullah: Adakah engkau membela dalam perkara hukuman dari antara hukum-hukum Allah? Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri seraya berkhutbah, baginda bersabda: Hai manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah melakukan kesesatan iaitu sesungguhnya apabila ada dikalangan mereka seorang yang terhormat mencuri mereka diamkan, tetapi kalau dikalangan mereka itu yang mencuri adalah orang yang lemah mereka melaksanakan hukuman keatasnya. Demi Allah! Seandainya Fatimah yang mencuri, pasti aku akan memotong tangannya."

Huraian Hadith:

  • Keadilan dalam Islam terletak pada garis terdepan dari prinsip-prinsip dasar yang menjadi landasan Islam. Bukan hanya dalam masalah pengadilan dan mengikis perselisihan tetapi seluruh masalah negara baik hukum, pemerintahan mahupun politik.
  • Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah: Barangsiapa yang memiliki kepekaan terhadap syariat dan mencermati kesempurnaannya dan cakupannya terhadap tujuan kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat dan kedatangannya dengan tujuan keadilan di atas keadilannya, dan tidak ada kemaslahatan di atas apa yang dicakupnya tentang berbagai kemaslahatan, maka jelas baginya politik yang adil merupakan bahagian dari bahagian syariat dan cabang dari pelbagai cabangnya.
  • Syed Qutb: Keadilan adalah milik semua dan bukan merujuk kepada orang-orang Islam sahaja bukan juga keadilan terhadap kafir dan ahli kitab sahaja tetapi keadilan adalah hak semua manusia.

    ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

    Rujukan :

  1. Sahih Bukhari, Hadith al-Ghar, juzu' 11/ 3216
  2. Dr. Samir Aliyah, terj:H.Asmuni Solihan Zamarkasyi, 1997, hlm. 97 / 98
  3. Mohd Izani bin Mohd Zain, 2005, hlm. 16


 



Isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan: Adakah boleh orang bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran al-Karim? Perkara ini mula timbul bilamana seorang Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis bernama Y.B. Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat (PR) telah membaca ayat al-Quran al-Karim dalam ceramahnya di Bukit Gantang. Perkara ini terus menjadi panas setelah keluar satu kenyataan dari Mufti Kerajaan Negeri Perak iaitu S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria yang mempersoalkan tindakan Y.B. Nga Kor Ming tersebut.

***********************************************

Daiemuda lebih cenderung terhadap pandangan yang mengatakan bahawa tidak salah non muslim membaca al-Quran. Daiemuda merasakan tiada salah, dan tiada halangan bagi gol ini untuk membaca al-Quran berdasarkan beberapa pandanagn ulama-ulama muktabar. Tetapi berkenaan memegang Al-quran dalam keadaan tidak berwuduk wujud beberapa perbahasan. Ada yang membenarkan, dan ada yang tidak membenarkannya.

Bagi pandangan yang membenarkan : kenapa non muslim dibenarkan membaca dan memegang Al-Quran kerana tiada pertanggungjawaban hukum keatasnya sebagaiman orang islam. Pendapat ini dipersetujui oleh TG nik Aziz dan juga Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah di dalam kitab Fatawanya:Menurut sebahagian Ulama di dalam bidang usul fiqh, Golongan non muslim tidak ditaklifkan dengan perkara hukum di dalam Islam.

Sekiranya sahabat-sahabat melihat sendiri dalam u-Tube YB Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran surah an-Nahl ayat 90(bukan surah al-A'raf seperti yang didakwakan). Bacaannya memang tak betul tajwid/makhrajnya, manakala terjemahannya bolehlah diterima. Beliau cuba menekankan soal KEADILAN dan KEIHSANAN. Daiemuda merasakan wujudnya keikhlasan beliau dalam membaca Al-Quran tersebut, bukannya secara main-mainkan.Inilah ayatnya ﴿ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ
yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan......"

Manakala bagi ulama yang tidak membenarkan golongan non muslim memegang dan membaca al-Quran kerana non muslim turut ditaklifkan di dalam permasalahan hukum. Bahkan mereka juga akan dihisab di akhirat kelak oleh Allah swt.

* Syiekh Atiyyah Saqr rahimahullah menyebutkan lagi: Selagi terdapat khilaf di dalam permasalahan ini maka bolehlah bagi kita memilih mana-mana pandangan ulama. Khususnya jika terdapat kondisi yang memerlukan untuk kita menilai dan memilih mana-mana pendapat yang disebutkan.

* Dalil lain yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk non muslim membaca al-Quran ialah perbuatan Saidina Rasulullah s.a.w menghantar surat kepada pemerintah untuk menyeru mereka memeluk Islam. Di dalam surat-surat tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh baginda. Maka jika ayat tersebut tidak boleh dibaca oleh golongan non Muslim,tentulah Baginda melarang penulisan ayat al-Quran di dalam surat-surat tersebut.

Rujukan :1.Fatawa Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah keluaran baru.Muka surat 34-35.

sumber : http://nazrulnasir.blogspot.com/

Powered By Blogger

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan