I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”


“KESIHATAN & KECANTIKAN ITU HAK MILIK SETIAP INSAN”

Kepada sahabat2 yang berminat mahu mendapatkan produk2 berikut :

1. Tia amilia (RM80 Sekotak) – Harga asal RM95

2. Avail Beauty pad / panty liner (RM10-12 Sebungkus) – Beli banyak dpt Diskaun :)

3. Koyok HERBA KAKI (RM2.50 – 1, Sepasang RM5)

4. Laptop, MP3, MP4 (Bg budget – jenama)

5. Produk HPA (Boleh pesan ape jenis barang yang dikehendaki)
***************************

 Tia amilia : harga asal RM95 – after less jadi RM85


 HPA : Marilah kita sama-sama menyokong produk halalan tayyiban, bukan sekadar halal tapi di ragui.. mahukah darah daging kita dibentuk dr sumber syubhah?

 Laptop, mp3, mp4, etc..akan di order sekiranya ada 3 permintaan ke atas


 Avail Beauty : Jagalah kesihatan kalian, khususnya utk shbt2 akhawat  ambil iktibar drp sgla mcm jnis penyakit yg berlaku

Salam...Apa khabar sahabat-sahabat semua? erm..agak2 macamna kesihatan iman, mental dan badan kalian =) saya tak berkesempatan dan menulis panjang-panjang..tapi just nak promote. Ada sahabat saya jual koyok kaki herba..pernah dengar tak tentang KINOHIMETSU? SLIMMING BEAUTY? lagi....banyak dah kat kedai sekarang ni. Yang terbaru saya tengok herba koyok kaki juga dikeluarkan oleh HILAL.. Tapi biasanya harga koyok kaki ni agak mhal. paling murah pun setahu saya RM5..Mahal tu..itu hanya sebelah, bukannya sepasang kan..=)

Jadi, kat sini saya nak bantu sahabat saya..dia jual koyok kaki ni..harga murah je..just RM 2.50.. Jadi kalau sepasang RM5.. Insya Allah, kalau beli banyak boleh dapat murah.. Sesuai untuk lelaki dan wanita...Saya dah pakai 2 kali..bagus. Alhamdulillah...Untuk pengetahuan sahabat2, koyok kaki berherba ni terlalu banyak khasiatnya..antaranya buang toksin dalam badan, angin, atasi sembelit, sakit-sakit badan, resdung, jerawat, masalah mata, penyakit2 lelaki dan wanita =), kecantikan dalam dan luaran..Dan yang bagusnya juga, koyok kaki ni bagus utk sahabat-sahabat yang sedang berdiet..boleh buang lemak yang berlebihan...

Mungkin sahabat-sahabat risau memandangkan harga koyok kaki ni murah kan? jangan risau sbb koyok kaki ni di bawah pantauan KKM dan harganya pun murah kerana dia ambil terus dari kilang dan tak diiklankan di TV.. produk ni asalnya dari jepun di pasarkan di china, singapore, america, eueropean countries dan banyak lagi..Jadi kalau ada sahabat-sahabat yang berminat, boleh ja bgtau saya ye.. Jagalah kesihatan kita semua, untuk kebahagiaan di hari tuan nanti =))


(Ni kaki sahabat saya tu, dia nak buktikan..die jual, die pun pakai =), dia pernah lumpuh selama 7 bulan, tapi sekarang alhamdulillah =) 


Lailahailla Anta,subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin..
Allahummarabbana hablana min ladunka rahmatan wahayyi'lana min amrina rasyada..
yassir umurana Ya Allah..Rabbi yassir wala tua'ssir. Allahumma tammim bilkhair..
birahmatika Ya Arhamarrahimin..


2,3 minggu ini hati betul-betul rasa sangat teruji. Rasa kepenatan yang berlebihan, keletihan yang berpanjangan, kemurungan yang tiada berkesudahan.. Puas jua dipujuk hati, namun ia tetap begitu.. Ya Allah...... Bantulah hamba Mu ini. Sesungguhnya aku tidak berdaya menahan segala dugaan dan ujian yang datang menimpa tanpa pertolongan dan rahmat Mu..Aku hanya manusia lemah ya rabbi mengharapkan belas ehsan Mu..
 
Yassirli ya Rabbi..Bantulah aku, permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi segala mehnah yang mendatang. Janganlah tuhan, kaki dan hatiku di goyahkan daripada landasan kemenangan dan kejayaan ini.. Sudah terlalu lama ku menanti saat itu...Ya ia hampir tiba. Aku sudah hampir ke garisan penamat itu, cuma memerlukan kesabaran dan keteguhan dan kayuhan yang laju mengatasi orang lain..
 

Kebiasaannya penulisan dalam agama tidak dapat lari dari menggunakan hadith-hadith Rasulullah SAW. Namun begitu kita dapati sebahagian penulis - bahkan mungkin termasuk diri yang menulis artikel ini juga - terkadang leka dan cuai dalam melakukan takhrij terhadap hadith tersebut. Dalam erti kata lain, pembaca tidak akan mendapat maklumat yang tepat tentang sumber dan kedudukan hadith tersebut. Puncanya ialah kerana penulis sendiri tidak bersistem dalam melakukan takhrij - menyatakan sumber hadith dengan tepat.


Berikut adalah contoh kesilapan dalam takhrij yang pernah saya temui:

- tidak bersistem dari awal penulisan - sama ada artikel atau buku - hingga akhir. Terkadang penulis akan menyebut dalam takhrijnya : 'Hadith sahih, Riwayat al-Bukhari dan Muslim', malah terkadang dengan nombor hadith atau jilid buku. Tetapi dalam artikel atau buku yang sama kita juga akan temu takhrij yang tidak terperinci seperti yang sebelumnya...'hadith sahih', 'Muttafaq Alaih'...ini semua tidaklah menjadi kesalahan tetapi ia menunjukkan kurangnya ketelitian. Pembaca yang tahu mungkin tidak mengapa tetapi ramai juga pembaca yang tidak tahu bahawa 'riwayat syaikhan' dan 'muttafaq alaih' adalah seerti dengan 'riwayat al-Bukhari dan Muslim'.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

“Aku masuk ke syurga lalu terdengar sebuah suara di hadapanku. Ternyata beliau ialah Al-Ghumaisha’ bintu Milhan”[HR Bukhari]

“ Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu kekal di dalam taman-taman dan sungai-sungai di tempat yang disenangi, di sisi Yang Maha Berkuasa” [Al-Qamar: 54-55]”

Bersama orang-orang Ansar
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah mendoakan orang-orang Ansar dengan doa baginda yang sangat istimewa;
“ Ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar dan anak orang-orang Ansar serta cucu orang-orang Ansar” [HR Bukhari dan Muslim]


Setiap orang semestinya mempunyai impian, bahkan tanpa impian, hidup akan terasa tiada kemanisan, tiada harapan dan tiada perubahan.. Tetapi, dalam mewujudkan impian, ia tidak semudah ABC kerana sudah semestinya terlalu banyak dugaan, cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui.. Adakalanya ketika kita sedang mengejar impian itu, terkadang muncul perasaan putus asa kerana tentangan atau rintangan yang mendatang terasa begitu berat dan menekan seluruh jiwa raga kita..Terkadang juga kita tertanya2, adakah impian aku akan tercapai di dunia ini?


Dari kecil saya menyimpan 3 impian utama..apa yang dibuat semestinya menjurus kearah 3 impian itu..seingat saya, coretan impian itu saya lakarkan dalam buku tulis semasa saya berada di darjah 3 lagi. Ya, sudah terlalu lama..Terlalu lama dan terkadang mengundang rasa jemu, sedih dan kecewa.. seandainya impian saya ini tidak mampu saya gapai.. target saya, kesemua impian ini saya akan capai sebelum umur saya berakhir 25 tahun..maksudnya sebelum 11.59 mlm 14 Julai 2010.. (‘ ,) Walau apapun, kuasa Allah maha hebat..Dia berkuasa dan Maha Tahu apa yang terbaik utk hambaNya..Bila dan tika mana kita betul-betul bersedia.

Berjuanglah wahai Ansorullah,
Dengan matlamat daulah islamiah,
Berkorbanlah wahai yang beriman,
Dengan harta dan segenap kepunyaan..


Hari ni sepetang saya menghadiri Muktamar Dewan Muslimat PAS Serdang yang bermula seawal 8.00am dan berakhir pada 2.30pm. Muktamar ini telah di rasmikan oleh Senator Zailah Mohd Yusuff yang merupkan Naib Muslimat Pas Pusat. Saya benar2 tertarik dengan ucapan perasmian beliau khususnya apabila menyentuh berkenaan pembinaan diri dan generasi anak-anak. Secara khususnya adalah berkenaan kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata isteri TGNA : “orang lain mendapat bahagian suamiku semasa dia sihat dan bertenaga, tetapi dia hanya pulang kepadaku apabila dirinya dalam keadaan tersangat letih..aku hanya mendapat bahagian dirinya yang keletihan”. Masya Allah.. inilah hidup seorang isteri kepada pejuang. Kesanggupan mengorbankan masa, kebahagian, kesenangan yang sepatut dimilikinya semata-mata kerana memahami tanggungjawab dan amanah suami untuk membela dan menegakkan Agama..








Buku ini adalah kumpulan artikel ilmiah yang ditulis oleh tenaga akademik di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan artikel ini mengandungi penulisan-penulisan yang membicarakan dan membincangkan beberapa persoalan dan isu-isu di sekitar pengajian al-Quran, Hadith dan Qiraat.

 

Dalam pengajian al-Quran beberapa isu telah dibahaskan secara kritis seperti konsep hidayah menurut al-Quran. Berpandukan kepada petunjuk ayat-ayat al-Quran, penulis telah menyusun kertas ini dalam empat aspek utama iaitu hakikat hidayah, tingkatan, sebab dan halangannya. Penulis menghuraikan satu persatu aspek tersebut dengan membawa beberapa ayat-ayat al-Quran mengenainya sebagai sandaran. Di samping itu juga peranan dan sumbangan seorang tokoh ulama terkenal di Nusantara iaitu M.Quraish Shihab di dalam pengajian ilmu Islam di dunia Melayu turut diserlah di dalam buku ini. Penulisan ini memperlihatkan bagaimana pendekatan dakwah yang cuba ditonjolkan oleh M.Quraish Shihab berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan sebagaimana yang dijelas dan ditafsirkan oleh beliau melalui kitab Tafsir al-Misbah.





Imam Abu I’sa Muhammad ibn I’sa ibn Sawrah ibn Musa ibn al-Dahhak atau dikenali dengan nama  imam al-Tirmidhi adalah merupakan salah seorang daripada pengarang kitab sunan  al-Sittah yang dikenali sebagai al-jami’ atau sunan al-Tirmidhi. Di dalam sunan ini, tidak kesemuanya hadith yang dimasukkan adalah sahih bahkan wujudnya pelbagai taraf hadith yang lain. Selain itu, terdapat juga penggunaan istilah-istilah baru yang telah diperkenalkan oleh imam al-Tirmidhi dan kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada ulama dan pentahqiq kitab  beliau. Antaranya ialah dhaif pada sanad tidak semestinya dhaif pada matan, penggunaan isyarat “wa fil bab a’n fulan” dan sebagainya.

Sunan al tirmidhi telah dikaji oleh beberapa orang ulama hadith. Bagi seseorang yang pernah membaca atau mengkaji kitab sunan al tirmidhi, mereka akan mendapati bahawa imam al-Tirmidhi sentiasa memberikan pendapatnya di hujung setiap hadith yang ada di dalam kitabnya sama ada sahih atau tidak. Pendapat imam al-Tirmidhi ini menjadi perbincangan dan kajian di kalangan ulama hadith sejak dahulu hingga kini.  Di antara ulama yang melakukan tahqiq terhadap sunan al-Tirmidhi ialah syeikh Albani. Beberapa pentashihan daripada syeikh Albani dan selainnya memberi maksud bahawa apa yang dihasilkan oleh imam al-Tirmidhi adalah ijtihad yang dilakukan oleh  mana-mana ulama hadith berdasarkan ilmu Mustolah al-Hadith




Salam..berita gembira buat sahabat-sahabat..Insya Allah, KURSUS BAHASA ARAB AL-KAUSAR akan diadakan untuk kita sama-sama meningkatkan penguasaaan Bahasa Arab dalam memahami al-Quran dan Hadith Rasulullah dengan penguasaan yang terbaik.


Hari dan Masa          : Sabtu :2.30pm - 4.30pm (Semester Depan)


Tempat                   : 502 - Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan

Yuran                     :  RM15 Sebulan

Sasaran                  : Terbuka kepada pelajar sekolah menengah, universiti  (L/P
 


Hasil Kursus:Ø Boleh berkomunikasi dalam Bahasa ArabØ Boleh memahami kandungan al-Qur’an dan al-HadithØ Boleh membaca kitab-kitab Islam dalam Bahasa Arab



Buku ini ditulis untuk menyingkap beberapa permasalahan penting di dalam ilmu takhrij. Bab pertama adalah membincangkan tentang peranan ilmu takhrij dalam menentukan keabsahan sesuatu maklumat sama ada menepati piawaian ilmiah atau sebaliknya dalam segala bidang ilmu, manakala bab kedua pula mengemukakan cara untuk memperolehi maklumat Ilmu hadith  melalui kaedah  Takhrij al-Hadith yang merupakan salah satu cabang ilmu hadith yang berbentuk amali atau praktikal bagi ilmu hadith dan mustalahnya. Ia berkait rapat dengan kajian sanad dan matan hadith. Melalui ilmu ini seseorang akan didedahkan dengan pelbagai karya dan sumber utama dalam pengajian hadith.

(Mendengar Perkongsian Ilmu dari abg senior)

Alhamdulillah diatas nikmat iman dan Islam.. mengecapi nikmat kehidupan yang masih berbaki.. Tinggal beberapa hari je lagi, umur blog saya "dicipta" ini genap 1 tahun . Semua bermula dengan impian dan angan-angan yang tinggi untuk menjadikan blog saya sebagai platform untuk menyebarluaskan hadith dan apa-apa yang berkaitan dengan bidang ini. Paling tidak kalau saya tidak mampu untuk menaip setiap hari, tapi saya akan cuba untuk menulis setiap 1 bulan :-) tak mampu digambarkan betapa saya terlalu mencintai bidang hadith..

Asalnya, saya mengambil modul tafsir utk pengajian peringkat Ijazah kerana kata senior dan sahabat-sahabat saya, modul hadith sangat payah dan susah nak skor.. Dan sekiranya saya mengambil modul hadith, maka bersedialah untuk saya menempa result yang rendah! Tapi saya tak gentar, kerana matlamat saya bukannya result semata-mata tapi kerana saya mahu menuntut ilmu dan menampal kejahilan dan kelemahan saya. Saya Bersedia! Jadi, dalam tempoh 2 hari baki Minggu Gugur tambah subjek, saya tekad dan menukarkan kos saya kepada hadith..


Bismillahirrahmanirrahim

Kali ini saya ingin berbicara secara ringkas tentang tajuk di atas . Bunyinya agak kontroversi. Teringat seketika waktu di Darul Quran dahulu. Ia antara tajuk yang sering menjadi bahan tazkirah sahabat2 di masjid selepas solat Isyak.

Sebenarnya , andai kita memahami konsep, saya rasa persoalan tersebut tidaklah sukar untuk dipecahkan. Konsep yang terkandung dalam surah Al-Qiyamah. Sememangnya hanya Allah yang menghimpunkan Al-Quran itu di dalam dada2 manusia. Para huffaz hanya menggerakkan usaha, namun sesekali tidak mampu memperoleh apa2 dari usaha mereka- melainkan hanya apa yang diberikan oleh Allah.


(Gambar Abu Hassan al-Kurdi Hafizahullah - Meninggal beberapa bulan lalu)


Menjadi seorang huffaz adalah anugerah daripada Allah S.W.T yang tidak ternilai dan tak terungkap dengan kata-kata..ketenangan & kedamaian jiwa yang tiada taranya. Para sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. seperti 'Uthman bin 'Affan, yang mampu mengkhatamkan al-Quran pada setiap hari, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit serta tabien seperti Imam Bukhari yang hanya mengkhatamkan al-Quran dalam 3 malam sahaja  serta ramai lagi dikalangan mereka yang mengkhtamkan al-quran hanya dalam tempoh yang singkat. Kegairahan ini adalah kerana kualiti iman dan ketaqwaan pembacanya kepada Alah S.W.T. mereka telah mendapat kenikmatan dalam pembacaannya..Sesungguhnya amalan-amalan seperti ini tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak merasai kemanisan membaca al-Quran.



 
              (Syeikh Ramadhan al-Buthi)

Alhamdulillah, siap juga akhirnya task yang di berikan pensyarah. Setelah saya berpenat lelah dalam 2,3 minggu ni. Terasa sangat penat bilamana saya wajib berulang alik dari Bangi ke Kelantan. Antara tanggungjawab dan impian? Saya mahu menggapai kedua-duanya..Menjaga ibu yang sakit dan bergilir-gilir dengan adik beradik yang lain serta menyambung pengajian ke peringkat sarjana.. Saya tekad, kedua-duanya saya wajib dahulu dan utamakan! 


Sambil-sambil rileks selepas seharian menyiapkan proposal, saya mula terimbau-imbau kenangan di Syria. Maklumla, sangat ramai yang bertanyakan saya tentang Syria. Baguslah.. Mengimbau saat pertama kali saya menjejakkan kaki dibumi barakah ini.. saya seakan-akan mahu menitiskan airmata. Ya..Impian mahu kesini telah saya tanam seawal darjah tiga lagi. Tapi, lantaran beberapa sebab yang perlu.. Maka impian itu terpaksa saya tangguh dan simpan jauh disudut hati. Tapi tuhan maha hebat, maha tahu apa yang saya inginkan..dengan kekuasaanya, akhirnya tanggal Mei 2009, saya berjaya menjejakkan kaki ke Syria bersama 7 orang sahabat yang lain..Allahuakbar!



(Didalam masjid umawi ini terdapat maqam nabi yahya & hadapannya maqam salahuddin al-ayubi)

Salam..dengan kesempatan dan ruang yang ada ini, saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat yang bertanya pada saya, tentang persediaan dan strategi nak pergi syria. Bagi sahabat-sahabat yang berminat, boleh rujuk kat sini. Bukan ape, terkadang sibuk dengan pembelajaran dan sampingan-sampingan lain, jadi saya minta maaf tidak dapat replay mesej sahabat-sahabat ye..

Sebelum tu, saya sangat menyokong penuh dan menggalakkan sahabat-sahabat yang berminat untuk belajar bahasa di sana. Bagi saya, syria merupakan tempat terbaik untuk belajar bahasa arab memandangkan masyarakat di sana bercakap dalam bahasa arab fushah, sistem pembelajaran dalam bahasa arab fushah dan kos pengajian yang agak murah. Serta disana juga sahabat-sahabat boleh mengambil peluang untuk perbetulkan makhraj, hafaz al-Quran dan dapat sanad al-Quran, sanad hadith dan lain-lain



Sekadar luahan rasa dan cetusan dari keikhlasan hati.. Bilamana saya mendengar masalah-masalah yang di adukan kepada saya. Saya agak berasa hairan bilamana di sekeliling saya, saya rasa mungkin 3 daripada 5 sahabat-sahabat sering mengadu tentang masalah keluarga kepada saya. Samada berpunca daripada sifat ibu ayah, adik beradik dan mungkin juga diri sendiri? Apapun syukur pada Allah kerana menganugerahkan saya sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni..Dan bersabarlah serta mohonlah petunjuk dan pertolongan daripada Allah di atas ujian dan dugaan buat sahabat-sahabat yang teruji..

“Astaghfirullah…al-‘adzim…Astaghfirullah al-‘adzim. ya Allah, ampunkan dosaku ya Allah…ampunkan dosa kedua ibu bapaku ya Allah… mungkin mereka adalah hamba berdosa, tapi aku juga hamba berdosa. Maka siapa aku untuk menentukan mereka akan memasuki nerakaMu kerana kejahilan dan kesilapan mereka dalam mendidikku ya Allah… Mungkin kita merasa sedih dan kecewa dalam hidup ini… Kesedihan yang panjang, derita yang lama sehingga telah membenihkan kebencian. Kecewa yang seolah tidak akan berakhir sehingga akhirnya kita telah bertanya pada Tuhan..mengapa mesti aku yang terpilih? Mengapa aku orangnya yang menjadi gadaian dalam sebuah bahtera yang bakal karam? Mengapa mesti aku dan bukan orang lain?

Jangan bertanya pada Tuhan seperti itu… Kita hanya hamba… makhluk. Bertanyalah dengan sopan. Bertanya dengan mencetus fikir dahulu… Mengapa kita merasa terlalu kecewa…terlalu benci… terlalu marah…Cuba renungkan. Apakah yang menyebabkan kita sangat2 marah, kecewa dan benci kerana lahir dalam sebuah keluarga yang mungkin kurang baik berbanding keluarga orang lain? Apa sebenarnya yang kita inginkan? Kasih sayang? Perhatian? Andai kata, kita ditakdirkan hidup dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang dan prihatin, adakah kita sudah mengira bahawa kita dapat mencipta diri kita menjadi manusia hebat? Manusia yang dikenali seluruh manusia? Manusia yang dipandang di muka bumi Allah? Manusia yang boleh mencapai golongan taqwa? Dan, adakah manusia yang hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia telah dijanjikan syurga?? Itukah yang kita inginkan daripada kehidupan dalam sebuah keluarga yang bahagia?

Benar, keluarga itu adalah elemen terpenting dalam kehidupan. Namun, jika hanya melihat bahawa perjalanan dalam kehidupan sebuah keluarga harmoni adalah satu-satunya jalan untuk kita menemui kasih sayang, saya fikir kita sudah tersilap membuat penilaian, malah tanpa sedar kita sudah tidak berlaku adil dengan Tuhan!

Jadi, lahir kita ke dunia pun, kita langsung tak tahu yang kita akan hidup dalam sebuah keluarga yang baik ataupun kurang baik. Ini semua adalah qadar Allah. Adakah manusia yang lahir dalam sebuah keluarga yang tidak mendapat kasih sayang semuanya akan menjadi penghuni neraka dan dibenci Allah? Dan, manusia yang lahir dalam sebuah keluarga yang aman, bahagia akan menjadi penghuni syurga dan disayangi Allah? Maka, itu sebabnya saya mengulangi pertanyaan saya sekali lagi…apa yang kita inginkan daripada sebuah keluarga yang bahagia?

Rasulullah tidak punya ibu dan bapa sejak lahir ke dunia namun bagindalah manusia yang paling berkasih sayang. Rasulullah kehilangan isteri yang paling dicintai dan tidak mempunyai zuriat yang ramai tapi bagindalah insan yang paling berbahagia. Maka, di mana halatuju dan punca bahagia dan kasih sayang itu?........ Jawapannya, hanya Allah. Kerana daripada Allah lah segala sumber kasih sayang, kebahagiaan dan ketenangan. Hanya daripada Allah. Maka, logiklah jika saya mengatakan bahawa kita sangat tidak adil kerana sering bersedih hati kerana tidak mendapat kasih sayang dan kebahagiaan sebuah keluarga, namun kita kurang bersedih hati, tidak sensitif kerana kita tidak mendapat kasih sayang Allah malah kita sendiri memandang lekeh terhadap kasih sayang Allah. Sedangkan Allah itu Tuhan, Dialah yang menciptakan, menakdirkan kita dilahirkan, dibesarkan hingga dimatikan.

Atas semua ini, titik permulaan yang perlu kita fahami ialah apa matlamat kehidupan kita di dunia ini. Kalau matlamat hidup kita tidak jelas, itu yang membuatkan kita terumbang-ambing. Kita hidup dalam taruhan budi manusia, menyimpan harap terhadap sesama makhluk yang bergelar manusia. Iman dan I’tiqad pun seperti telur di hujung tanduk. Wal ‘iyazu billah.

Usah menyalahkan taqdir, kerana bukan ibu atau bapa saja yang terasa namun lebih berat apabila Tuhan juga akan “merasa”. Bila Dia merasa hambaNya sudah putus asa pada qada’ dan qadarNya, disitulah Dia akan melepaskan ‘ikatanNya’ terhadap kita. Apa lagi yang kita boleh lakukan jika Dia melepaskan ‘taliNya’ daripada hati kita? Maka, kita sudah MATI di dunia ini lagi. Na’uzubillah min zalik.

Kita selaku manusia selamanya takkan dapat mencapai redha manusia, namun redha Allah itu bisa dicapai kerana rahmat dan kasih sayang Allah itu mengatasi kasih sayang seluruh makhluk di alam ini.

Redha Allah itu boleh dicari, diusaha. Bila mencari redha Allah, maka mahu tidak mahu kena melalui perintah-perintahNya. Maka, salah satu perintah teragunya ialah taatkan ibu bapa. Taat kepada mereka menandakan kita taat padaNya. Niatkan kita mentaati mereka kerana kita taatkan Allah. Jangan kita hanya menunggu kasih sayang mereka tumpah kepada kita sedang kita sendiri sering terlepas untuk membacakan doa ampunan dan pengasih untuk mereka. Doa adalah seampuh-ampuh senjata mukmin. Jika mereka benar-benar tersalah, itu adalah kesalahan mereka dan tiada dosa yang lebih besar melainkan syirik pada Allah. Bahkan sekalipun ibu bapa melakukan syirik, ketaatan itu tidak akan terhenti melainkan jika mereka turut menyuruh kepada kesyirikan.

Siapa kita untuk menghukum mereka. Kita bukan Tuhan untuk menghukum dosa mereka di dunia. Mungkin ada senarai yang kita tak tahu hidupnya sebagai abid, namun di akhir hayatnya adalah azab hanya kerana dosanya kepada ibu bapanya. Dan, boleh jadi juga ada hayat yang kita tak tahu punya latar dosa yang panjang namun di akhirnya dia layak ke syurga hanya kerana taatkan ibu bapanya. Kerana apa? Kerana syurga Allah itu bukan dibeli dengan amalan, tetapi ia adalah sebuah pertaruhan dan cagaran yang besar untuk mendapat rahmatNya kerana Allah itu Maha dan Sangat Maha Adil. Dia tidak menguji seseorang melainkan dengan kemampuannya. Berbahagialah bila jiwa diuji.

Terima Kasih Umi Abi. Sahabat-sahabat, hargailah ibu bapa kalian. selagimana Allah maih memberi ruang dan peluang..Jangan biarkan sampai suatu masa, nikmat itu hilang dan terus hilang.. Dikala itu, tak perlulah kalian bazirkan masa, bazirkan air mata utk penyesalan yang tida penghujungnya... Ingatlah, Redha Allah bergantung pada Redha Ibubapa"











Powered By Blogger

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan