I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”

(Gambar Abu Hassan al-Kurdi Hafizahullah - Meninggal beberapa bulan lalu)


Menjadi seorang huffaz adalah anugerah daripada Allah S.W.T yang tidak ternilai dan tak terungkap dengan kata-kata..ketenangan & kedamaian jiwa yang tiada taranya. Para sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. seperti 'Uthman bin 'Affan, yang mampu mengkhatamkan al-Quran pada setiap hari, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit serta tabien seperti Imam Bukhari yang hanya mengkhatamkan al-Quran dalam 3 malam sahaja  serta ramai lagi dikalangan mereka yang mengkhtamkan al-quran hanya dalam tempoh yang singkat. Kegairahan ini adalah kerana kualiti iman dan ketaqwaan pembacanya kepada Alah S.W.T. mereka telah mendapat kenikmatan dalam pembacaannya..Sesungguhnya amalan-amalan seperti ini tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak merasai kemanisan membaca al-Quran.


Persoalannya sekarang, bagaimana dengan kita? Bagaimanakah kualiti hafazan dan istiqamah kita setelah berjaya mengkhatamkan al-Quran? Adakah masih seperti kita berada di Maahad Tahfiz atau sekarang ianya sudah luput terus dari ingatan kita? Atau adakah kita sama sekali berusaha sedaya upaya menghilangkan title al-hafiz atau al-hafizah semata-mata tidak mahu masyarakat  tahu bahawa kita adalah sebenarnya huffaz yang hanya menghafaz dan mengigati al-Quran semata-mata memenuhi silibus di Maahad Tahfiz dulu? Atau kita takut sekiranya kita di rujuk dan ditanya tentang al-quran sedangkan kita telah lupa suku, separuh atau kesemuanya..?

Disini saya mahu berkongsi dengan berkenaan kesukaran, ujian mahupun dugaan yang biasanya di hadapi oleh abang-abang dan kakak-kakak khusunya yang telah grad daripada Maahad Tahfiz. Secara jujurnya, ini adalah rata-rata masalah yang tidak mampu di atasi oleh abang-abang dan kakak-kakak. khusunya yang memasuki universiti tempatan. Kesukaran untuk mengekalkan hafazan dan istiqamah dalam mengulangi hafazan. Sama ada kerana sikap sendiri mahupun kesibukan lain yang terlalu mendesak. Dengan bebanan kuliah dan assignment yang bertimbun-timbun serta amanah-amanah kerja persatuan yang terpaksa dilunaskan, maka sedikit sebanyak perkara ini sangat menganggu dan memusnahkan kualiti hafazan yang suatu masa dulu pernah mereka cipta dan gapai.

Kesukaran untuk mendapatkan seorang guru yang boleh mendengarkan dan mentashihkan bacaan juga  adalah merupakan faktor yang mendorong masalah ini berlaku. Hakikatnya terlalu sukar mencari seseorang yang mampu memberikan komitmen untuk mentasmi'kan  kita apabila telah grad daripada Maahad Tahfiz. Bersama dengan kawan-kawan? Sememangnya ia boleh di praktikkan tetapi memerlukan pengorbanan yang sangat besar dan jitu dari sahabat-sahabat yang lain kerana masing-masing berada di jurusan yang berbeza-beza dan jadual kelas yang berbeza-beza. Ini sama sekali menyukarkan untuk membentuk satu halaqah mahupun group kecil khususnya untuk saling memperdengarkan bacaan kerana keebiasaannya walaupun hari minggu terlalu banyak program-program yang telah di susun dan diatur oleh pihak fakulti mahupun universiti dan perlu diikuti.

Walau apapun, semua ini adalah terpulang kepada sikap dan komitmen kita semua. Sejauhmana keikhlasan, istiqamah dan amanah kita dengan al-quran itu. Sememangnya ramai dikalangan kita leka dengan kenikmatan dunia dan mengabaikan amanah kita semata-mata kerana tiada pantauan dan desakan dari orang lain. Jadi, kitalah yang berhak memilih untuk meremehkannya atau berusaha sedaya upaya walaupun terpaksa mengorbankan perkara lain adalah tidak lain tidak bukan untuk menjaga dan melangsaikan amanah yang telah kita sepakati untuk di junjung itu.

Pesanan buat adik-adik penghafaz al-Quran. Ingatlah bahawa, Al-Quran yang telah kita hafaz adalah amanah. Kita sendiri yang mahu memegang amanah tersebut, tanpa paksaan dan tekanan dari sesiapa.. Cekalkan semangat adik-adik, bersabarlah dengan ujian kepayahan dan dugaan yang dating kepada adik-adik. Kerana, ujian yang yang menimpa huffaz pastinya sangat besar dan hebat. Dan ingatlah bahawa syaitan musuh utama kita sangat-sangat mencemburui kita. Semakin kita melawan kehendak mereka, semakin kita istiqamah dan bersungguh-sungguh maka semakin besarlah pangkat syaitan yang di hantar untuk menjatuh dan melemahkan kita

Menghafaz itu adalah senang tetapi mengekalkan ingatan dan istiqamah dalam mengulang bacaan itu adalah yang paling sukar. Ambillah peluang sepanjang berada di Maahad Tahfiz untuk memantapkan kualiti hafazan dan iadah adik-adik. Berusahalah meningkatkan kualiti hafazan adik-adik dengan meningkatkan bacaan dan iadah. Perkara ini amat penting supaya kepercayaan masyarakat kepada para penghafaz al Quran terus terpelihara. Serta persiapkanlah sebaik mungkin diri adik-adik untuk menghadapi cabaran apabila telah tamat pengajian nanti serta jagalah akhlak dan syakhsiah adik-adiki kerana para penghafaz al Quran adalah contoh dan ikutan masyarakat. Oleh itu persiapkanlah diri adik-adik dengan ilmu untuk menghadapi realiti kehidupan bersama masyarakat pada masa akan datang. Jagalah al-Quran dengan sepenuh jiwa raga kalian.. Ingatlah bahawa dosa dan balasan bagi golongan huffaz yang lupa hafazan mereka tak tertanggung di akhirat kelak.. Melupakan hafazan al-Quran setelah menghafaznya adalah suatu dosa di sisi Allah S.W.T. Amaran keras ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadisnya:

عَنْ سَعْدِ بِنْ عُبَادَةْ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ اِمْرِئٍ يَقْرَأُ القُرْآنَ, ثُمَّ يَنَسَّاهُ إِلاَّ لَقِيَ اللهُ أَجْذَمُ
Mafhumnya:
“Sesiapa yang menghafaz al-Quran kemudian dia lupa nescaya dia akan berjumpa Allah di hari kiamat dalam keadaan berpenyakit juzam (kusta) dengan terpotong-potong tangannya.” (Riwayat abu Dawud& Tirmidhi)

Akhir kata, Jadilah insan yang benar-benar berakhlak dengan akhlak hamalatul al-Quran.

(Artikel ini, saya tulis 2 jam lepas, utk memenuhi permintaan adik-adik DQ)

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan