I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”



Buku ini ditulis untuk menyingkap beberapa permasalahan penting di dalam ilmu takhrij. Bab pertama adalah membincangkan tentang peranan ilmu takhrij dalam menentukan keabsahan sesuatu maklumat sama ada menepati piawaian ilmiah atau sebaliknya dalam segala bidang ilmu, manakala bab kedua pula mengemukakan cara untuk memperolehi maklumat Ilmu hadith  melalui kaedah  Takhrij al-Hadith yang merupakan salah satu cabang ilmu hadith yang berbentuk amali atau praktikal bagi ilmu hadith dan mustalahnya. Ia berkait rapat dengan kajian sanad dan matan hadith. Melalui ilmu ini seseorang akan didedahkan dengan pelbagai karya dan sumber utama dalam pengajian hadith.

Seterusnya bab yang ketiga  adalah menganalisis secara mendalam tentang metodologi kritik hadith dari segi analisis sanad dengan takhrij al-hadith dan bagaimana kedudukan hadith-hadith yang seolah-olah anti wanita yang didakwa oleh golongan feminisme  agar kesalahan-kesalahan dalam menghukumkan kedudukan sesuatu hadith dapat dikesan oleh para pengkaji ilmu agama sehingga tidak menyesatkan khalayak ramai dan bagaimanakah cara memahami hadith-hadith tersebut dengan betul sehingga dapat difahami sesuai dengan maksud syarak dengan tidak mengenepikan hak-hak wanita dalam rumah tangga

Polemik perbezaan pendapat di kalangan ulama masa kini terhadap hukum dan darjat hadith terus dibincangkan dan diperdebatkan. Perbezaan pendapat ini kadangkala membawa kepada dua keadaan penerimaan di kalangan masyarakat atau lebih khususnya penuntut ilmu. Justeru, kertas kerja yang keempat secara khusus akan membicarakan berkenaan polemik polemik di kalangan penuntut ilmu mengenai pertentangan hukum hadith antara ulama mutaqaddimin dan ulama mutaakhirin ataupun mua’sirin terutamanya kepada tokoh ternama dalam bidang hadith.

Perbincangan yang terakhir ini akan membincangkan berkenaan  Bank Hadith serta tahap keperluannya di samping situasi pengajaran ilmu Takhrij di Malaysia. Kertas ini juga akan membincangkan pengajian yang membabitkan secara langsung pengajian hadith sama ada di IPTA, IPTS, menengah atau pondok. Penelitian ini dijangka akan dapat membuat kesimpulan tahap kefahaman mereka, kaedah mengatasi mengikut tahap akademik serta menyenarai sebab-sebab yang perlu diatasi bagi menyelamat dan merawat situasi berkenaan demi memelihara kesucian Sunnah Rasulullah. Justeru, buku ini diharapkan dapat memberi maklumat tambahan dan pengetahuan yang berguna dalam bidang hadith diperingkat ijazah pertama mahupun sarjana

Sekian

Latifah binti Abdul Majid
Wan Khalijah binti Wan Jusoh
Wan Nasyrudin Bin Wan Abdullah  


Terbitan 2010



My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan