I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”



Majlis paling bersejarah dan berprestij di UKM selepas Majlis Konvokesyen iaitu Malam Anugerah Gemilang. Alhamdulillah MAG bg Fakulti Pengajian Islam baru malam tadi diadakan. Tetapi apa yang mengejutkan & memeranjatkan daiemuda, bilamana daiemuda dinobatkan sebagai Pelajar Mithali 08/09 . Ini sama sekali tidak dijangka dan harapkan oleh daiemuda. Apapun, dikesempatan ini, daiemuda mahu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada :

1) Kepada ayah dan mak daiemuda, diatas segala kasih sayang, perhatian, dorongan, dan pengorbanan yang telah dicurahkan dari daiemuda kecil sehingga besar..

2) Adik beradik, diatas segala "cabaran" mereka dlm memastikan daiemuda berusaha utk bersemangat dlm menuntut ilmu.

3) Barisan para pensyarah yang banyak mendidik dan memberi tunjuk ajar kpd daiemuda selama 3 tahun daiemuda berada di ukm

2) Kpd para sahabat yang banyak memberikan komitmen dan bantuan dalam memastikan kecermelangan bersama

3) Mad'u2 daiemuda, mungkin kerana kehadiran kalianlah, Allah menjadikan asbab untuk daiemuda berbakti..mungkin rahmat kecermelangannya di sebabkan anda semua..


Perkongsian utk semua : Didiklah diri sendiri sekurang2nya dgn item dibawah

1.Amalkan apa-apa yangg baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut Rasullullah (saw) bersabda, setiap akan menjadi tabiat and kalau tidak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa
penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Moga kita dapat mengikutikan segala tip-tip untuk menjadi orang yang cemerlang didalam hidup.syukran ya Allah diatas segala nikmat yang engkau telah anugerahkan..



Salam Ukhuwwah, salam imtihan.. Ape khabar sahabat2 pengunjung.. Apapun daiemuda ucapkan berbanyak tahniah kpd sahabat-sahabat.. kerana sepanjang daiemuda mengexplore2 blog-blog, daiemuda dapati banyak input berguna yang sahabat-sahabat publishkan..Bagus..Teruskan usaha sahabat-sahabat dalam memberikan perkongsian ilmu yang kalian miliki. Rasulullah s.a.w ada bersabda " Sampaikan dariku walaupun satu ayat"..

Daiemuda merasakan sudah tentu banyak masa yang sahabat2 dah habiskan semata-mata mahu mepublishkan sesuatu artikal.. Cuma pesanan daiemuda, berkarya-berkarya jugak, tapi jangan dilupakan Exam 2,3 hari lagi tu ye.. J Ok, memandangkan banyak nukilan-nukilan sahabat-sahabat ttg kerisauan, stress, demam untuk menghadapi exam, jadi daiemuda rse terpanggil untuk berkongsi dan mencoretkan sedikit perkongsian skill dan pengalaman dengan sahabat-sahabat ttg " HOW 2 GET 4.0?"

Sebenarya, bukan terlalu mudah dan terlalu sukar mahu dapat 4.0 ni.. Daiemuda sering ditanya oleh sahabat-sahabat satu kos, mahupun kos2 yang lain.."macam mana awak boleh dapat 4.0?" "Adakah awak selalu stay up utk studi?" "Awak belajar dari awal semester ke?" "Macamna awak boleh dapat result yg tinggi walaupun sangat2 sibuk?" "Apa amalan awak, sampai awak boleh dapat result yang tinggi mcm tu"

Sahabat-sahabat..persoalan ini seringkali membuatkan daiemuda tersentak..terfikir-fikir dan muhasabah diri. Kenapa aku dapat 4.0..Adakah aku orang selayaknya utk dapat 4.0? Adakah kerana aku seorang yang study hard? Adakah aku seorang yang menghabiskan masaku sepanjang hari semata-mata mengadap buku seperti ulama-ulama dahulu? Apakah ini sebenarnya dugaan dariMu Allah? Adakah aku layak mendapat result setinggi ini dengan ushaku yang sekecil cuma? Adakah…adakah…adakah..

Tetapi, apa yang pasti sahabat-sahabat, daiemuda bukanlah orang yang tergolong dalam kategori student yang study hard mahupun ulat buku, tapi ia tidak lain melainkan rahmat dan kasih sayang Allah…Insya Allah, pada siri-siri akan datang, daiemuda kan sediakan tip2 untuk membantu sahabat-sahabt untuk dapatkan 4.0.. Jumpa lagi. Maassalamah..wassalam


 




# Makbul Doanya :
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki krn sifat penyayangnya
yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah
akan hal tersebut, jawab baginda,
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".

# Beristighfar Malaikat :
Apabila seseorang perempuan mengandung, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah mencatatkan bg setiap hari dgn 1,000 kebajikan
dan menghapuskan 1,000 kejahatan.

# Pahala Berjihad :
Apabila seseorang perempuan mulai sakit bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang berjihad pd jln Allah.

# Terhapus Dosa seperti baru dilahirkan : Apabila seseorang perempuan bersalin, keluarlah dia dri dosa sprti keadaan ibunya melahirkannya.

# Kebajikan Berpanjangan : Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bg ibu itu stp satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

# Memerdekakan hamba : Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

# Diharamkan Api Neraka : Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

# Pahala Bersedekah : Sesiapa membawa hadiah, (brg makanan dri pasar ke rumah diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

# Terawal dimasukkan kedalam Syurga : Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

# Masuk ke Syurga : Perempuan bila solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

# Lebih baik dari lelaki : Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

# Tertutup Pintu Neraka : Wanita taat berkhidmat kpd suaminya akn tertutup pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

# Tinggal Dalam Syurga bersama Nabi : Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.




Ramai para imam dan ulama yang memuji dan menyanjungi beliau antaranya ialah :

  • Berkata Imam Al Khollal: Imam Abu Dawud adalah imam yang terkehadapan pada zamannya
  • Berkata Ibnu Hibban: Abu Dawud termasuk salah seorang daripada imam dunia dalam ilmu dan fiqih (Thobaqat As Syafi`iyah 2/293).
  • Berkata Musa bin Harun: Abu Dawud diciptakan di dunia untuk hadith dan di akhirat untuk Syurga dan tidak aku melihat seorangpun lebih utama darinya. (Thobaqatus Syafi`iyah 2/295).
  • Berkata Al Hakim: Beliau adalah imam ahli hadith di zamannya tanpa gugatan
  • Berkata Imam Nawawi: Para ulama telah bersepakat memuji Abu Dawud dan menyifatkannya dengan ilmu yang banyak, kekuatan (hafalan), wara', beragama (kesolehan) dan kuat pemahamannya dalam hadits dan yang lainnya. (Tahdzib Al Asma` Wal Lughat 2/225)
  • Berkata Abu Bakr Ash Shoghony: Dilenturkan bagi Abu Dawud hadith sebagaimana dilenturkan bagi Daud besi. (Thobaqatus Syafi`iyah 2/293).
  • Ditanya kepada Syeikh islam Ibnu Taimiyah tentang buku-buku hadith dan sebahagian pengarangnya seperti Ath Thoyalisy dan Abu Dawud dan yang lainnya, maka beliau menjawab : Adapun Bukhory dan Abu Dawud, maka beliau berdua adalah dua orang imam dalam fiqih dari ahli ijtihad.
  • Adapun Adz Dzahaby banyak memuji beliau dan di antara pujian beliau adalah ucapannya : Abu Daud dengan keimamannya dalam hadits dan ilmu-ilmu yang lainnya, termasuk dari ahli fiqih yang besar, maka kitabnya As Sunan telah jelas menunjukkan hal tersebut.



Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??
Kalau perempuan tidak boleh memasak,

dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam

kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak

siapa nak kahwin dengan awak!"

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia

tidak sempat belajar memasak

sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga

sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran.

Sementelah tinggal di asrama,

peluang pulang ke rumah terhad dan

tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?"

Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk

dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama,

jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"

Begitu jawab si gadis yang membuatkan

lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita

jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna

makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita

di dapur sebagai perkara utama

dan ungkapan hendak memikat suami,

perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi

dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja

tidak pernah dilupa walau dia

tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar

dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri,

kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu

kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror

boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak,

mereka tu bolehkah jadi imam?"

Dengus teman wanita yang lain.Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan

sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri

sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa

lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai menjawab tidak confident menjadi imam
sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna,
salah tajwid atau merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri

sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula

apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat

memberatkan wanita perlu pandai

memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi

imam supaya kewibawaan mereka

sebagai ketua keluarga tidak goyah atau

menjadi mangsa queen control.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


 



 

YA ALLAH

Pimpinlah Aku Menuju Cahaya Redhamu

RASULULLAH S.A.W & PARA SAHABAT

Selawat Ku Kirimkan,Al-Quran & Sunnah Jadi Pegangan

SITI KHADIJAH, RABI'ATUL 'ADAWIYAH

Semoga Pengorbananmu & Taqarrabku Setulus Kalian

PARA SYUHADA

Tunggulah Aku Bersama Kalian

AYAH

Terima Kasih, Membesarkan Aku Dengan Titik Peluhmu

Semoga hidupmu sentisa ceria dengan senyuman

IBU

Terima Kasih Melahirkanku, Mendidik Mengenal Rabbku

Semoga Tabah Menjalani Kehidupan

ABANG, KAKAK, ADIK

Jadilah Pejuang yang syahid memperjuangkan Islam

Terima Kasih Menyedarkanku

Moga kita Dapat Menunaikan Janji Yang Telah kita Patrikan


Disini saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kelebihan sujud iaitu :

Waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.
Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
membetulkan kedudukan buah pinggang
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
melegakan sakit hernia.
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
Lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika
akan sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi
dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,
organ peranakanmudah kembali ke tempat asal
serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak
terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula :
sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta
sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan :
kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan
aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian :
terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah
yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat :
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafaz tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "

Mengucap Bismillah
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
Mengucap Alhamdulillah
pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
Mengucap Astagfirullah
jika tersebut perkataan yang tidak elok
Mengucap Insya Allah
jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.
Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya



tesis penulis sekadar Perkongsian
ilmu dengan sahabat-sahabat :


Keistimewaan Sunan Abi Daud

a) Menghimpunkan dalil-dalil setiap mazhab, sekaligus menjadi asas untuk mengetahui hadis-hadis yang menjadi dalil hukum kepada ulama fiqh. Imam al-Nawawi menyatakan: “Sepatutnya sesiapa yang terlibat dengan ilmu fiqh dan lain-lain memberi perhatian kepada Sunan Abi Daud dan mengenalinya dengan sebaik-baiknya, kerana kebanyakan hadis-hadis hukum yang diperlukan terdapat dalamnya dan diperolehi dengan mudah

b) Merangkumi semua bab-bab hukum tetapi secara ringkas. Dalam satu bab, beliau menyebutkan satu dua hadis sahaja.

c) Sekiranya dalam satu masalah terdapat beberapa hadis yang bertentangan, Abu Daud akan mengadakan satu bab kemudian membuat satu bab lain yang mengandungi hadis yang bertentangan dengan hadis dalam bab terdahulu.

d) Memberi perhatian kepada perbezaan lafaz penyampaian hadis, menyatakan dengan jelas mendengar atau secara ‘an’anah.

Riwayat daripada Imam Ahmad jelas bahawa Ma’mar mengambil secara langsung daripada Asy’ath berbeza dengan Hasan yang meriwayatkan secara ‘an’anah yang mengandungi andaian tidak mendengar secara langsung.

e) Di tengah-tengah sanad, Abu Daud menyebutkan jumlah mu’taridhah (ayat selingan) bila mana dalam lafaz perawi tertentu ada penambahan dan pengurangan, perubahan atau perbezaan.

f) Adakalanya juga Abud Daud menjelaskan sifat perawi.

g) Menegaskan perbezaan yang berlaku pada nama perawi. Dalam jalan Muhammad disebutkan Abi Ghutaif tetapi dalam jalan Musaddad disebutkan Ghutaif tanpa kuniah.

h) Abu Daud juga menjelaskan kedudukan perawi dari sudut Jarh Wa Ta’dil

I) Menjelaskan perbezaan dengan menyebutkan secara berasingan kerana perbezaan lafaz setiap sheikh. Sekiranya hadis itu mempunyai dua jalan, Abu Daud akan menyebutkan jalan yang pertama kemudian membawa matan kemudian mengemukakan jalan kedua tanpa menyebutkan matannya. Sebaliknya memadai dengan mengatakan dengan maknanya, dengan sepertinya atau dengan lebih kurang seperti itu.

k) Di sesetengah tempat Imam Abu Daud memberi penilaiannya kepada kedudukan hadis

l) Di sesetengah tempat juga Imam Abu Daud menyebutkan fawa`id hadisiyyah.


# Hadis yang tidak dihukumkan oleh Abu Daud


Dalam risalahnya kepada penduduk Mekah, Abu Daud menjelaskan bahawa dalam satu bab itu beliau mengeluarkan hadis yang sahih dan yang menghampirinya dan serupa dengannya. Sekiranya hadis itu bersangatan dha’if beliau menjelaskannya. Hadis yang diberikan keputusan itu dikira sebagai soleh. Ini menunjukkan bahawa ada tiga jenis hadis dalam sunannya. Pertama, sahih dan yang hampir dengannya, kemungkinan maksudnya itu hadis hasan. Kedua, hadis yang sangat dha’if yang diberikan peringatan tentangnya dan ketiga, hadis yang didiamkan keputusannya, iaitu hukumnya soleh.

Dalam menjelaskan maksud soleh ini ulama berbeza pendapat tentang maksudnya. Adakah soleh untuk berhujah atau soleh untuk dijadikan i’tibar? Yang pertama bermaksud boleh dijadikan hujah sandaran dalam sesuatu bab. Yang kedua bermaksud, padanya terdapat kedha’ifan yang ringan tetapi ia boleh dikuatkan dan ditampung dengan banyak jalan. Persoalannya manakah di antara kedua-dua ini maksud Abu Daud? Apabila diperhatikan hadis-hadis yang didiamkan itu, didapati kebiasaanya sahih, bahkan kebanyakannya dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Bagaimanapun, di sana ada juga hadis dha’if yang didiamkan oleh Abu Daud, tetapi dha’if ringan yang boleh dijadikan i’tibar dalam bab mutaba’at dan syawahid. Terdapat juga hadis yang munkar yang didiamkan atau sangat dha’if. Contohnya:

Dalam sanad ini terdapat Daud bin Abi Soleh al-Madani, seorang perawi yang munkar. Persoalan lain, adakah semua hadis yang sangat dha’if itu didiamkan kedha’ifannya oleh Abu Daud? Jawabnya tidak semua hadis yang munkar atau sangat dha’if tidak dinyatakan oleh Abu Daud. Hadis-hadis tersebut tidak banyak bahkan ini berlaku secara nadir
Ini bermakna penjelasan Abu Daud dalam suratnya itu tidaklah boleh difahami secara mutlak.

Powered By Blogger

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan