I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”


Puteraku, getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya syahwat bukan kalian saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para pria. Tenangkan hati kalian, keluhan itu bukan hanya kalian saja yang merasakannya. Orang yang kurang merasakan nikmatnya tidur adalah seperti murid yang mengabaikan pelajaran, seorang yang melalaikan pekerjaan atau perniagaannya. Syair dan pantun yang ditulis oleh para sasterawan, ungkapan hati para penulis terkenal dengan pujuk rayu dan kemesraan. Semuanya adalah serupa dengan godaan nafsu seperti yang kalian alami sekarang.

Gejala yang timbul terhadap seseorang seusiamu, nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah.. menarik.. menawan.. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal. Gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran! Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah..berkahwin!!!

Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!

Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah sama ada di alam sedar ataupun mimpi. Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.

Kedua : Melakukan istimnaa. Apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri, menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab.. dia mati sebelum mati.

Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan keputeraanya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan. Jangan kalian kira bahawa sekali mendekati zina kemudian kalian akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali kalian melakukannya, kalian akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan.

Puteraku, aku berani menyatakan dengan pasti kepada kalian, bahawa masalah seksual pada hakikatnya adalah masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang kalian gambarkan. Masalah yang kalian bicarakan, besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang kalian bayangkan. Malah apa yang kalian bicarakan dan bahaskan itu adalah lebih besar dari kenyataannya. Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian, mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenamya. Memang, dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.

Apabila direnungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh terkeliru.. Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya. Kerana Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu, kecuali digantinya dengan yang lebih baik...Allah mengharamkan zina, digantinya dengan pernikahan atau perkahwinan. Jadi, ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin! Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.

Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah kalian patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Jangan kalian terlalu memberatkan perkahwinan, mengharapkan bidadari idaman dari syurga..Semua itu khayalan.. Kebahagian dan ketenangan hati lebih utama berbanding segal-galanya.. Apabila kalian belum mampu, kalian mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Kalian hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada suka, organisasi atau lain-lain lagi. Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi penyembuhan. Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar untuk memenuhi waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.

Putera-putera harapanku.. Jangan kalian “matikan’ diri kalian sebelum matinya yang sebenar. Sedarkah kalian? Kalian membawa amanah agama.. Kalianlah bakal mencorak masyarakat kearah yang lebih baik. Jangan sesekali kalian mengambil kesempatan dan menabur janji manis untuk memperdaya pria2 yang lemah dan berdaya.. kasihanilah mereka, belas ihsanlah pada mereka.. Bendunglah syahwat kalian dengan cara yang sepatutnya.. Demi Allah, kerana sayangkan kalian, maka nasihat ini aku nukilkan…Agar ianya diambil iktibar dan pengajaran bagi putera-putera idamanku yang berfikir…

Wahai rakan-rakan yang dikasihi sekelian, apakah tidak ingin kita menyumbang untuk memadamkan bara-bara kemurkaan Allah dan unsur-unsur keruntuhan masyarakat? Ambillah peluang, bukalah medan sumbangan kalian agar kita sama-sama dapat memberikan sumbangan terbaik dalam membina generasi mulia dan terpelihara..


Abu al-A’la almaududi : Sekiranya kamu mahu melihat dunia (masyarakat) sekarang, maka lihatlah pada pemudanya, Dan sekiranya kalian mahu melihat generasi akan datang, maka lihatlah pada pemudinya”


Rasulullah s.a.w bersabda ; “Tiadalah fitnah yang lebih aku takut menimpa kaum lebih daripada fitnah wanita“

Api syahwat yang membara mampu merubah kejernihan menjadi keruh dan gelap kehitaman. Hanya sedetik hilang pertimbangan seusia hidup menanggung beban. Apakah yang dapat menuntun bara-bara nafsu selain ilmu dan kesedaran? Itulah noktah kegelinciran, akibat kealpaan dan kelalaian yang tiada sempadan…

Hati terasa geram, sayu, sedih, hiba dan bermacam-macam perasaan yang tak mampu digambarkan. Dimana-mana pun, kita tetap akan melihat puteri-puteri Islam semakin hanyut, semakin lalai, semakin rosak.. Puteri-puteri sayang semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. pergaulan bebas sudah lama berleluasa..Seolah-olah sudah tidak mampu dielakkan lagi..

Wahai puteriku, pilihan itu kalian yang tentukan. Kunci pintu itu ada ditangan kalian. Jika kalian berjuang untuk memasuki pintu itu, maka keadaan berubah menjadi baik. Kalian memang benar puteriku sayang, kaum lelakilah yang memulakan langkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaan kalian, tanpa kelunakan sikap kalian, mereka tidak terus melangkah maju. Kalianlah yang telah membuka pintu kepada mereka, kalianlah yang telah membuka pintu itu !

Puteri-puteriku sayang… Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepada kalian dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafaan dan akan menawarkan kepada kalian hubungan yang halal dan terhormat. Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, dia tetap mempunyai cita-cita "Mencapai kebahagiaan yang hakiki, memiliki suami, menjadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang mithali". Cita-cita seperti ini pasti diharapkan oleh semua gadis samaada seorang ratu, artis mahupun wanita biasa.. Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat lahir qurratuainnya daripada rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Puteri-puteriku, suasana sepi dan lesunya pernikahan adalah kerana kesalahan kalian sendiri. Jatuhnya nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga adalah kerana perbuatan kalian! Lantas, kenapakah kalian tidak mencegahnya? Kenapa para gadis yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu? Kalian, para gadis tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki. Kalian sebagai gadis terhormat, mulia dan memiliki harga diri

Puteri-puteriku sayang, demi kasihku pada kalian, jagalah maruah kalian, malulah dengan diri kalian..Jangan sesekali kalian benarkan, putera-putera harapan agama hancur dan musnah kerana kalian. Hormatilah mereka..Bantulah mereka dengan menjaga dan memperbaiki diri kalian. Terlalu banyak bebanan tanggungjawab dan amanah yang patut mereka tunaikan.. Jangan kita khianati mereka..Mereka takkan musnah kalau bukan kerana kita.. Doakan mereka dipermudahkan jalan, mampu menepis segala dugaan kita dan dugaan dunia.. Ingatlah puteriku sayang, manfaatkan kelunakkan suaramu, kemanjaanmu, kecantikanmu pada tempat yang selayaknya!

Aku bersumpah : "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandang kalian kerana akhlak dan adab. Berbicara dengan kalian seperti sahabat dan apabila mencintai kalian hanyalah sebagai teman akrab". Bohong, bohong, Bohong.. demi Allah mereka berbohong. Seandainya kalian mendengar perbualan di antara mereka, pasti kalian akan takut dan ngeri” (Syed Ali Thantawi)



Salam..Macamana dengan keadaan disana? Nanti balik puasa kat malaysia tak.. ma sakit lagi. ” bertalu-talu daiemuda menerima sms sebegini daripada keluarga dimalaysia.. membuatkan hati daiemuda berbelah bagi. Dimanakah aku? Yang manakah patut aku pilih… Antara Impian yang dibina sejak kecil ataupun harapan daripada Ibubapa tercinta?


sahabat-sahabat, secara kita tidak sedar..sama ada kita memhami atau tidak, sebenarnya ibubapa tak banyak mendesak anak-anak supaya kehendak dan keperluan mereka dipenuhi. Tetapi fahamkah kita? Bahawa mereka sebenarnya sangat-sangat mahukan kita sentiasa berdampingan dengan mereka? Dalam keadaan sendi-sendi dan kudrat mereka sudah tidak sekuat dulu..tidak segagah dan setampan mahupun secantik dulu..


“Ya Allah..Perlukah aku korbankan Impianku ini sementara waktu? Untuk balik dan berbakti pada makyah tercinta? Kerana apa yang aku lakukan sama sekali takkan mampu menebus segala jasa dan pengorbanan mereka mendidik dan membesarkan aku selama ni.. aku bukan hari ini kalau bukan kerana mereka…”

***********************************


P/s : Karmila : tak taula ape mslhnya, ak tak dapat nak connct bila call awak..yg pentingnya "Ak syukur Allah Kurniakan Sahabat Seperti Awak"


p/s : nisah : Mintak maaf ak susahkan awak..ak jarang g CC dah sekarang ni sebab cuaca sangat panas dan kering. Kulit menggelupas dan berdarah.- darah.. jadi buat masa sekarang, ak keluar utk benda2 yg wajib je A





Salam apa khabar sahabat-sahabat semua? Bagaimana dengan kesihatan & iman kalian?.. Dah lme rasenya daiemuda tak berpeluang menjengok blog..em, kat Syria ni, tak semua cc boleh buka..klu nak buka pun, kita kena ada software “24proxy.com” yang didownload secara curi-curi.. kalu takde.. maksudnya  apapun, Alhamdulillah dah setengah bulan daiemuda disini.. belajar berdikari dinegara orang, menagih secebis redha Allah..mengutip mutiara-mutiara peninggalan ulama-ulama silam..Semuanya kerana kepentingan agama Allah..

Bak kata pepatah ”Jauh perjalanan, luas pemandngan” Sekadar berkongsi pengalman dengan sahabat2..(kesian ya ntum semua, dah takleh surve internet selalu.. maklumla masing2 dah tak dapat jaring ) 1stnya daiemuda panjatkan kesyukuran yg tak terhingga diatas peluang & ruang yg Allah dah anugerahkan pd daiemuda utk menuntut ilmu dbumi syam yg penuh barakah ini. Rasulullah s.a.w bersabda : “Allahumma barik syamina wafi yamanina”.. Walaupun kerinduan pd family, shbt2, guru2 sentiasa mnyelubungi.. tp,ini adalah tamrin terhadap daiemuda utk cekalkan hati dlm menghadapi mehnah-mehnah mendatang sbg prsdiaan utk brjuang & berbakti dijalan Allah.. kerana ”perjuangan islam takkan mampu dipegang oleh org yg manja!”

Apa yg menariknya dsyria ini ialah krn peluang “menghafaz” al-Quran terbuka luas.. guru-guru sangat ramai & sentiasa akan follow up hafazan student2.. evarage iadah @ hafazan bg 1hari yg dah ditetapkn ialah 10 muka, tapi ia berbeza mengikut guru.. ok, yg menarik jg disini ialah trlalu banyak tempat2 talaqqi dimasjid2.. boleh dikatakan jg Syria ini merupakan antara tmpt terbaik utk belajar bahasa arab memandangkan masyarakat Syria berinteraksi dlm b.arab fushah selain kos pengajian yg sangat murah.. banyak tempat-tempat bersejarah yang daiemuda telah lawati. Mengambil iktibar & istifadah diatas perjuangan2 mujahid silam dlm mempertahankan islam dismping bermuhasabah asbab kejatuhan & kemunduran Islam pd masa lampau.. semua ini merupakan tanda2 kekuasan Allah yg berguna hanya bg orang-orang yg berfikir...

Tidak dinafikan bhw setiap tmpt ada baik & buruknya..begitu jg syam. Racun-racun jahiliah mula mencucuk jiwa-jiwa Islam muda mudi syria. Semakin ramai pemuda bakal tonggak Negara memakai rantai, gelang, pakaian2 ala barat etc..pemudi2 yg tidak bertudung, memakai pakaian yg ketat, nipis etc begitu megah mahu membuktikan mereka “up 2 date” ini membuatkan daiemuda terfikir2.. apa sebenarnya maksud “bumi yg diberkati” Rasa kecewa seandainya mereka merasai mereka terselamat hanya dgn janji ini.. Apa yg menyeksakan daiemuda jg ialah budaya smoking..klu dimalaysia kita hanya melihat lelaki sahaja yg merokok, perempuan mgkn 1% je, tp Syria?..wanita2 galak bersaing merokok dgn lelaki.. Lagi mengaibkan bilamana Ibubpa tanpa segan silu bergilir merokok didepananak-anak ..nauzubillahiminzalik..

Banyak peraturan yg telah dperkenalkan utk menjaga keselamatan pelajar Malaysia disini.. muslimah tak dibenarkan keluar rumah selepas jam 7.30pm sekiranya tiada muslimin yg temankan.. Jadi, saranan daiemuda kpd sahabat2 muslimah yg berminat kesini seelok2nya mestilah dah “berpasangan” krn kerugian2 tidak dpt hadir ke kelas2 talaqqi dgn syeikh2 hebat spt syeikh Wahbah al-Zuhaili, Syeikh Ramadhan al-Buthi, syeikh Bugho etc.. sebab muslimin bukannya sntiasa ada masa utk temankn kita kemana-mana .. apepun, doakan daiemuda dpt menunaikan amanah utk “khatam” al-quran dsini.. Ya Allah, berilah daku kekuatan dan kemulian dgn mengingati Allah sehingga hembusan nafas yg terakhir.. Selamat berjuang sahabat2, jgn lupa sambung MA lps ni.. kpd adik2 UKM, Salam JUANG!!! Bekerjalah dgn Ikhlas kerana Allah semata-mata.. ana rindu kalian semua.. wslm


Salam Ukhuwwah penuh Kerinduah


Apa Khabar sahabat-sahabat semua? Di kesempatan ini, ana mahu Mohon Maaf banyak-banyak diatas semua SALAH dan SILAP, terasa menterasa yang ana dah lakukan sepanjang persahabatan kita. HALAL kan segala taklifan dan amanah yang tak tertunai. Sekiranya masih ada lagi hutang-hutang ana yang masih ana belum langsaikan, sahabat-sahabat boleh emailkan pada ana : elly_khadijah@yahoo.com. Jangan segan ye… Ataupun sahabat-sahabat boleh contact ayah ana : 0199708490.

ALHAMDULILLAH, syukur pada Allah s.w.t diatas anugerah persahabatan yang telah di kurniakan…Pesanan buat sahabat-sahabat, Warga TZM KIZ, teruskan perjuangan kalian. Mudahan-mudahan segala usaha kecil dan pengorbanan kita selama ini dinilai sebagai amalan soleh disisi Allah di akhirat kelak Insya Allah.


Bagi sahabat-sahabat yang masih ada exam yang berbaki, buatlah yang TERBAIK demi nama baik Islam dan penuhi impian mak ayah.. Insya Allah, hari ini last ana berada di UKM.. Esok dan seterusnya, masa dan ruang ana untuk dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga tercinta.. Mungkin blog ni, ana tak dapat jengok dalam tempoh sebulan ni, memandangkan kesukaran ana untuk ke CC di Syria nanti. Insya Allah, kalau tiada aral melintang, 5 hari lagi ana akan ke Syria. Doakan ana dipermudahkan jalan untuk mencapai segala impian dan cita-cita ana.

Teristimewa buat Alang, Nisa, Nisah, Fizzah, Yuzi, Karmila, Afifah, Huda, ana mohon maaf banyak-banyak ye.. TERIMA KASIH, atas segala-galanya.. Ana sayang kalian..

Khas untuk Pakcik, Teruskan usaha..Bina kekuatan..semuanya bermula dari dirimu..Teruskan bermujahadah..Berjuang, berjuang dan teruslah berjuang. Manfaatkan segala ruang dan peluang yang ada..Insya Allah, ku YAKIN dan PASTI, kau mampu BANGKIT! suatu hari nanti.

SELAMAT TINGGAL...MAASSALAMAH..WASSALAM


Assalamualaikum sahabatku..

 

ku kira tiada kata yang mampu ku ucapkan ketika detik-detik perpisahan ini semakin hari semakin hampir. kau hadir tika aku kehilangan..kau hadir memberi sinar baru kehidupan ku......kau hadir tika aku hampir jatuh lantaran hiba dan sayu ksepian ..kau hadir mnenangkan jiwaku yang resah dan gelisah..

 

bagaimana untukku terima perpisahan ini wlaupun setahun cuma..bagiku cukup menyeksakan tempoh itu...sememangnya diri ini belum bersedia...namun aku harus belajar matang sekarang...walaupun pemergianmu ke bumi syam meninggalkan aku sendirian tanpa teman, aku harus belajar dan pasrah.. ku cuba cari penawar duka ku..

  

sahabat... semakin hari semakin tabah aku bersedia untuk menghadapi perpisahan ini, aku cuba manfaatkan setiap detik bersamamu..kerana kita tidak dapat jangka apa yang bakal berlaku keesokan hari..

 

ku ingin ucapkan terima kasih diatas keikhlasan yang terpancar di wajahmu lantaran melayan karenah ku yang manja..aku tak mampu nak mengungkapkan penderitaan batinku..aku begitu keras hati dan sukar untuk didampingi..hadirnya akak, beriku kenal erti kasih sayang yang selama ini aku tidak mengerti..

 

penderitaan batinku takperlu aku ceritakan lantaran kesan dendamku.. pujukmu membuatkan dendam itu terlerai dengan mudah..pujukmu buatku sedar bahawa semuanya adalah ketentuan yang pasti yang perlu aku redha.. pujuk mu buat aku semakin lembut hati..inilah yang termampu ku kongsikan bersmamu sahabat..

 

Ya Allah, kau tarik nikmat kebahagiaan itu..kau hau hadiahkan insan-insan yang menyayangi ku..daku hiba bila menatap wajah-wajah insan ini.aku terlau bersyukur dengan kehadiran kalian..

 

terima kasih Ya Allah...

 

moga kau tabah berada di bumi syria.. doaku moga kau bahagia..aku akan sentiasa mendoakanmu sahabat.. sayang akak..

 






Dalam kita bermujahadah untuk melaksanakan dakwah,

banyak perkara yang diambil remeh atau terlepas pandang yang

mungkin akan mempengaruhi dakwah gred apa yang akan

kita wariskan kepada generasi seterusnya. Penulis buku Al Awaiq,

Muhammad Ar Rasyid berkata, "Setiap orang akan bertindak dan

memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan.

Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang

gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya."


 

"Salam Ukhuwwah.. Kenangan bersama kan terus tersemat dihati"


    Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

    Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

……………………………………………………….

    Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu.

Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

……………………………………………………….

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

    Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

    Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

………………………………………………………………………

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: "Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?" Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang. "Aku Hawa," sambutnya ramah. "Aku dari Pencipta!" suaranya tertegun seketika.

"Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!" tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s  ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: "Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!" Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

…………………………………………………………………….

   Allah SWT.  Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon "Syajarah Thuba", menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.


 

Nukilan Khas utk sahabat :

Mudahan-mudahan segala impianmu tercapai

" SEMOGA BERBAHAGIA SAHABAT
May Allah bless you"


 

01.00am

Ghurfatul Mahabbah


"tak perlulah pergi ke Jordan, masuk je Universiti dalam negara..Jauh Jordan tu.. Abah dan mama bukan tak bagi pergi.. ada ape2 berlaku, susah kami nak bantu nanti..ada pe2 berlaku kat kampung pun susah khadijah nak balik nanti".. 2 minggu lagi daftar je masuk UKM, masuk university yang dekat dengan family.. Kata Puan Rahmah. Risau memikirkan keselamatan anak gadisnya mahu merantau jauh meninggalkan keluarga.. "Tapi, fahamilah aku ibu.. aku mahu kesana" bisik khadijah dalam esak tangisnya.. Akhirnya dia terlena bersama mimpi indah yang tak kesampaian..

………………………………………………………………………………………

Jam 10 am tadi (28/04/2009) tiket ke bumi syam telah menjadi miliknya.. Baru semalam, dia membayar sepenuhnya RM2670 bagi harga tiket tersebut.. Bermacam-macam perasaan menjelma. Seronok? Gembira? Em..kenapa aku mesti berperasaan macam ni? Monolog khadijah dalam dirinya..Apa yang memenuhi ruang hatinya sekarang adalah kesedihan, sayu dan hiba.. "Kenapa perlu macam ni? Sepatutnya aku rasa gembira..teruja.. Impianku dari kecil dah tercapai..seawal darjah 3, ku coretkan impian mahu ke bumi Syam.."

Hatinya sangat-sangat bercelaru..Tak sanggup meninggalkan ayah dan mamanya.. adik beradik, sahabat-sahabat dan kampung halaman. "Adakah aku mampu bertahan selama 1 tahun di sana?" "Apakah aku kuat untuk meninggalkan mereka semua?""Adakah aku akan ketemui insan-insan yang sebaik sahabat-sahabatku sekarang? …Adakah aku.. Adakah aku.. Final exam yang sedang dihadapinya sekarang, lansung tidak memberikan apa-apa kesan pada dirinnya..Nota-nota exam masih tak disiapkan..Discussion group? Juga tak dibuat lagi.."Exam pagi esok? Tengoklah..nantilah aku studi"..detik hatinya lagi..

...................................

Teringat kembali detik 3 tahun yang lepas. Segala persiapan untuk ke Jordan telah dibuat.. Tinggal bebrapa minggu lagi dia dan beberapa sahabat akan terbang meninggalkan keluarga tercinta untuk ke Jordan demi menagih secebis redha Ilahi untuk mencari dan menimba ilmuNya di bumi Anbiya' ..Tapi, pada suatu petang... " keselamatan tak terjamin berada disana kalau tiada "teman"..Takkan sama, walaupun ramai kawan-kawan muslimat yang pergi bersama.." Kata ibunya..Kalau dah ada "teman" nanti, pergilah kesana..Khadijah tersentak.. Tak disangkanya impiannya selama ini akan musnah dalam sekelip mata..

Kesannya.. hamper 15 bulan, dia tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk belajar.. belajar hanya ala kadar, memenuhi hasrat dan keinginan Ibubapanya yang mahu melihat dirinya menamatkan Ijazah di UKM.. Disaat sahabat-sahabat lain bertungkus lumus belajar, menyiapkan esemen, nota-nota exam..tapi, dia tetap begitu.. masih termenung, melayan perasaan.. Setiap masa, hatinya mencari jalan dan alasan mahu keluar dari Perbukitan Ilmu UKM..Pendek kata, bila-bila masa dia berhasrat untuk resign daripada UKM..

.................................

Alhamdulillah..sedikit sebanyak kerinduan kepada o.sea dapat dilupakan. Bilamana dirinya diberi peluang oleh Allah utk bergandingan bahu bersama sahabat-sahabat seperjuangan dalam merealisasikan matlamat mewujudkan biah solehah di UKM..Kesibukannya dengan study, gerak kerja persatuan, gerak kerja SIPUT mengaburkan sedikit kerinduan itu.. "Ya Allah..semua yang berlaku ada ketentuannya..Mudahan-mudahan pengorbananku yang sekecil ini, mampu memberikanku impak yang maksima pada masa-masa akan datang.."

"Khadijah tak nak hadiah lagi utk semester ni dan akan datang, tapi benarkan khadijah pergi o.sea..tolong benarkan walaupun hanya sekejap"Kata khadijah bila bapanya menelefonnya untuk menayakan hadiah sempena resultnya yang agak cemerlang pada semester 3/2008..Bapanya terdiam.."insya Allah, kalau ada rezeki pergilah nanti"..Itulah Haji Jusoh. Seorang yang sangat berlemah lembut dan bertolak ansur dengan anak-anak gadisnya..Dia banyak memberikan dorongan dan motivasi terhadap anak-anaknya untuk terus belajar dan mencapai kecermelangan dalam setiap exam yang dihadapi..

....................................

Terima kasih ayah..terima kasih mama..Terima kasih diatas hadiah yang cukup bermakna ini..Insya Allah, khadijah akan memanfaatkan sepenuhnya kepercayaan dan peluang yang ayah dan mama berikan. Doakan anakmu ini di beri kekuatan untuk mengutip secebis ilmu Al-Quran, Hadith dan Bahasa Arab disana nanti..12 hari lagi, bumi syria bakal ku tawan.. Insya Allah.. Tuhanku, berilah aku peluang untuk membalas segala pengorbanan kalian.. Buat sahabat-sahabatku sayang,kenangan bersama kalian kan kuabadikan selama-lamanya..Apa yang penting, ingatan sesama kita dalam doa kan? Ya Allah, berkatilah kehidupan kami semua… Aku sayang kalian..


 

Ghurfatul Mahabbah

29/04/2009 : 12.18am

 

Powered By Blogger

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan