I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”


Puteraku, getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya syahwat bukan kalian saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para pria. Tenangkan hati kalian, keluhan itu bukan hanya kalian saja yang merasakannya. Orang yang kurang merasakan nikmatnya tidur adalah seperti murid yang mengabaikan pelajaran, seorang yang melalaikan pekerjaan atau perniagaannya. Syair dan pantun yang ditulis oleh para sasterawan, ungkapan hati para penulis terkenal dengan pujuk rayu dan kemesraan. Semuanya adalah serupa dengan godaan nafsu seperti yang kalian alami sekarang.

Gejala yang timbul terhadap seseorang seusiamu, nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah.. menarik.. menawan.. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal. Gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran! Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah..berkahwin!!!

Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!

Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah sama ada di alam sedar ataupun mimpi. Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.

Kedua : Melakukan istimnaa. Apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri, menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab.. dia mati sebelum mati.

Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan keputeraanya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan. Jangan kalian kira bahawa sekali mendekati zina kemudian kalian akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali kalian melakukannya, kalian akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan.

Puteraku, aku berani menyatakan dengan pasti kepada kalian, bahawa masalah seksual pada hakikatnya adalah masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang kalian gambarkan. Masalah yang kalian bicarakan, besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang kalian bayangkan. Malah apa yang kalian bicarakan dan bahaskan itu adalah lebih besar dari kenyataannya. Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian, mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenamya. Memang, dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.

Apabila direnungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh terkeliru.. Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya. Kerana Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu, kecuali digantinya dengan yang lebih baik...Allah mengharamkan zina, digantinya dengan pernikahan atau perkahwinan. Jadi, ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin! Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.

Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah kalian patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Jangan kalian terlalu memberatkan perkahwinan, mengharapkan bidadari idaman dari syurga..Semua itu khayalan.. Kebahagian dan ketenangan hati lebih utama berbanding segal-galanya.. Apabila kalian belum mampu, kalian mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Kalian hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada suka, organisasi atau lain-lain lagi. Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi penyembuhan. Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar untuk memenuhi waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.

Putera-putera harapanku.. Jangan kalian “matikan’ diri kalian sebelum matinya yang sebenar. Sedarkah kalian? Kalian membawa amanah agama.. Kalianlah bakal mencorak masyarakat kearah yang lebih baik. Jangan sesekali kalian mengambil kesempatan dan menabur janji manis untuk memperdaya pria2 yang lemah dan berdaya.. kasihanilah mereka, belas ihsanlah pada mereka.. Bendunglah syahwat kalian dengan cara yang sepatutnya.. Demi Allah, kerana sayangkan kalian, maka nasihat ini aku nukilkan…Agar ianya diambil iktibar dan pengajaran bagi putera-putera idamanku yang berfikir…

Wahai rakan-rakan yang dikasihi sekelian, apakah tidak ingin kita menyumbang untuk memadamkan bara-bara kemurkaan Allah dan unsur-unsur keruntuhan masyarakat? Ambillah peluang, bukalah medan sumbangan kalian agar kita sama-sama dapat memberikan sumbangan terbaik dalam membina generasi mulia dan terpelihara..


Abu al-A’la almaududi : Sekiranya kamu mahu melihat dunia (masyarakat) sekarang, maka lihatlah pada pemudanya, Dan sekiranya kalian mahu melihat generasi akan datang, maka lihatlah pada pemudinya”

Powered By Blogger

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan