I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”


 
              (Syeikh Ramadhan al-Buthi)

Alhamdulillah, siap juga akhirnya task yang di berikan pensyarah. Setelah saya berpenat lelah dalam 2,3 minggu ni. Terasa sangat penat bilamana saya wajib berulang alik dari Bangi ke Kelantan. Antara tanggungjawab dan impian? Saya mahu menggapai kedua-duanya..Menjaga ibu yang sakit dan bergilir-gilir dengan adik beradik yang lain serta menyambung pengajian ke peringkat sarjana.. Saya tekad, kedua-duanya saya wajib dahulu dan utamakan! 


Sambil-sambil rileks selepas seharian menyiapkan proposal, saya mula terimbau-imbau kenangan di Syria. Maklumla, sangat ramai yang bertanyakan saya tentang Syria. Baguslah.. Mengimbau saat pertama kali saya menjejakkan kaki dibumi barakah ini.. saya seakan-akan mahu menitiskan airmata. Ya..Impian mahu kesini telah saya tanam seawal darjah tiga lagi. Tapi, lantaran beberapa sebab yang perlu.. Maka impian itu terpaksa saya tangguh dan simpan jauh disudut hati. Tapi tuhan maha hebat, maha tahu apa yang saya inginkan..dengan kekuasaanya, akhirnya tanggal Mei 2009, saya berjaya menjejakkan kaki ke Syria bersama 7 orang sahabat yang lain..Allahuakbar!



Bertemankan dua sahabat seperjuangan, pada 7.30am, kami akan bergegas ke Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaroo yang memakan masa lebih kurang 1 jam setengah setiap hari semata-mata mahu mendalami ilmu bahasa Arab. Alhamdulillah tanpa laluan yang sukar kami terus diterima masuk ke level 6 setelah melalui proses temuduga. Ini sekaligus melayakkan kami mendapat sijil memandangkan ia merupakan level terakhir disini bagi pengajian bahasa Arab. walaubagaimanapun kami lebih selesa memilih level 5 untuk belajar bertatih bertutur dalam bahasa arab.


Alhamdulillah.. Saya cuba memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin disini. Seawal pagi sehingga malam saya akan menyusun apa yang patut saya buat. Apa yang pasti, ia dipenuhkan dengan rencana ilmu, muzakarah dan jaulah ilmiah. Menjadi rutin saya dan sahabat-sahabat untuk mengikuti talaqi umumi yang diadakan selepas solat fardhu dimasjid. Walaupun sekadar mendengar dan hanya memahami 20% daripada pengajian tersebut.. Selain itu, kami tidak ketinggalan juga mengikuti Talaqqi Khususi. Kami lebih berminat untuk mencari guru dikalangan bangsa arab sendiri. Kami mengambil inisiatif ini untuk melatih kami mendengar dan bercakap dalam bahasa Arab.
Tanpa disangka juga saya telah berjaya mengkhatamkan al-quran lebih awal daripada target yang saya tetapkan, iaitu sebulan lebih setelah berada disana Lebih menggembirakan juga bertepatan dengan hari lahir saya yang ke 25 (14 Julai 2009). Masih tergambar wajah syeikh Kuraim Rajih yang mendengar dan mentashihkan bacaan saya. Alhamdulillah, tanpa diduga syeikh kuraim mengizinkan agar saya dianugerahkan Sanad al-Quran. Anisah iaitu guru al-Quran saya tersenyum dan mengalirkan airmata kegembiraan. Pesan beliau kepada saya untuk menyumbang bakti lebih mendalam terhadap orang lain dalam bidang al-Quran takkan saya lupakan. Selagi mampu, saya akan berusaha menjaga amanah tersebut !
                                                                   ………………………………………………..
Saya mengandaikan suhu di Syria sekarang mungkin sekitar 7c.. macam mana agaknya kalau salji dan turun nanti..Rasa terkilan juga sebenarnya, impian mahu bermain-main dan membentuk bebola salji tidak kesampaian.. minta maaf ye pada sahabat-sahabat yang kirim salji tu.. dak boh turun lagi salji masa ana balik dulu..tak dapat den nak tunaikan hasrat antum.. Insya Allah, akhir bulan ni, salji akan memenuhi dataran syam.. yang pastinya memberikan ujian dan cabaran bagi sahabat-sahabat melawan kesejukan semata-mata mahu menadah ilmu Allah yang Maha luas.. 



Kaki ini telah  melangkah meninggalkan bumi Syam.. terlalu berat mahu meninggalkan ardul ilm ini.. Bumi yang penuh barakah, dinaungi jiwa-jiwa yang benar-benar berkasih sayang kerana agama, mencinta ilmu, bertolong bantu dan berbudi pekerti mulia..Bumi para syuhada dan ulama agung.. Terlalu banyak mendidikku walaupun hanya dalam tempoh yang sesingkat ini..akan ku rindui bumi syam dan kalian..Doaku agar kalian diberi kekuatan dan semangat membara untuk terus menuntut ilmu disina. Berjuanglah demi kegemilangan Islam..“Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di dunia ini”

Powered By Blogger

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan