I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”


Imam Abu I’sa Muhammad ibn I’sa ibn Sawrah ibn Musa ibn al-Dahhak atau dikenali dengan nama  imam al-Tirmidhi adalah merupakan salah seorang daripada pengarang kitab sunan  al-Sittah yang dikenali sebagai al-jami’ atau sunan al-Tirmidhi. Di dalam sunan ini, tidak kesemuanya hadith yang dimasukkan adalah sahih bahkan wujudnya pelbagai taraf hadith yang lain. Selain itu, terdapat juga penggunaan istilah-istilah baru yang telah diperkenalkan oleh imam al-Tirmidhi dan kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada ulama dan pentahqiq kitab  beliau. Antaranya ialah dhaif pada sanad tidak semestinya dhaif pada matan, penggunaan isyarat “wa fil bab a’n fulan” dan sebagainya.

Sunan al tirmidhi telah dikaji oleh beberapa orang ulama hadith. Bagi seseorang yang pernah membaca atau mengkaji kitab sunan al tirmidhi, mereka akan mendapati bahawa imam al-Tirmidhi sentiasa memberikan pendapatnya di hujung setiap hadith yang ada di dalam kitabnya sama ada sahih atau tidak. Pendapat imam al-Tirmidhi ini menjadi perbincangan dan kajian di kalangan ulama hadith sejak dahulu hingga kini.  Di antara ulama yang melakukan tahqiq terhadap sunan al-Tirmidhi ialah syeikh Albani. Beberapa pentashihan daripada syeikh Albani dan selainnya memberi maksud bahawa apa yang dihasilkan oleh imam al-Tirmidhi adalah ijtihad yang dilakukan oleh  mana-mana ulama hadith berdasarkan ilmu Mustolah al-Hadith






Syeikh Ali bin Hasan Al-Atsari pernah menyatakan “Para muhaddith (ahli hadith) sering merujuk atau meralat dalam mentashihkan atau mentadhi’fkan hadith yang merupakan jalan yang ditempuh oleh para ulama yang adil, jujur dan amanah terhadap hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Syeikh Albani sendiri pernah menyatakan “membetulkan kesilapan adalah satu kewajipan dan ia telah menjadi amalan biasaku seperti yang diketahui oleh para pembaca kitabku“  (Syeikh Albani :1995)

Justeru itu, penulis akan cuba menyelongkar berkenaan perkara ini kerana penulis merasakan bahawa ia sangat  penting memandangkan hukum dan darjat hadith yang di putuskan dalam penulisan dan kajian beliau menjadi sumber rujukan di kalangan penuntut pengajian Islam dan ahli akademik pada masa kini dan kadang kala mengundang ketaksuban kepada para pengikut beliau khususnya.

Dalam mengkaji dan menganalisis pentadhifan oleh syeikh Albani terhadap beberapa hadith dalam sunan al-Tirmidhi, maka penulis akan cuba mengcungkil apakah perkara yang menyebabkan syeikh Albani mentadhifkan hadith-hadith tersebut sedangkan hadith-hadith tersebut mempunyai syawahid dan mutabaat?

Apakah tujuan syeikh al-albani apabila beliau membuat pengakuan dalam dhaif Sunan al-tirmizi muka surat 6 bahawa beliau tidak berkesempatan untuk mengkaji dan memahami syawahid  dan mutabaat imam al-Tirmidhi. Jadi penulis merasa terpanggil untuk melakukan kajian terhadap perkara ini bahawa untuk membuktikan kebenaran berkenaan perkara ini.
هذا ومن عادة الترمذي رحمه الله في  سننه " أن يقول عقب حديث الباب غالبا : وفي الباب عن علي وزيد بن أرقم وجابر وابن مسعود " ونحو ذلك . وتارة يعلق الحديث على الصحابي ولا يسوق إسناده إليه ، فهذا النوع والذي قبله ، لم أعن بتخريجه ، لانه يتطلب وقتا طويلا (Syeikh Albani : 1991)


Sesungguhnya menjadi suatu yang lumrah bagi seorang ulama yang mempelajari kitab sunan al-tirmizi bahawa kitab sunan ini mempunyai metod yang sangat berbeza dengan kutubussittah. Diantaranya ialah setiap hadith diberi komentar oleh imam al-Tirmizi dengan mentashih, menghasan atau mentadhi’fkannya. Maka metod seperti inilah yang menjadi kelebihan kepada kitab sunan al-Tirmizi sebagaimana yang telh diketahui oleh para pengkritik hadith daripada kalangan ulama hadith yang mana perkara ini telah saya peringatkan dalam kitab-kitabku. Sesungguhnya aku tidak menciplak mana-mana pun hadith dalam masalah ini, namun aku menghukumi sesuatu hadith dengan kadar kemampuan aku berdasarkan perbahasan dan kritikan yang telah aku lakukan (Albani : Sohih sunan Tirmizi)                              

Selain itu, penulis juga akan mengenalpasti dakwaan-dakwaan dan tohmahan yang mengatakan bahawa syeikh Albani di kenali sebagai seorang tokoh hadith yang gemar mentadhifkan hadith. Antaranya ialah dakwaan dan kritikan terhadap syeikh Albani daripada ulama tertentu yang bukan berdasarkan metode penilaian hadith yang sebenar antaranya ialah Hasan bin Ali al-Saqqaf dalam bukunya Tanaqudat al-Albani al-Wadihat.  (Dr Jawiah Dakir : 2009).

Nak Search Ape Ye..

Loading...

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan