I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”



Buku ini adalah kumpulan artikel ilmiah yang ditulis oleh tenaga akademik di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan artikel ini mengandungi penulisan-penulisan yang membicarakan dan membincangkan beberapa persoalan dan isu-isu di sekitar pengajian al-Quran, Hadith dan Qiraat.

 

Dalam pengajian al-Quran beberapa isu telah dibahaskan secara kritis seperti konsep hidayah menurut al-Quran. Berpandukan kepada petunjuk ayat-ayat al-Quran, penulis telah menyusun kertas ini dalam empat aspek utama iaitu hakikat hidayah, tingkatan, sebab dan halangannya. Penulis menghuraikan satu persatu aspek tersebut dengan membawa beberapa ayat-ayat al-Quran mengenainya sebagai sandaran. Di samping itu juga peranan dan sumbangan seorang tokoh ulama terkenal di Nusantara iaitu M.Quraish Shihab di dalam pengajian ilmu Islam di dunia Melayu turut diserlah di dalam buku ini. Penulisan ini memperlihatkan bagaimana pendekatan dakwah yang cuba ditonjolkan oleh M.Quraish Shihab berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan sebagaimana yang dijelas dan ditafsirkan oleh beliau melalui kitab Tafsir al-Misbah.





Pengajian Hadith pula memaparkan kepentingan dan cabaran ilmu Takhrij di dalam penulisan ilmiah. Perbincangan adalah berkenaan dengan pembentangan yang asasi bagi hasil aplikasi Takhrij al-Hadith khususnya dalam penulisan. Tujuan utama artikel ini adalah untuk menjamin tahap autentisiti dan kredibiliti al-Hadith sebagai sumber primer dalam pengajian ilmu Islam di samping al-Quran. Artikel ini juga menyeru khususnya kepada para sarjana dan pendakwah serta umat Islam secara umumnya untuk menyesuaikan diri dengan kemudahan-kemudahan yang ada demi merealisasikan ilmu Takhrij al-Hadith dengan cemerlang, atau setidak-tidaknya dengan tahap yang paling minima dan memuaskan.


Di samping itu, topik-topik lain yang berkaitan dengan isu-isu berkaitan khususnya permasalahan di dalam pengajian Qiraat dikupas sebaik mungkin. Persoalan mengenai peranan para sahabat r.a. serta sumbangan mereka dalam pelbagai disiplin ilmu agama turut dibicarakan. Kesungguhan dan kebolehan para sahabat untuk menjaga serta mentafsir al-Quran yang mempunyai kaitan dengan pelbagai bidang ilmu Islam dengan sebenarnya tidak dapat dinafikan lagi. Kemampuan mereka menyumbang kepada perkembangan pengajian ilmu al-Quran terutama dalam usaha memahami isi kandungan al-Quran itu sendiri serta hukum-hukum/permasaalahan fiqh. Penulisan ini mengetengahkan penggunaan Qira’at para sahabat r.a dalam permasalahan hukum fiqh yang dikenali sebagai Qira’at Tafsiriyyah atau al-Mudraj. Periwayatan oleh ulama’-ulama’ muctabar sebagai sandaran terhadap hujah-hujah yang dikemukakan oleh mereka, membuktikan bahawa Qira’at sahabat r.a adalah salah satu bahagian yang amat penting untuk diselidiki dan difahami dengan sebenarnya oleh para ilmuan.

 

Seterusnya turut dibincangkan di dalam buku ini ialah kajian tentang perbezaan Qira’at yang menyumbang kepada perbezaan hukum-hakam yang terdapat di dalam kitab Rawaic al-Bayan Fi Tafsir Ayat al-Ahkam karangan al-Sabuniy juga diutarakan di dalam buku ini. Objekif kajian ini adalah untuk menyenaraikan bentuk-bentuk qiraat yang terdapat di dalam kitab ini serta mencari hubung kait di antara ilmu Qira’at, tafsir dan fiqh. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kaitan yang sangat rapat di antara ilmu Qira’at, tafsir dan fiqh serta ianya memberi impak kepada hukum-hakam. Di samping itu, al-Sabuniy membahaskan bentuk-bentuk Qira’at yang mutawatirah dan shadhdhah di dalam kitab tafsir ini. Kesimpulannya, terdapat sembilan ayat yang menepati kehendak tajuk kajian ini. Ianya terdiri daripada tujuh Qira’at yang mutawatirah dan dua Qira’at Shadhdhah dalam pelbagai bentuk hukum-hakam yang diperincikan.

 

Menerusi penerbitan buku ini adalah diharapkan agar hakikat rahsia dan ilmu yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah dapat diselidik dan diungkapkan sebaik mungkin.

 

Akhirnya, sebagai penyunting kami merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada semua tenaga akademik yang telah bersama-sama memberi sumbangan dalam menjayakan penerbitan ini.


Sekian


Latifah binti Abdul Majid
Khairunnisa binti Alias
Wan Khalijah binti Wan Jusoh

Nak Search Ape Ye..

Loading...

My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan