I am Traveller, Seeking The Truth

“Rasulullah SAW bersabda : “Allah ‘Azza Wajalla berfirman (hadits qudsi): “Kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu.”

Berjuanglah wahai Ansorullah,
Dengan matlamat daulah islamiah,
Berkorbanlah wahai yang beriman,
Dengan harta dan segenap kepunyaan..


Hari ni sepetang saya menghadiri Muktamar Dewan Muslimat PAS Serdang yang bermula seawal 8.00am dan berakhir pada 2.30pm. Muktamar ini telah di rasmikan oleh Senator Zailah Mohd Yusuff yang merupkan Naib Muslimat Pas Pusat. Saya benar2 tertarik dengan ucapan perasmian beliau khususnya apabila menyentuh berkenaan pembinaan diri dan generasi anak-anak. Secara khususnya adalah berkenaan kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata isteri TGNA : “orang lain mendapat bahagian suamiku semasa dia sihat dan bertenaga, tetapi dia hanya pulang kepadaku apabila dirinya dalam keadaan tersangat letih..aku hanya mendapat bahagian dirinya yang keletihan”. Masya Allah.. inilah hidup seorang isteri kepada pejuang. Kesanggupan mengorbankan masa, kebahagian, kesenangan yang sepatut dimilikinya semata-mata kerana memahami tanggungjawab dan amanah suami untuk membela dan menegakkan Agama..






Beliau mengatakan bahwa, hampir 45 tahun usia perkahwinan beliau dengan TGNA, beliau mendapati bahawa tidak sampai 10kali TGNA meninggalkan solat tahajjud. A’zhim.. saya terasa betul-betul naïf. Bagaimanakah dengan aku??? mewar-warkan akulah pejuang, akulah daie, akulah…akulah.. tetapi dimanakah solat tahajjudku, dimanakah sunat taubatku….… Kerana hakikat kejayaan dan kemenangan serta kebahagiaan hidup seorang hamba bukan di nilai kepada setinggi mana taraf akademiknya, sebesar manakah pangkatnya.. tetapi adalah dinilai kepada sejauhmana penghayatannya dalam agamanya.. sebesar manakah sumbangannya untuk Islam…Sesungguhnya kita takkan kuat, malah mungkin akan jatuh terperosok lantaran lemahnya iman, lemahnya tarbiah dalaman kita…Astaghfirullahal A’zhim..


Apabila saya ditanya ciri-ciri calon idaman saya, biasanya saya hanya tersenyum…Saya teringat soalan fasi BTN FPI kepada saya. “Kamu mahu suami macam mana?” jawab saya : “ cukuplah kalau muslimin itu menjaga akhlaknya, menjaga solatnya secara berjemaah di Masjid serta menghormati ibubapa, walaupun die tidak punyai apa-apa untuk dibanggakan. Kerana cukuplah Allah sebagai pengharapan mutlak” pada masa itu, semua ahli kumpulan dan fasi mentertawakan saya. Katanya itu semua adalah retorik dan omong-omong kosong. Kenapa tidak? Bagi saya pembinaan generasi yang rabbani, unik, unggul semuanya bermula daripada kedua Ibubapanya.. Ibubapa yang menjaga solat, menjaga akhlak dan sebagainya.. malah wujud pandangan daripada sebahagian ulama “ seandainya perjuangan utk mendapatkan isteri / suami yang soleh solehah sehingga tahap mengharuskan kamu berhijrah ke tempat lain, maka laksanakanlah”


Adalah susah dan sukar untuk melahirkan generasi Rabbani tidak akan lahir tanpa dilakukan usaha-usaha ke arahnya. Di sinilah letaknya peranan tarbiyah. Perlaksanaan tarbiyah yang berkesan amat diperlukan untuk melahirkan insan rabbani yang mantap ilmu, rohani dan akhlaknya serta faham tuntutan harakah dan dakwah. Oleh itu, seorang murabbi / murabbiah yang terdiri daripada para ibu bapa dan guru-guru tugasnya bukan sekadar menyampaikan ilmu -sebagaimana seorang mu’allim tetapi mentarbiyah atau dalam erti kata lain memberi perhatian bersungguh-sungguh kepada orang-orang yang ditarbiyahnya sehingga tercapai sasaran yang dikehendaki..


Secara lebih nyata generasi Rabbani ialah generasi yang menyandarkan diri mereka kepada Tuhan di mana mereka hidup untuk melaksanakan matlamat yang ditetapkan Allah, mencari kerdhaanNya semata-mata, mereka menjalani kehidupan di atas manhaj Allah (yakni Islam) dan mereka bermati-matian memperjuangkan manhaj tersebut dengan mengorbankan apa sahaja yang ada pada mereka sama ada harta, tenaga dan jiwa raga mereka. Generasi rabbani adalah generasi muslim sejati. Mereka bukan sekadar beramal dengan Islam tetapi juga bekerja untuk menegakkan Islam (yakni menjadi Amilin Islam). Mereka tidak hanya menjadi penyokong kepada Harakah Islam, tetapi juga adalah pendokong dan tunggaknya. Contoh unggul bagi generasi Rabbani ini ialah para sahabat yang dididik dan ditarbiyah oleh Rasulullah s.a.w..


Ayuhlah sahabat, bentuklah dan didiklah diri kita..berusahalah untuk menjadi insane Rabbani..insan yang mempunyai sensitivity yang tinggi untuk agama..mudahan-mudahan hidup kita di rahmati dan diberkati Allah.. Tegakkan Islam dalam diri kita nescaya Islam akan tertegak di dunia ini. “ Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hamper roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelosok duniabagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka tetapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah” hasan al-banna


My Profile

Kelantan, Malaysia
Maahad Rahmaniah,Kelantan (1997-2002) Darul Quran,JAKIM (2003-2006) SarjanaMuda UK Malaysia (2006-2009) Ijazah BA & AQ, Syria (Mei-Nov09) Sarjana UK Malaysia (Dec2009-Dec2010) PHD UMalaya / Jordan (2012-2014)

PERHATIAN

Salam..

sape ye pandai buat read more -:), tolong ajar ye..

erm, blog ana ni kalau nak tgok artikel penuh kena klik pada tajuk..

About this blog


1) Pemikiran dan Metodologi Dr Nuruddin Itr dalam penulisan kitab Manhaj al-Naqd (PHD)


2) Sejauhmana Keprihatinan Syeikh al-Albani terhadap Syawahid Imam al-Tirmizi. Kajian Terhadap Metodologi Antara Keduanya (MA)


3) Hukmul Ahadith allati Sakata a'nhu Abi Daud : Wahukmuhu lil Syeikh Albani (BA)


- Cadangan Proposal :

Penggunaan Kalimah Allah dikalangan Non Muslim menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah

Kalau sahabat-sahabat ada bahan, bagila kat ana ye. TQ





Biicara Ukhuwwah

Sahabat Seperjuangan