(Syeikh Ramadhan al-Buthi)
Alhamdulillah, siap juga akhirnya task yang di berikan pensyarah. Setelah saya berpenat lelah dalam 2,3 minggu ni. Terasa sangat penat bilamana saya wajib berulang alik dari Bangi ke Kelantan. Antara tanggungjawab dan impian? Saya mahu menggapai kedua-duanya..Menjaga ibu yang sakit dan bergilir-gilir dengan adik beradik yang lain serta menyambung pengajian ke peringkat sarjana.. Saya tekad, kedua-duanya saya wajib dahulu dan utamakan!
Sambil-sambil rileks selepas seharian menyiapkan proposal, saya mula terimbau-imbau kenangan di Syria. Maklumla, sangat ramai yang bertanyakan saya tentang Syria. Baguslah.. Mengimbau saat pertama kali saya menjejakkan kaki dibumi barakah ini.. saya seakan-akan mahu menitiskan airmata. Ya..Impian mahu kesini telah saya tanam seawal darjah tiga lagi. Tapi, lantaran beberapa sebab yang perlu.. Maka impian itu terpaksa saya tangguh dan simpan jauh disudut hati. Tapi tuhan maha hebat, maha tahu apa yang saya inginkan..dengan kekuasaanya, akhirnya tanggal Mei 2009, saya berjaya menjejakkan kaki ke