(Gambar Abu Hassan al-Kurdi Hafizahullah - Meninggal beberapa bulan lalu)
Menjadi seorang huffaz adalah anugerah daripada Allah S.W.T yang tidak ternilai dan tak terungkap dengan kata-kata..ketenangan & kedamaian jiwa yang tiada taranya. Para sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. seperti 'Uthman bin 'Affan, yang mampu mengkhatamkan al-Quran pada setiap hari, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit serta tabien seperti Imam Bukhari yang hanya mengkhatamkan al-Quran dalam 3 malam sahaja serta ramai lagi dikalangan mereka yang mengkhtamkan al-quran hanya dalam tempoh yang singkat. Kegairahan ini adalah kerana kualiti iman dan ketaqwaan pembacanya kepada Alah S.W.T. mereka telah mendapat kenikmatan dalam pembacaannya..Sesungguhnya amalan-amalan seperti ini tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak merasai kemanisan membaca al-Quran.