Salam.. Ape khabar semua? Apepun semoga kita semua didalam rahmat dan kasih sayang Allah..Harini, daiemuda mencari dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadith berkenaan Jihad.. Laungan penuh bersemangat dan bertenaga mengajak kepada Jihad kali kedengaran oleh aktivis-aktivis yang sinonim dengan perjuangan Islam.. Para jundullah sering di suapkan dengan kata-kata semangat dan perangsang agar terus bertahan dan thabat dalam Saff demi menegakkan Islam.. Tetapi, sebenarnya adakah kita betul-betul sudah jelas dan memahami Jihad dalam erti kata yang sebenarnya? Apakah kita benar-benar berintima' dengan perjuangan yang menepati garis panduan Allah dan Rasul? Insya Allah..mudahan-mudahan mutiara 1, mutiara 2 yang telah daiemuda publishkan sebelum ini mampu memberi sedikit perkongsian ilmu dengan sahabat-sahabat pengunjung… Apakah Definisi Jihad : Kamus Dewan: Perang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam. Perang sabil dalam sejarah Islam adalah peperangan antara Islam dan Musyrikin Ibn Hajar Al-Asqalani dan pendapat para muhaditin: Jihad secara syarie ialah mencurah segala kesungguhan di dalam memerangi orang-orang kafir, dan jihad itu dilakukan dengan tangan, harta, lisan dan hati. Wahbah al-Zuhailiy: Definisi jihad yang paling tepat dari sudut syariat ialah mencurah segala tenaga dan keupayaan di dalam memerangi orang-orang kafir dan menahan serangan mereka dengan jiwa, harta dan lisan Dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah : Dalil daripada Hadith : عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ( لغدوة في سبيل الله أو روحة خير من الدنيا وما فيها Maksudnya: Daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berada (di medan jihad) di jalan Allah di waktu pagi atau petang adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya. Keterangan ringkas hadith:- Hadith di atas menjelaskan tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Jihad yang di maksudkan ialah jihad peperangan melawan orang-orang kafir di medan perang. Menerusi hadith di atas, Rasulullah s.a.w menjelasakan bahawa perbandingan kelebihan orang yang turun berperang adalah lebih baik daripada nikmat dunia dan segala isinya. Huraian hadith:- Ibn Daqiq al-'Id rahimahullah, keutamaan jihad sebagai lebih baik daripada dunia dan segala isinya di dalam hadith di atas dapat di fahami dari dua sudut: Pengajaran Hadith 1) Jihad itu merupakan satu amalan yang dituntut dalam Islam dan memiliki darjat yang tinggi disisi Allah 2) Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada hambanya yang keluar berjihad ke jalanNya. 3) Setiap perkara yang berkaitan dengan jihad ianya berhubung kait dengan syahid. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Rujukan : P/s : Semua "MUTIARA" yang di publishkan dalam blog ni, adalah berdasarkan kajian daiemuda setelah di semak oleh lectures ;-)
Maksudnya "Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah Allah beserta orang-orang bertaqwa.
al-Authar Syarh Muntaqa al-Akhbar min Ahadits Sayyid al-Akhyar.
Salam.. Apa khabar sahabat-sahabat semua? Dah lama rasanya daiemuda tak "berinteraksi" dengan kalian.. Alhamdulillah. paper 1st bg semester last modul hadith dah berlangsung pg tadi.. Alhamdulillah, walaupun beberapa minggu ni hati sangat-sangat bercelaru,teruji.. tapi semuanya khair insya Allah.. daripada 3 jilid nota exam, hanya 1 jilid yg daiemuda baca..Daripada 2 jam ½ masa yang diberikan untuk menjawab soalan, hanya 45 minit je daiemuda manfaatkan..Rasa bosan, tak de semangat nak jawab lama.. Jawab ala kadar je.. Apapun terima kasih pada yuyun dan dayah , mudahan kalian berdua dapat menjawabnya dengan baik ;-)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah Ayat 216
Semasa membelek nota-nota exam, malam tadi.. banyak hadith-hadith dan ayat Al-Quran yang daiemuda telah baca berkenaan sesuatu perkara yang kita suka, mahu, sayang.. tapi tak semestinya ia baik..Dan tak semestinya apa yang kita rasakan baik untuk kita ia semestinya baik untuk kita.. Hati rasa sayu, hiba… Sememangnya inilah manusia, buta dalam menilai hakikat sebenar kehendak dan keperluan dirinya..Merasakan kebaikan yang dilakukannya harus dibalas setimpal dgn pengorbanan yang dia dah lakukan..sedangkan dia tidak mengerti bahawa segala apa yang bakal dikurniakan oleh Allah kepadanya melebihi dari apa yang dimintanya.. Ya Allah, kuatkanlah aku..
hati bertambah pilu lagi bila membaca kisah pengorbanan Abu Bakar demi kekasihnya Rasulullah s.a.w.. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menyokong dan mendokong perjuangan Rasulullah s.a.w sehinggakan segala harta yang dimilikinya di habiskan semata-mata mengharpkan redha Allah dan Rasul..Ini sama sekali menyebabkan Umar r.,a mahu berlumba-lumba dan mahu mengatasi Abu Bakar r.a..
Umar berjumpa Rasulullah s.a.w kerana mahu menafqahkan harta-harta yg dimilikinya kepada Rasulullah utk tujuan berhijrah. Apabila ditanya Rasulullah s.a.w : "Apakah yg tinggal utk keluargamu wahai Umar?, umar menjawab :"Seumpama apa yang aku berikan padamu". Kemudian datang Abu Bakar dan menyerahkan apa yang ada ditangannya. Maka Rasulullah s.a.w bertanya soalan yg sama kpd Abu bakar. Abu Bakar menjawab :"Hanya Allah dan rasulnya".. kata Umar "Inilah, sampai sekarang, aku takkan dapat menandinginya"
Sebagai muhasabah bersama.. Lakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan. Letakkan redha dan pasrah hanya pada Allah Rabbul Izzati..kuatkan hati, cekalkan hati..Nasrullah menantimu.. Percaya dan percayalah, Allah maha adil dan mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.. Masakan tidak, kerana dialah mencipta dan member kita ruang dab peluang untuk terus bernafas dimuka bumi ini..
….Ghurfatul Mahabbah…,
28/04/2009 : 1.30pm
Bersifat Global dan menyeluruh Maksudnya: "Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya." Hadith Nabi s.a.w pula ialah: حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ كِلَاهُمَا عَنْ حَمَّادِ بْنِ زَيْدٍ وَاللَّفْظُ لِقُتَيْبَةَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيَّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا و قَالَ الْآخَرُونَ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى زَوَى لِي الْأَرْضَ حَتَّى رَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَأَعْطَانِي الْكَنْزَيْنِ الْأَحْمَرَ وَالْأَبْيَضَ ثُمَّ ذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ "Allah telah mengumpulkan kepadaku bumi ini, dengan demikian aku telah melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya umatku akan mampu memilikinya seperti mana yang dikumpulkannya kepadaku. Dan aku diberi emas dan perak dan aku mohon daripada Tuhanku untuk umatku jangan binasakan umatnya dengan kemarau panjang, yang meliputi seluruh umat. Dan supaya Allah tidak hantar kepada umatnya melainkan dan menghalalkan maruah. Wahai apabila aku sudah putuskan sesuatu maka tidak boleh diputuskan. Sesungguhnya akan diberi kepada umatmu dengan bencana kemarau yang panjang, maka Allah perkenankannya. Walaupun orang selain umat Nabi bersatu untuk binasakan umat Nabi, sehingga sebahagian mereka binasakan sebahagian yang lain dan menawannya. " Kesemua ini telah menjadi kenyataan dalam sejarah Islam di mana negara Islam telah dapat menguasai kawasan-kawasan yang amat kuas di atas muka bumi,serta telah dapat memerintah pelbagi kaum dan bangsa ,bahkan mereka (bangsa-bangsa lain) juga turut sama dalam pemerintahan Islam. Ramai dari kalangan bangsa lain telah menjawat jawatan yang terpenting dalam negara Islam. ....................................................................................................................................................................................................................... Rujukan :
Ciri-ciri politik Islam serta dasar-dasarnya telah menjadikan sistem politik Islam itu sebagai satu sistem yang global. Segala undang-undang dan peraturannya sesuai bagi setiap masa dan tempat. Ini adalah kerana undang-undang Islam itu meliputi segala kepentingan dan keperluan serta memberi faedah dan manfaat kepada manusia. Ini adalah kerana undang-undang dan peraturan itu kesemuanya datang daripada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui bagi segala sesuatu yang telah, sedang dan akan berlaku.
Firman Allah:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ زَوَى لِي الْأَرْضَ فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا وَأُعْطِيتُ الْكَنْزَيْنِ الْأَحْمَرَ وَالْأَبْيَضَ وَإِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي لِأُمَّتِي أَنْ لَا يُهْلِكَهَا بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا يُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ فَيَسْتَبِيحَ بَيْضَتَهُمْ وَإِنَّ رَبِّي قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنِّي إِذَا قَضَيْتُ قَضَاءً فَإِنَّهُ لَا يُرَدُّ وَإِنِّي أَعْطَيْتُكَ لِأُمَّتِكَ أَنْ لَا أُهْلِكَهُمْ بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا أُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ يَسْتَبِيحُ بَيْضَتَهُمْ وَلَوْ اجْتَمَعَ عَلَيْهِمْ مَنْ بِأَقْطَارِهَا أَوْ قَالَ مَنْ بَيْنَ أَقْطَارِهَا حَتَّى يَكُونَ بَعْضُهُمْ يُهْلِكُ بَعْضًا وَيَسْبِي بَعْضُهُمْ بَعْضًا
Hadith yang diriwayat oleh Thauban, katanya: Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Al-Qur'an, Surah al-Qalam: 68:52
Biodata :
Nama beliau adalah Abu Abdul Rahman Muhammad Nasiruddin bin Nuh al-Albani. Dilahirkan pada tahun 1333H di kota Ashqodar ibu kota Albania. Syeikh al-Albani mulai aktif mempelajari bahasa arab setibanya di Damascus. Beliau telah masuk ke madrasah yang dikelolakan oleh Jum`iyah al-Is`af al-Khairiyah. Beliau terus belajar di madrasah tersebut hingga kelas terakhir tingkatan Ibtida`iyah. Selanjutnya beliau meneruskan pembelajarannya secara langsung dengan para Syeikh.
Beliau mempelajari al-Qur`an dan Fiqh Mazhab Hanafi daripada ayahnya sehingga khatam. Pada umur 20 tahun, Al-Albani mula member tumpuan pada ilmu-ilmu hadith lantaran terkesan dengan perbahasan-perbahasan dan perbincangan yang terdapat dalam dalam majalah al-Manar, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. Aktiviti pertama beliau di bidang ini ialah menyalin sebuah kitab berjudul al-Mughni `an Hamli al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ishabah min al-Akhbar. Sebuah kitab karya al-Iraqi, Kitab ini adalah merukan takhrij terhadap hadits-hadits yang terdapat dalam Ihya` Ulumuddin al-Ghazali. Namun begitu, Kegiatan Syeikh al-Albani dalam bidang hadits ini ditentang oleh ayahnya.
Namun Syeikh al-Albani justru semakin cinta terhadap dunia hadits. Pada perkembangan seterusnya, Syeikh al-Albani tidak memiliki cukup kewangan untuk membeli kitab-kitab. Karena itulah, beliau memanfaatkan Perpustakaan adh-Dhahiriyah di sana (Damaskus). Di samping itu juga, beliau meminjam buku-buku dari beberapa perpustakaan khusus untuk dibaca dan dikaji. Hadits telah menjadi kesibukan rutin hariannya, sehingga beliau telah menutup kedai membaiki jamnya. Sesungguhnya keilmuan dan kepakaran Al-Albani dalam bidang ilmu hadits dan lain-lain ilmu banyak dipertikaikan oleh ramai ulama dan muhadditsin dengan anggapan dan prasangka yang mengatakan bahawa Albani banyak mengeluarkan fatwa yang keliru dan bercelaru.
Ujian dan cabaran
Syeikh al-Albani pernah dipenjara sebanyak dua kali. Kali pertama adalah selama satu bulan dan kali kedua selama enam bulan. Semua itu adalah kerana kegigihan beliau berdakwah kepada sunnah dan memerangi bid`ah sehingga orang-orang yang dengki kepadanya menebarkan fitnah dan memrangkapnya.
Pengiktirafan dan sumbangan
Syeikh al-Albani Beliau pernah mengajar di Jami`ah Islamiyah (Universiti Islam Madinah) selama tiga tahun, sejak tahun 1381-1383 H. Beliau mengajar tentang hadits dan ilmu-ilmu hadits. Setelah itu beliau telah berpindah ke Yordania. Pada tahun 1388 H, Kementerian Pendidikan meminta kepada Syeikh al-Albani untuk menjadi ketua jurusan Dirasah Islamiyah pada Fakulti Pasca Sarjana di sebuah Perguruan Tinggi di kerajaan Yordania. Tetapi situasi dan keadaan ketika itu tidak memungkinkan beliau memenuhi permintaan tersebut. Pada tahun 1395 H hingga 1398 H beliau telah kembali ke Madinah untuk bertugas sebagai anggota Majlis Tinggi Jam`iyah Islamiyah di sana. Mendapat penghargaan tertinggi dari kerajaan Saudi Arabia berupa iaitu Faisal Fundation pada 14 Dzulkaedah 1419 H.
Karya-karya Albani
Karya-karya beliau amat banyak, diantaranya ada yang sudah dicetak, ada yang masih berupa manuskrip dan ada yang mafqud (hilang), semua berjumlah 218 judul. Beberapa Contoh Karya Beliau adalah :
Dakwaan juga mengatakan bahwa Albani merasa dia telah layak untuk menyaring kitab-kitab hadits kepada shohih dan dhaif seperti yang dilakukannya kepada kitab-kitab sunan, bahkan Bukhari dan Muslim pun tidak terlepas dari kritikan Albani. Disamping itu, ramai juga dikalangan ulama yang menyanjung dan mempertahankan beliau. Pada hari Jum`at malam Sabtu tanggal 21 Jumada Tsaniyah 1420 H atau bertepatan dengan 1 Oktober 1999 di Yoradania, telah wafatnya seorang tokoh hadith mutaakhirin ini. Mudahan-mudahan rohnya ditempatkan dikalangan hambanya yang soleh

"Korang jangan la tsiqqah sangat hingga lari mad'u..."
Antara tsiqqah, ego, sombong dan pelihara hati, yang mana lebih baik ya?
Tsiqqah: Kita cuba buat yang terbaik dan sebagai pimpinan(tak kira pimpinan di peringkat mana) untuk mendapatkan kepercayaan mad'u kita,(Jangan sehingga kita menjadi hipokrit).Bukan sahaja tsiqqah dalam erti kata "berjurus", baik.:)
Proses mentarbiah diri dalam membentuk fardil muslim memerlukan 1001 mujahadah, ketepikan apa orang "kata". Mungkin orang akan kata kita hipokrit, tapi sebenarnya pada masa itu, kita sedang dalam proses membentuk fardil muslim.
Contoh yang amat mudah. Solat sunat ba'diyyah. Mungkin sebelum ni, kita tidak biasa melazimi solat sunat ba'diyyah, tapi bila terdetik suara hati untuk solat sunat, Ikhlaskan niat, untuk melatih diri. Imam Gahazali ada menyebut tentang proses membentuk akhlak, yang pertama kita haruslah melalui proses riyadah iatu melatih diri. Seterusnya kita akan lalui proses mujahadah.Untuk membentuk dan mentarbiyyah diri ke arah yang di redhai Allah, memerlukan mujahadah yang tahap tinggi.
Jadi, jaganlah kita terlalu cepat melabelkan seseorang yang menjaga muamalatnya dengan muslimin dengan "tsiqqah tak bertempat". Hakikat dalam memelihara hati, menjaga hubungan kita dengan Allah amat susah. Cara individu memelihara hatinya mungkin pelbagai selagi tidak melanggar syariat.
Muamalat dengan mad'u tetap kena jaga antara muslimin dan muslimat.Tak kira lah mad'u yang kita sasarkan itu adalah di peringkat adik kita atau junior kita. Yakinlah dengan Allah,apabila kita jaga hubungan kita dengan manusia,Allah akan memelihara kita.Teringat ana semasa belajar di bumi waqafan KIAS . Ust Azhar dalam subjek fiqh munakahat,. Beliau menasihati anak didiknya agar jaga muamalat dengan muslimin. Sama juga hubungn dengan “couple”, “tunang”. Kl kita jaga hubungan ini, Allah akan jaga keluarga kita di kemudian hari. Islam antara cirri-cirinya ialah tsabat dan murunah iatu tetap dan fleksible. Tetap dari sudut hukum , dan fleksible dalam berdakwah selagi mana tidak melanggar syraiat dan dakwah Islam tersebar di mana bertapaknya kaki kita.
Pemakaian, penampilan Islamik tidak mengahalang kita untuk terus berdakwah. Malah, satu bonus untuk orang yang boleh mengekalkan pemakaiannya. ((Azillatin alal mu’minin, a’izzatin alal kafirin))Tidak salah untuk da’ie yang cuba untuk mengubah penamipilannya selagi mana tidak melanggar syaiatLihatlah realitI tempat yang kita berada.
Ego, sombong sebenarnya adalah kata-kata ujian buat dai’e agar dai’e ingat dan sentiasa bermuhasabah. Ini hanya pandangan penulis, bukan mana-mana organisasiOk, selamat amar maaruf nahi munkar.:)
sumber:
Siti Aishah Yusoff
Definisi : Korban: kesanggupan melakukan sesuatu sebagai tanda kasih, kerana kasih ia sanggup menderita. Berkorban: menanggung penderitaan untuk kebahagian, kepentingan orang dll, menyerahkan sesuatu untuk tanda cinta dll Pengorbanan terhadap Ibu Bapa. حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ انْطَلَقَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَتَّى أَوَوْا الْمَبِيتَ إِلَى غَارٍ فَدَخَلُوهُ فَانْحَدَرَتْ صَخْرَةٌ مِنْ الْجَبَلِ فَسَدَّتْ عَلَيْهِمْ الْغَارَ فَقَالُوا إِنَّهُ لَا يُنْجِيكُمْ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ إِلَّا أَنْ تَدْعُوا اللَّهَ بِصَالِحِ أَعْمَالِكُمْ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ اللَّهُمَّ كَانَ لِي أَبَوَانِ شَيْخَانِ كَبِيرَانِ وَكُنْتُ لَا أَغْبِقُ قَبْلَهُمَا أَهْلًا وَلَا مَالًا فَنَأَى بِي فِي طَلَبِ شَيْءٍ يَوْمًا فَلَمْ أُرِحْ عَلَيْهِمَا حَتَّى نَامَا فَحَلَبْتُ لَهُمَا غَبُوقَهُمَا فَوَجَدْتُهُمَا نَائِمَيْنِ وَكَرِهْتُ أَنْ أَغْبِقَ قَبْلَهُمَا أَهْلًا أَوْ مَالًا فَلَبِثْتُ وَالْقَدَحُ عَلَى يَدَيَّ أَنْتَظِرُ اسْتِيقَاظَهُمَا حَتَّى بَرَقَ الْفَجْرُ فَاسْتَيْقَظَا فَشَرِبَا غَبُوقَهُمَا اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَفَرِّجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ فَانْفَرَجَتْ شَيْئًا لَا يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ الْآخَرُ اللَّهُمَّ كَانَتْ لِي بِنْتُ عَمٍّ كَانَتْ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَيَّ فَأَرَدْتُهَا عَنْ نَفْسِهَا فَامْتَنَعَتْ مِنِّي حَتَّى أَلَمَّتْ بِهَا سَنَةٌ مِنْ السِّنِينَ فَجَاءَتْنِي فَأَعْطَيْتُهَا عِشْرِينَ وَمِائَةَ دِينَارٍ عَلَى أَنْ تُخَلِّيَ بَيْنِي وَبَيْنَ نَفْسِهَا فَفَعَلَتْ حَتَّى إِذَا قَدَرْتُ عَلَيْهَا قَالَتْ لَا أُحِلُّ لَكَ أَنْ تَفُضَّ الْخَاتَمَ إِلَّا بِحَقِّهِ فَتَحَرَّجْتُ مِنْ الْوُقُوعِ عَلَيْهَا فَانْصَرَفْتُ عَنْهَا وَهِيَ أَحَبُّ النَّاسِ إِلَيَّ وَتَرَكْتُ الذَّهَبَ الَّذِي أَعْطَيْتُهَا اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ فَانْفَرَجَتْ الصَّخْرَةُ غَيْرَ أَنَّهُمْ لَا يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ مِنْهَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ الثَّالِثُ اللَّهُمَّ إِنِّي اسْتَأْجَرْتُ أُجَرَاءَ فَأَعْطَيْتُهُمْ أَجْرَهُمْ غَيْرَ رَجُلٍ وَاحِدٍ تَرَكَ الَّذِي لَهُ وَذَهَبَ فَثَمَّرْتُ أَجْرَهُ حَتَّى كَثُرَتْ مِنْهُ الْأَمْوَالُ فَجَاءَنِي بَعْدَ حِينٍ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ أَدِّ إِلَيَّ أَجْرِي فَقُلْتُ لَهُ كُلُّ مَا تَرَى مِنْ أَجْرِكَ مِنْ الْإِبِلِ وَالْبَقَرِ وَالْغَنَمِ وَالرَّقِيقِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ لَا تَسْتَهْزِئُ بِي فَقُلْتُ إِنِّي لَا أَسْتَهْزِئُ بِكَ فَأَخَذَهُ كُلَّهُ فَاسْتَاقَهُ فَلَمْ يَتْرُكْ مِنْهُ شَيْئًا اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ فَانْفَرَجَتْ الصَّخْرَةُ فَخَرَجُوا يَمْشُونَ (اخرجه البخاري في الكتاب الإجارة باب مَنْ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَتَرَكَ الْأَجِيرُ أَجْرَهُ فَعَمِلَ فِيهِ الْمُسْتَأْجِرُ فَزَادَ أَوْ مَنْ عَمِلَ فِي مَالِ غَيْرِهِ فَاسْتَفْضَلَ) Maksudnya : Dari Abdul Rahman iaitu Umar bin al-Khattab r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Ada tiga orang dari orang-orang sebelummu sama berangkat bepergian bersamamu sehingga terpaksa menempati dalam sebuah gua untuk bermalam. Kemudian mereka pun memasukinya. Tiba-tiba sebiji batu jatuh dari gunung lalu menutup gua tersebut. Mereka bertanya bahawasany, tidak ada yang dapat menyelamatkan akmu semua dari batu besar ini melainkan jikalau kamu semua berdoa kepada Allah dengan menyebut perbuatanmu yang baik-baik. Seorang dari mereka itu berkata: Ya Allah, saya mempunyai orang tua yang sudah tua serta lanjut usianya dan saya tidak pernah member minum kepada sesiapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba sahaya. Kemudian pada suatu hari, amat jauh saya mencari kayu yang dimaksudkan daun-daunan untuk makanan ternak. Saya belum lagi pulang pada kedua orang tua itu sampai mereka tertidur. Selanjutnya saya pun memerah minuman untuk keduanya itu dan keduanya saya temui telah tidur. Saya enggan untuk mengejutkan mereka ataupun memberikan minuman kepada seseorang sebelum keduanya, baik kepada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya saya tetap dalam keadaan menantikan mereka bangun dan gelas itu tetap di tangan saya sehingga fajar menyinsing. Anak-anak kecil menangis kerana kelaparan dan mereka ini berada dekat dengan kedua kaki saya. Selepas itu, setelah keduanya bangun lalu mereka minum minuman tersebut. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan keredhanMu, maka lapanglah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutup ini. Batu besar itu tiba-tiba terbuka sedikit tetapi mereka belum lagi dapat keluar darinya… Pengajaran dari Hadith: Antara isi-isi penting dan pengajaran lain yang boleh diambil daripada hadith yang panjang ini adalah: ……………………………………………………………………………………………………. Rujukan :
Keadilan Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah bersangkutan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Keadilan di dalam bidang-bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya. Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya. Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya. حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang Quraisy diusahakan oleh perempuan al-Makhzumiyyah yang mencuri itu. Lalu mereka berkata, sekarang siapa yang mahu berbicara dengan Rasulullah s.a.w? Tidak ada seorang pun yang maju melainkan Usamah bin Zaid yang dicintai Rasulullah s.a.w, maka jawab Rasulullah: Adakah engkau membela dalam perkara hukuman dari antara hukum-hukum Allah? Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri seraya berkhutbah, baginda bersabda: Hai manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah melakukan kesesatan iaitu sesungguhnya apabila ada dikalangan mereka seorang yang terhormat mencuri mereka diamkan, tetapi kalau dikalangan mereka itu yang mencuri adalah orang yang lemah mereka melaksanakan hukuman keatasnya. Demi Allah! Seandainya Fatimah yang mencuri, pasti aku akan memotong tangannya." Huraian Hadith: …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. Rujukan :
أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا وَمَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ ثُمَّ قَالَ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا

Isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan: Adakah boleh orang bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran al-Karim? Perkara ini mula timbul bilamana seorang Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis bernama Y.B. Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat (PR) telah membaca ayat al-Quran al-Karim dalam ceramahnya di Bukit Gantang. Perkara ini terus menjadi panas setelah keluar satu kenyataan dari Mufti Kerajaan Negeri Perak iaitu S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria yang mempersoalkan tindakan Y.B. Nga Kor Ming tersebut.
***********************************************
Daiemuda lebih cenderung terhadap pandangan yang mengatakan bahawa tidak salah non muslim membaca al-Quran. Daiemuda merasakan tiada salah, dan tiada halangan bagi gol ini untuk membaca al-Quran berdasarkan beberapa pandanagn ulama-ulama muktabar. Tetapi berkenaan memegang Al-quran dalam keadaan tidak berwuduk wujud beberapa perbahasan. Ada yang membenarkan, dan ada yang tidak membenarkannya.
Bagi pandangan yang membenarkan : kenapa non muslim dibenarkan membaca dan memegang Al-Quran kerana tiada pertanggungjawaban hukum keatasnya sebagaiman orang islam. Pendapat ini dipersetujui oleh TG nik Aziz dan juga Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah di dalam kitab Fatawanya:Menurut sebahagian Ulama di dalam bidang usul fiqh, Golongan non muslim tidak ditaklifkan dengan perkara hukum di dalam Islam.
Sekiranya sahabat-sahabat melihat sendiri dalam u-Tube YB Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran surah an-Nahl ayat 90(bukan surah al-A'raf seperti yang didakwakan). Bacaannya memang tak betul tajwid/makhrajnya, manakala terjemahannya bolehlah diterima. Beliau cuba menekankan soal KEADILAN dan KEIHSANAN. Daiemuda merasakan wujudnya keikhlasan beliau dalam membaca Al-Quran tersebut, bukannya secara main-mainkan.Inilah ayatnya ﴿ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ
yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan......"
Manakala bagi ulama yang tidak membenarkan golongan non muslim memegang dan membaca al-Quran kerana non muslim turut ditaklifkan di dalam permasalahan hukum. Bahkan mereka juga akan dihisab di akhirat kelak oleh Allah swt.
* Syiekh Atiyyah Saqr rahimahullah menyebutkan lagi: Selagi terdapat khilaf di dalam permasalahan ini maka bolehlah bagi kita memilih mana-mana pandangan ulama. Khususnya jika terdapat kondisi yang memerlukan untuk kita menilai dan memilih mana-mana pendapat yang disebutkan.
* Dalil lain yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk non muslim membaca al-Quran ialah perbuatan Saidina Rasulullah s.a.w menghantar surat kepada pemerintah untuk menyeru mereka memeluk Islam. Di dalam surat-surat tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh baginda. Maka jika ayat tersebut tidak boleh dibaca oleh golongan non Muslim,tentulah Baginda melarang penulisan ayat al-Quran di dalam surat-surat tersebut.
Rujukan :1.Fatawa Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah keluaran baru.Muka surat 34-35.
sumber : http://nazrulnasir.blogspot.com/
- Forget about ur friend & Family, Study is ur priority
- Do not sleep whatever, eat whatever
- I must BEAT anyone else that look down on me
Daiemuda terbaca statement ini terpampang di softboard di Kuliah ATMA01. Emmm……Setiap orang ada cara dan pendirian mereka untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam exam. Tapi..Abaikan family??? Abaikan sahabat-sahabat? Patutkah ini semua??? tanpa kita sedar, sahabat-sahabat dan family ni sebenarnya entiti yang terpenting untuk memastikan kejayaan kita dalam exam..Patutkah abaikan makan? Abaikan tidur? Sedangkan semua itu faktor penting untuk menjana keintelektualan. Otak kita memerlukan gula dan oksigen untuk memproses maklumat…Justeru, tidur yang cukup akan memberikan kerehatan pada badan dan member ruang proses pembekalan oksigen yang cukup kepada otak dan membekalkan oksiegen dalam darah..ia penting untuk pembentukan akal yang cerdas.. Dan yang sangat tak wajar meletakkan pendrian , terlalu menganggap orang lain adalah factor penghalang untuk Berjaya-I MUST BEAT ANYONE…Berbeza dengan pandangan daiemuda, statement2 dan strategi diatas sebenarnya menunjukkan "individu" itu tgh stress… Bagi daiemuda, mungkin antara asbab daiemuda dapat result yang agak baik sikit (alhamdulillah) mungkin berpunca daripada keyakinan daiemuda terhadap :
- Niat yang Ikhlas belajar kerana Allah bukan semata-mata 4.0
- Fokus kpd matlamat belajar untuk menyumbang kepada perjuangan dan kemenangan Islam
- Manfaatkan masa yang ada utk betul2 fokus :
- Sangat Sibuk
- Sederhana Sibuk
Tak sibuk
# Pilih kategori sahabat-sahabat. Bila sahabat-sahabat dah dapat kenal pasti kategori mane, maka rancanglah masa studi.. Contohnya kalau sahabat dikalangan yang sangat sibuk, dan hanya mempunyai 2jam satu hari utk studi, jadi fokus betul2..
- Amalkan studi group dengan kwn2.. bukannya studi secara berseorangan – Lebih menambahkan kefahaman
- Banyakkan membantu sahabat-sahabat dlm memahami subjek2..
- Jangan kedekut, sekiranya sahabat-sahabat mendapat klu2 dari lecture
- Dan yang penting.. Perbanyakkan munajat pada Allah. Usaha penting, tetapi pergantungan dan harapan pada Allah lebih utama
Doa ibu bapa. Setiap pagi sebelum masuk dewan exam, daiemuda akan call mak ayah supaya mendokan kejayaan daiemuda..
# PENTING !! : BELAJARLAH DENGAN CARA YANG ANDA RASA PALING RILEKS, JANGAN TIRU CARA ORG LAIN - ENJOYLAH DENGAN EXAM :-)
- Niat yang Ikhlas belajar kerana Allah bukan semata-mata 4.0


