Sejuknya. Pakaian, beg kuliah semuanya basah lencun.. hujan lebat turun mencurah-curah dari pagi sehingga malam.. ditambah dengan suhu yang mula menurun. Kalau tak silap saya sekitar 12c sekarang ni.. Tangan terasa sejuk, kejang dan kaku..semua rasa tak kena.. Ramai yang mengambil peluang untuk berehat, tidur atau makan.. Tapi, saya tidak mahu membazirkan masa saya dengan berehat saja. Laptop mula di capai, idea mula dijana.. fakta mula diingat.. saya mahu meneruskan siri “kembara ke bumi barakah Syam”.. tak sampai 2 minggu lagi, saya akan meninggalkan bumi Syria.. Jadi sementara semua fakta saya masih ingat, saya mahu abadikan kenangan saya sepanjang di Syria diblog yang tak seberapa ini untuk tatapan diri sendiri bila rasa boring dan sunyi..Saya lebih berminat bercerita berkenaan kota pada kali ini.. Antara kota yang masyhur ialah kota Halab, Kota Damsyiq, Kota Busro dan lain-lain..
Kota Palmyra atau Tadmur: Nun di sana berdiri megah sebuah kesan istana dan tapak pemerintahan yang masih utuh di atas sebidang tanah seluas 6 km persegi. Kota yang menyimpan seribu satu cerita tersurat ini bermula sejak kurun 210 sebelum masihi. Sejarah awal membuktikan bahawa kawasan ini merupakan tempat persinggahan pedagang-pedagang yang datang dari Teluk Parsi daan Iraq. Kerana di sini terdapat satu mata air yang menjadi tarikan buat singgahan para pedagang yang melalui kawasan ini. Tadmur telah dimakmurkan oleh keluarga Uzainah yang memerintah sekitar sungai Furat dan Mesir pada tahun 250 M. Setelah Uzainah meninggal dunia, takhta pemerintahan ini direbut oleh isteri keduanya, Augustus Zanoubia semata-mata untuk di warisi oleh anak lelakinya Dux Romarum selepas peninggalannya. Biarpun hakikatnya pewaris sebenar adalah anak saudara kepada Uzainah.
Krisis dalaman ini menyebabkan kerajaan Zanoubia retak dan peluang ini dicuri oleh Rom. Akhirnya tadmur jatuh ke tangan kerajaan Rom akibat dari pergaduhan tersebut. Tidak dinafikan bahawa kerajaan Zanoubia sebelum diambil alih oleh Rom merupakan sebuah empayar pemerintahan yang agung dan mempunyai tamadun tersendiri serta mengamalkan system pemerintahan yang sistematik. Ketika kebangkitan Islam di semenanjung arab sekitar kurun ke-6 masihi. Kota ini telah ditawan oleh tentera Islam yang diketuai oleh panglima Khalid bin al-Walid dan dibaiki sebahagian binaannya. Keadaan ini berlarutan hingga ke era pemerintahan kerajaan Bani Umayyah. Pada tahun 745 M, Khalifah terakhir Bani Umayyah Marwan bin Muhammad yang berpusat di Syam ini telah meruntuhkan sebahagian bentengnya kerana beberapa faktor tertentu.
Perubahan demi perubahan terus berlaku dan sentuhan terakhir kota ini telah menukarkan tempat-tempat pemujaan dan penyembahan menjadi masjid dan perkampungan. Kota ini diakhiri dengan sebuah bukit yang terdapat di puncak sebuah kubu. Di kiri kanan jalan menuju ke kubu itu terdapat tempat pemujaan dan penyembahan diakhiri dengan makam-makam purba. Kubu yang tertegak di atas bukit tersebut adalah kubu yang dikenali dengan kubu Fakhruddin yang dibina di sekitar kurun ke-17M ketika perang salib. Hanya kubu ini merupaakan binaan yang terbaru yang terdapat di sekitar kota ini.
Kota Halab : Kota bersejarah ini mempunyai menara-menara yang cantik dan ketinggiannya mencecah sehingga 40 meter. Di dalamnya tersimpan kesan-kesan tamadun lama yang membawa kita mengimbas kembali zaman kegemilangan Halab semenjak 5000 tahun yang lalu. Pada mulanya ia telah di bina sebagai tempat ibadat dan telah diubah fungsinya pada tahun 312 (S.M) oleh Salukis Nikator kepada sistem pertahanan dalam peperangan. Setelah itu, kota ini dapat ditawan oleh tentera Muslimin dan telah diperbaharui binaannya beberapa kali. Kota ini juga mempunyai menara-menara yang dianggap menarik dari sudut pembinaannya. Pintunya diperbuat daripada besi dan dikelilingi oleh parit yang dalam sebagai langkah pertahanan. Kota ini dikatakan yang terbesar dan paling lama yang pernah dibina di dunia.
Kota Dimasq : Peninggalan yang wujud di kota ini kebanyakannya adalah artifak selepas kurun ke-13. Kota ini telah mengalami tiga serangan daripada tentera Salib pada kurun ke-12. Sultan al-Adil (saudara Salehuddin aal-Ayubi) 1196-1218 mengambil masa 12 tahun untuk membesarkan kota ini. Tetapi kebanyakannya rosak teruk selepas serangan Mongol pada tahun 1260. Barsbay, Sultan Mamluk (1260-1277) telah membina semula sebahagian besar dari kerosakan yang berlaku. Selama 500 tahun, kerajaan Turki Uthmaniyyah telah membaiki hampir kesemua kerosakan pada kota ini dan menggunakannya sebagai pusat ketenteraan.
Kota Bosra : terletak kira-kira 110 km dari kota Dimasyq dan majoriti penduduknya pula beragama kristian. Kawasan yang mengalami zaman pemerintahan Rom satu ketika dahulu ini mempunyai banyak peristiwa sejarah. Rasulullah S.A.W. pernah datang ke Bosra ini bagi tujuan perniagaan bersama bapa saudaranya Abu Thalib. Di sini nabi telah bertemu dengan seorang paderi Yahudi barnama Buhaira Nastori yang mana telah memberitahu tentang kebenaran nabi sebagai pesuruh Allah yang terakhir sebagaimana yang telah diperkatakan di dalam kitab-kitab sirah. Pasar tempat nabi berniaga barang dagangannya juga masih wujud lagi di sini. Bosra mempunyai sebuah Qal’ah yang dibina sewaktu zaman pemerintahan Rom sekitar tahun 512-513 M. Qal’ah ini kemudiannya diambil alih oleh orang-orang Islam sewaktu zaman pemerintahan pahlawan agung Solahuddin al-Ayyubi oleh saudaranya sendirri iaitu Najmuddin. Beliau telah membaik pulih Qal’ah ini seterusnya menjadikannya sebagai kubu pertahanan perang. Qal’ah ini dibina daripada batu-batu sebesar 1 meter persegi tanpa menggunakan sebarang pelekat untuk mencantumkan batu-batu tersebut.
Kubu Raqqah : Terletak di sebelah kiri tebing Sungai Euprates antara Aleppo (188) dan Deir-ez Zor(105 km). Ia ialah bangunan tertua dibina oleh Alexander the Great pada kurun ke 4 sebelum Masihi. Tidak banyak bangunan yang tinggal. Bangunan-bangunan ini dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid zaman Abbasiyah. Sesetengahnya masih wujud sehingga kini. Bangunan ini dibina menggunakan jubin berwarna merah jambu melambangkan ciri-ciri kesenian Raqqah. Di atas masjid Jami’ al-Kabir (masjid besar) hanya tinggal satu menara, yang dibina semula oleh Nuruddin pada tahun 1166. Terdapat satu muzium di bandar ini yang menyimpan pusaka Raqqah. Banyak barangan pusaka ini masih dapat dilihat di muzium New York, Washington dan Negara-negara barat yang lain.
Terlalu banyak tempat-tempat menarik disyria. Saya tak mampu berkongsi secara lebih mendalam..sekadar perkongsian umum agar kita mengambil tahu serba sdikit tentang sejarah negara Islam. Insya Allah, selepas ini saya akan fokuskan pada tempat-tempat sekitar tempat tinggal saya disini dan damsyiq.. Sekian untuk kali ini..
2 comments:
Wah3, sejak bila k.eli minat sejarah ni.. xtau pun.hu3..
gambar main salji xde ker..??
assalamualaikum..k.ely!!!rindunya..watpe la akk sorg2 kat sana kan?akk dpt dh ke dar al-hadith 2?kak mana artikel yg akk tunjuk kat yun n fizah sblm kitorg balik ri2?
Post a Comment